GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

30 September 2012

RAPID Pengerang: Hab Minyak dan Gas Terhebat


Pengerang, terletak kira-kira 45 kilometer dari bandar Johor Bahru yang mana sebahagian besar kawasannya, iaitu 70 peratus adalah tanah rancangan FELDA sementara 30 peratus adalah kampung tradisional.

Disebabkan lokasinya yang terletak di kawasan pedalaman, Pengerang pernah dilabel sebagai “tempat jin bertendang”. Apa tidaknya, kerana sepanjang perjalanan hanya kelihatan tanaman kelapa sawit, kelapa dan getah.

Aktiviti utama penduduk Pengerang ialah pertanian dan perikanan dan tarikan utama pelancong ialah pusat peranginan Desaru. Bagaimanapun pada waktu malam tidak ada banyak aktiviti berlaku dan ianya agak sunyi.

Bagaimanapun, Pengerang bakal bertukar wajah mulai 2013 apabila Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC) di kawasan seluas 8,000 hektar, dimulakan.

Kompleks itu akan menempatkan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) yang dimajukan oleh Petronas dan Terminal Petroleum Laut Dalam Bebas oleh Kumpulan Dialog dan Royal Vopak dan Setiausaha Kerajaan Johor Diperbadankan (SSI).

Apabila kedua-dua projek itu siapdan memulakan operasi masing-masing pada 2017, Pengerang akan berubah wajah sebagai hab minyak dan gas terkemuka di Asia Pasifik dan barangkali, setanding dengan Rotterdam, Belanda.


Tetapi apa yang lebih penting, perlaksanaan projek-projek terbabit sudah pasti memberi kesan besar dan positif kepada lonjakan ekonomi di negeri Johor khasnya dan Malaysia, khasnya.

Untuk RAPID, Petronas dilaporkan akan melabur sebanyak RM60 billion untuk membina dua buah pusat penapis minyak yang dapat menghasilkan 450,000 tong sehari dan perekah nafta sebanyak 3.8 juta tan setahun.


Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Mei lalu mengumumkan industri minyak dan gas di Pengerang bakal menerima pelaburan keseluruhan RM120 billon dalam tempoh llima hingga enam tahun.

Manakala PEMANDU menganggarkan RAPID bakal menyumbang RM17.7 billlion kepada Pendapatan Kasar Dalam Negara (KDK) menjelang 2020.

Jurong di Singapura dan Rotterdam, tidak mempunyai sumber gas atau minyak, tetapi boleh berjaya menempatkan diri mereka sebagai negara pengeluar gas dan minyak terbesar dunia, jadi tidak ada sebab mengapa Pengerang, yang memang kaya dengan sumber berkenaan tidak boleh mencapai taraf yang sama.

Apatah lagi kedudukan geografi yang strategik dan terlindung daripada angin monsoon, ia menjadi pilihan laluan kapal dagang antarabangsa.

Malah RAPID apabila siap akan lebih besar daripada kompleks sedia ada di Malaysia, iaitu Kerteh, Gebeng dan Melaka disatukan.

Perlaksanaan RAPID dan Terminal Petroleum Laut Dalam itu akan mewujudkan 50,000 peluang pekerjaan.

Sehubungan itu, cadangan usahasama FELDA, Kementerian Belia dan Sukan serta Petronas untuk menaiktaraf Institut Kemahiran Belia Negara(IKBN) di Bandar Penawar dengan memperkenalkan kursus-kursus berkaitan minyak dan gas, boleh memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan menghadapi masalah mendapat sumber tenaga kerja dalam bidang berkenaan.

Meskipun kedua-dua projek masih dalam peringkat perlaksanaan awal, metamorfosis sudahpun bermula di Pengerang.

Dengan siapnya Lebuhraya Senai-Desaru yang melintasi Sungai Johor, ia memudahkan laluan ke kawasan itu. Kini, perjalanan dari Desaru ke Johor cuma mengambil masa setengah jam, sekaligus membantu meningkatkan industri pelancongan di sekitar Desaru dan Pengerang.

Penduduk yang terbabit dengan kedua-dua projek mega itu akan dipindahkan mengikut fasa bermula Mac tahun hadapan. Penduduk tidak akan berpindah dengan tangan kosong, sebaliknya diberikan pampasan tunai berdasarkan nilai tanah, rumah, tanaman dan kebun sedia ada masing-masing.

Selain itu setiap pemilik tanah masing-masing diberikan 0.8 hektar tanah pertanian, sebuah tapak tanah perumahan seluas 6,000 kaki persegi dan subsidi untuk kos membeli atau membina rumah baru di tapak berkenaan.

Malah untuk memastikan penduduk memiliki rumah baru, Kerajaan Negeri akan memberi subsidi antara RM85,000 hingga RM140,000 seunit di penempatan baru seluas 154.8 hektar di Kampung Dato Abdul Ghani Othman yang terletak cuma 15 kilometer dari kampung asal mereka.

Pemindahan penduduk daripada tiga kampung dalam fasa pertama akan bermula Mac tahun hadapan sementara untuk fasa kedua, penduduk empat buah kampung akan berpindah pada Oktober 2013.

Bagi fasa pertama, kampung yang terbabit ialah Sungai Kapal, Teluk Empang dan Langkah Baik, sementara fasa kedua membabitkan Sebong, Batu Mas, Jawa dan Sungai Buntu.


Kedua-dua projek RAPID dan Terminal apabila siap kelak akan mewujudkan rangkaian ekonomi yang besar kepada penduduk. Sejajar dengan pembangunan rapid, Kerajaan Negeri akan menaiktaraf kemudahan awam termasuk jalan raya, sistem pengangkutan awam, bangunan, sekolah, masjid, tempat ibadat dan lain-lain.

Mengikut persempadanan parlimen, dua Dewan Undangan Negeri (DUN) terletak di bawah parlimen Pengerang, iaitu Tanjung Surat dan Penawar. Parlimen Pengerang mempunyai 35,425 pengundi berdaftar dan daripada jumlah itu majoriti adalah melayu, iaitu 87% (31,055), Cina 11% (3,820), India 1% (330) dan lain-lain 1% (220).

Sumber: Jurnal Malaysia

Bajet 2013: Langkah Tepat Kerajaan Utamakan Golongan Sederhana

Rata-rata kedengaran rakyat mengucapkan syukur atas pembentangan Bajet oleh Dato’ Seri Najib yang menyeluruh, padat dan tepat. Nampaknya, tiada yang terpinggir dari mendapat perhatian kerajaan iaitu dari golongan miskin dan sederhana serta merangkumi semua golongan seperti pelajar, pekerja, petani sehinggalah OKU, menunjukkan yang ianya dirancang dengan penuh prihatin lagi terperinci.

Seperti yang kita sedia maklum, masyarakat luar bandar dan golongan miskin bandar adalah golongan yang paling ‘tercabar’ untuk bersaing dalam pembangunan yang begitu yang pesat dan ekonomi yang tidak menentu. Dengan itu, seperti kelaziman, kerajaan tidak pernah melupakan golongan ini dalam pembentangan Bajet tahunan. Rumah-rumah kos rendah dan berbagai program bantuan dan peningkatan pendapatan telah disusun khas untuk golongan ini bagi memastikan kesejahteraan mereka dalam jangka masa panjang.

Namun, hakikat hari ini ialah golongan berpendapatan sederhana iaitu dalam lingkungan RM3,000 – RM5,000 di bandar juga tidak terkecuali dari tekanan hebat peningkatan kos sara hidup. Golongan ini diwakili oleh mereka-mereka yang telah berkeluarga di mana pemilikan hartanah dan pendidikan anak-anak merupakan keutamaan.

Secara dasarnya, sebuah keluarga di bandar memerlukan sekurang-kurangnya dua buah kenderaan untuk memastikan segala-galanya ‘berfungsi’ dengan baik. Maka, kos bagi dua buah kenderaan dan sebuah rumah selalunya sudah menjangkau separuh dari pendapatan bulanan mereka. Itu belum lagi dikira kos pembantu rumah atau pengasuh, tadika, bas sekolah, kelas agama, tuisyen, keperluan harian serta kecemasan. Selain itu, kos sampingan yang perlu ditanggung mereka secara harian semata-mata untuk bekerja, seperti minyak, tol serta parkir yang tinggi di bandaraya Kuala Lumpur amatlah membebankan.

Dengan pendapatan sebegini, adalah sukar bagi sesebuah keluarga berpendapatan sederhana untuk membuat simpanan atau pelaburan untuk masa depan. Oleh itu, ramai yang memilih untuk berniaga sambilan bagi memastikan ekonomi rumahtangga mereka lebih ‘selesa’.

Akibatnya, masa berkualiti keluarga ini amat terhad, di mana masa ibu bapa banyak dihabiskan dalam kesesakan lalu-lintas, bekerja sambilan atau keletihan lalu menyebabkan anak-anak terabai sehingga menyumbang kepada masalah yang lain pula di dalam masyarakat, seterusnya, negara.

Alhamdulillah, nampaknya kerajaan cukup maklum dan sedar akan masalah yang membelenggu golongan ini sebagaimana terbukti dalam Bajet yang dibentangkan semalam. Antaranya, pengumuman mengenai rumah mampu milik sebanyak 123,000 unit di kawasan Sungai Buloh dan Seremban, iaitu kawasan di mana golongan ini tertumpu bagi mengelak kos sara hidup yang tinggi di bandar.

Selain itu, Skim Rumah Pertama yang sebelum ini dibuka kepada mereka yang berpendapatan bawah RM3,000 kini ditingkatkan kepada RM5,000 dengan gabungan pendapatan isi rumah di bawah RM10,000 bagi rumah di bawah harga RM400,000 juga pastinya mensasarkan kepada golongan ini.

Tidak cukup dengan itu, pengurangan cukai pendapatan sebanyak 1% bagi pendapatan RM2,500 – RM50,000 juga dilihat mampu mengurangkan beban golongan berpendapatan sederhana ini.

Perlu diingatkan bahawa golongan berpendapatan sederhana bukan sahaja melibatkan pekerja kerajaan atau kakitangan awam, tetapi juga pekerja-pekerja swasta. Seperti yang kita maklum, pekerja swasta tentunya tidak berpeluang menikmati kemudahan pinjaman perumahan sepertimana kakitangan kerajaan.

Tidak dapat dinafikan bahawa walaupun Bajet yang dibentangkan kerajaan adalah menyeluruh iaitu melibatkan golongan petani, pelajar, kakitangan kerajaan, polis, perubatan, tentera sehinggalah kepada peniaga dan korporat, tetapi ramai yang terlepas pandang akan golongan pekerja swasta. Oleh itu, pekerja swasta telah biasa merasa terpinggir dalam pengumuman Bajet oleh kerajaan.

Namun, dengan skim atau program perumahan yang dibentangkan dalam Bajet semalam, pekerja swasta kini boleh sama-sama tersenyum dan berterima kasih kepada kerajaan kerana turut berpeluang menikmatinya.

Justeru, tidak salah jika dikatakan bahawa Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri adalah bajet yang terbaik, tepat dan lengkap. Pembangkang boleh menuduhnya sebagai Bajet Pilihanraya atau apa saja, tetapi apakah salahnya Bajet Pilihanraya sekiranya ia berasaskan kemampuan sebenar setelah diambilkira maklumat kewangan yang tepat?

Bukannya seperti Bajet Alternatif yang disediakan dengan menggunakan imaginasi semata-mata di mana hasilnya ialah bajet khayalan yang tidak masuk akal dan mampu mengbankrapkan negara.

Jadi, bukankah seratus kali lebih baik bagi rakyat untuk memilih kerajaan yang membentangkan Bajet Pilihanraya daripada memilih pembangkang yang berkhayal sambil mencanangkan Bajet Imaginasi?

28 September 2012

Puak PAS Tipu! Dakwa Genting Beli Saham FGVH. Klik baca ni!


Mudah sungguh bagi Subky Latif membuat tuduhan di Harakahdaily bahawa Genting membeli saham FGVH. Mudah kerana ia tidak memerlukan fakta, angka dan bukti apa-apa untuk menguatkan tuduhan.

Siapa saja boleh menuduh apa saja malah kita juga boleh menuduh Subky Latif atau Hadi Awang ada membeli saham Genting dan kemudian melalut-lalut mengaitkan keturunan, kenalan dan sahabat handai mereka sambil memburuk-burukkan semuanya sebagaimana yang Subky lakukan terhadap FGVH dan Dato’ Seri Najib dalam tulisan tersebut.

Sehinggakan sekali baca, tampak seolah-olah Subky Latif ini bukannya ingin mempersoalkan Genting atau saham FGVH, tetapi dengki kerana tidak tergolong dalam keturunan orang-orang berada dan bernama seperti Dato’ Seri Najib.

Sebenarnya, sikap orang-orang PAS ini sama saja, tak kira penulis, penyokong atau pemimpin. Iaitu mereka gemar mempersoalkan tahap ‘keIslaman’ orang lain di samping menonjolkan diri sebagai yang ‘lebih Islam’ atau ‘paling Islam’. Dalam hal ini, mereka sengaja membangkitkan persepsi seolah-olah pengurusan Felda tidak tahu halal-haram atau tidak cukup Islam.

Mungkin kerana telah kalah dalam isu FGVH iaitu gagal menghalang penyenaraian, terbongkar segala penipuan dan niat jahat atau kerana menyesal tergadai peluang untuk sama-sama memperoleh keuntungan, maka PAS cuba mengalih pandangan dengan membangkitkan soal ‘keIslaman’ FGVH pula.

Untuk PAS dan Subky Latif, tidak perlulah meragui keIslaman FGVH kerana sesungguhnya pihak yang mengurus FGVH juga cukup peka dengan halal-haram sesuatu urusan perniagaan. Jika ada yang terlepas pandang atau kurang jelas, sama-samalah diperbetulkan bukan difitnah atau dijatuhkan kerana yang akan rugi nanti adalah orang-orang kita juga, orang Islam, orang Melayu yang menjadi majoriti peneroka Felda.

Tetapi, apa yang jelas haram atau dosanya di sini ialah tindakan menuduh dengan niat memfitnah terhadap orang lain seperti apa yang dilakukan oleh Subky Latif, Harakahdaily dan PAS.

Saham FGVH adalah bertepatan dengan syariah berdasarkan prospektus dan setakat ini, tiada pemegang saham atas nama ‘Genting’ yang direkodkan.

Bagaimanapun, jika Genting yang membeli saham sepatutnya bukanlah satu isu tetapi yang sepatutnya menjadi isu ialah jika FGV yang membeli saham judi Genting. Tetapi ini tidak pernah dan tidak mungkin berlaku selagi ia dipantau oleh kerajaan yang didominasi oleh orang Islam.

Lainlah jika Pakatan Rakyat yang menjadi kerajaan serta Anwar Ibrahim yang membawa fahaman pluralisme menjadi Perdana Menteri dengan DAP menjadi tulang belakangnya, maka mungkin sesuatu seperti itu boleh berlaku.

Dengan itu, Subky harus ingat bahawa bukan dia sahaja yang Islam di Malaysia ini. Orang-orang UMNO, majoriti peneroka Felda dan pengurusan FGVH juga Islam. Bezanya, satu pihak gemar mempertikai iman dan ilmu agama orang lain dan satu pihak lagi tidak. Itu saja.

Tetapi, pihak atau individu mana yang lebih beriman, lebih tinggi darjat dan akan mendapat berkat di sisi Allah SWT tiada siapa yang tahu, walau berapa kali pun Nik Aziz cuba membayangkan kepada kita yang dia tahu.

Justeru, tak usahlah Subky melalut menulis panjang-panjang sekadar untuk melepas geram memburukkan Perdana Menteri, keluarga dan tokoh-tokoh UMNO. Ini kerana tidak berbaloi menambah dosa sedangkan Perdana Menteri dan orang-orang yang dikutuk Subky langsung tidak terjejas dan tidak terasa apa-apa.

Perdana Menteri kekal tenang bekerja untuk rakyat, peneroka Felda terus gembira mendapat nikmat, Felda terus maju dan meningkat. Cuma Subky dan PAS saja yang penuh dengan dendam kesumat.


27 September 2012

Anwar Ibrahim Berbelanja RM960,000 Untuk 2 Hari... Baca ni!


Seharusnya pada masa sekarang kita sudah boleh meludah seorang pemimpin pembangkang yang beberapa minggu lalu ada berkata kalau beliau menjadi Perdana Menteri , beliau takkan duduk di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya. Kononnya ingin menjimatkan belanja dan tidak mahu membazir kerana kos membayar elektrik yang tinggi. Kata-kata beliau itu hanyalah sekadar tisu tandas yang boleh dipakai buang!

Ini berikutan laporan Utusan Malaysia secara ekslusif mendedahkan kos menyewa jet eksekutif selama dua hari untuk membawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim serta beberapa pemimpin pakatan pembangkang ke Labuan, Sabah pada pertengahan bulan ini adalah RM96,000 (AS$30,000). Kos tersebut meliputi semua caj termasuk bayaran juruterbang, jurutera dan perkhidmatan lain yang dikenakan Tjets Sdn. Bhd. (Tjets).

Difahamkan juga urusan tempahan jet berkenaan dilakukan oleh seorang individu dari Sarawak. Pengerusi Tjets, Datuk Mohd. Taufik Omar menjelaskan, beliau tiada hubungan persahabatan dengan Anwar, sebaliknya perkhidmatan pengurusan penerbangan jet eksekutif yang dinaiki oleh ketua pembangkang itu dilakukan secara profesional.

Sekarang nyatalah Anwar Ibrahim seorang pembohong! Anwar Ibrahim di laman sosial Twitternya ada mendakwa bahawa kemudahan beliau dan rakan-rakannya itu adalah hanya sumbangan dari seorang rakan yang tidak mengharapkan apa-apa balasan serta imbuhan. Bereapa pihak mula mendesak Anwar Ibrahim agar mendedahkan sumber kewangan beliau untuk menyewa jet berkenaan.

Dr Mohd Puad Zakarshi, Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, beliau mempunyai seorang kawan yang mempunyai jet persendiria. Apabila rakan beliau itu “parking’ sahaja di Taiwan, rakan beliau itu dikenakan bayaran sebanyak RM50,000. Beliau juga mengesa agar perkara berkenaan disiasat. Anwar Ibrahim adalah pelakon yang hebat. Beliau diibarat seekor “Chameleon” yang boleh merubah mengikut persekitaran.

Pada tahun 1998 dahulu, ketika berceramah, Anwar Ibrahim kembali menggunakan kereta Beetle Volkswagen semata-mata untuk menarik perhatian dan simpati orang ramai. Kata Anwar Ibrahim, selepas dia dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, dia telah kehilangan segala-galanya. Dia tiada lagi kereta kecuali kereta buruk itulah yang katanya, merupakan kereta yang digunakan sewaktu dia jadi mudir Yayasan Anda sebelum 1982.

Maka berlakonlah dia ke hulu ke hilir dengan kereta buruk itu untuk meraih simpati. Dan dia sebenarnya berjaya menipu dan memperdayakan kebanyakan rakyat Malaysia pada waktu itu dengan lakonannya yang amat mantap. Maka ramailah yang percaya, Anwar Ibrahim adalah pejuang rakyat dan Anwar Ibrahim adalah mewakili sebahagian besar rakyat Malaysia yang masih marhein.

Selama hari ini, Anwar Ibrahim menuduh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai seorang yang boros, bermewah-mewahan dan suka membazirkan duit rakyat malah dalam ceramah-ceramahnya, beliau menceritakan bahawa rakyat harus berkorban jiwa dan raga, serta harta benda demi menyelamatkan Malaysia.

Tapi hakikat sebenarnya, yang selamat hanyalah Anwar Ibrahim sebab dari penjara lagi, keluarganya hidup dalam keadaan mewah sepanjang beliau di dalam penjara. Malah apabila dibebaskan, beliau terus membina sebuah banglo di Segambut bernilai lebih RM7 juta.

Adalah difahamkan kereta pertama yang Anwar Ibrahim beli selepas dibebaskan ialah merupakan sebuah MG Rover 3500 cc yang mempunyai enjin Mustang. 

Itu baru kereta peribadi beliau, belum lagi pegawai pengiring dan pengawal keselamatan Anwar Ibrahim. Inilah watak sebenar Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim seorang yang hipokrit dan cakap tak serupa bikin. 

Beliau harapkan ahli-ahli PKR untuk berkorban harta benda sedangkan dalam masa yang sama, beliau hidup mewah.

Sumber : http://www.selangordaily.com/?p=5857

26 September 2012

Nah... Salahuddin takut debat Azalina?


Seronok sungguh tengok air muka Salahuddin Ayub jawab cabaran ahli parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman yang mahu berdebat dengan Naib Presiden PAS itu berhubung isu Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (RAPID) di Johor itu.

Beria-ia beliau sahut cabaran debat pasal isu itu tetapi bukan nak debat dengan Azalina sebaliknya pilih Menteri Besar Johor Datuk Ghani Othman.

“Saya sangat bersedia berdebat dengan MB Johor atas isu itu. (Ianya) Perlu diselesaikan dgn tindakan lebih relevan oleh MN yang amat berkuasa atas isu tanah,” kata Salahuddin bila diaju cabaran Azalina.

Alasannya, berdebat dengan Azalina tidak beri kesan sebab Ghani yang berkuasa hendak jawab isu pengambilan tanah bagi projek tersebut.

Salahuddin bukan saja nak debat dengan Ghani tetapi juga mahu stesen televisyen buat siaran langsung.

“Kalau boleh live.oleh Astro, TV1 atau TV3, saya mahu debat dengan MB Johor,” ujarnya.

Menjawab soalan, Salahuddin yang digembar gembur bakal MB Johor jika pembangkang menang di negeri itu berpendapat, Azalina sesuai debat dengan Anis Afilda Mohd Ali, pengerusi NGO Pengerang yang perjuang isu RAPID.

“Bukan tak layak (Azalina debat dengannya). Biarlah wanita lawan wanita dan Anis sangat layak kerana beliau aitivis yang juarai isu itu,” katanya.

Boleh gelak juga dengan lidah Salahuddin berputar-putar semata-mata juga nak tunjuk standard beliau bakal MB Johor sebab itu mahu berdebat dengan Ghani.

Agaknya Salahuddin takut nak berentap dengan Azalina sebab takut kena tae kwan do dengan bekas Menteri Belia dan Sukan itu.

Ataupun kerana sudah lama sangat kawan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Salahuddin juga sudah belajar, tanya lain, jawab lain.

Sumber : AgendaDaily

Saksi Video & Artikal berkaitan KLIK tajuk dibawah: 

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.