GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

31 October 2012

Siapa PM Selepas Anwar Disingkir? Baca ni!!!


Telah tersebar akan perjanjian sulit secara lisan antara PAS-DAP bahawa jika Pakatan Rakyat berjaya memerintah maka PAS dan DAP akan memastikan hayat Anwar sebagai Perdana Menteri tidak lama. Malah, lebih singkat dari dua tahun iaitu jangkamasa yang dicongak sebelum ini.

Sumber terbaru memberitahu bahawa mengikut perkiraan, PAS dan DAP hanya akan memberi masa selama dua bulan kepada Anwar untuk duduk di atas takhta Putrajaya sebelum disumbat kembali ke dalam penjara.

Perjanjian ini dibuat kerana DAP dan PAS cukup maklum akan siapa Anwar sebenarnya dan mereka juga tidak sanggup untuk berketuakan seorang yang sebegitu kotor sekali. Lebih dari itu, dengan tersingkirnya Anwar, sekurang-kurangnya kuasa yang diperolehi tidak perlu dibahagi tiga, tetapi hanya dua iaitu antara PAS dan DAP.

PRU 2008 menyaksikan DAP memenangi 28 kerusi dan PAS 23 kerusi, sekali gus menandakan yang kuasa DAP adalah melebihi PAS. Dalam PRU-13, DAP nekad bertanding lebih banyak kerusi iaitu pertambahan 43 kerusi menjadi 90. Tetapi ini dinafikan oleh DAP yang menyatakan bahawa parti tersebut hanya akan bertanding 60 kerusi berbanding PAS 66.

Penafian DAP diragui memandangkan kesungguhan mereka untuk meletakkan calon Melayu dalam PRU nanti, sekali gus menjejaskan peluang PAS. Mengenali sikap kiasu dan perkauman DAP, mereka tidak akan sekali-kali membiarkan parti mereka berada di bawah penguasaan parti lain, terutama PAS, yang mewakili Melayu.

Melihat dari senario ini, PAS tidak mungkin mampu mengatasi DAP dari segala segi iaitu dari segi jumlah kerusi, kekuatan diri untuk menentang keputusan dan kehendak DAP serta dari segi kebolehan untuk mentadbir. Oleh itu, DAP akan dengan mudah mengenepikan PAS dan melantik pemimpin mereka sebagai Perdana Menteri.

Kita tidak melihat bagaimana Hadi Awang mampu mengatasi kelicikan Kit Siang, sedangkan kelicikan kumpulan Anwarinas di dalam PAS juga tidak mampu diatasinya. Hadi Awang adalah lebih sebagai simbol sahaja dan bukan Presiden dalam ertikata sebenar. Malah beliau juga sering melepaskan tanggungjawab mempengerusikan mesyuarat kepada orang lain dan sekadar memberi kata aluan pembukaan dan penutup sahaja.

Jika Hadi Awang adalah simbol, Nik Aziz pula hanyalah maskot bagi mempromosikan imej ‘Ulama’. Maskot ini terus digunakan sebagai ‘logo’ walaupun sudah terlalu uzur dan segala segi. Jelas, kewujudan Nik Aziz di dalam PAS bukanlah untuk memimpin tetapi untuk dipimpin tangan bila berjalan. Ke mana arah kakinya berjalan pula bergantung kepada siapa yang memimpin tangannya.

Dengan hakikat yang amat menyedihkan ini, bagaimana PAS mampu mengatasi DAP dan memastikan jawatan utama menjadi milik mereka? Apatah lagi dengan Timbalan Presiden, Mat Sabu yang sudah terkenal sebagai barua DAP yang paling setia?

Justeru, senario yang pasti berlaku sekiranya PR mengambil alih tampuk pemerintahan ialah Anwar akan menjadi Perdana Menteri selama dua bulan sebelum jawatan itu dirampas oleh DAP, manakala PAS menjadi Timbalan yang bersifat boneka atau tiada jawatan penting langsug.

Maka DAP pun akan meneruskan agenda mereka untuk menghapuskan hak istimewa Melayu, institusi Raja-raja, Askar Melayu DiRaja serta menjadikan negara ini sebagai sekular akan dilaksanakan seberapa segera.  

25 October 2012

Nilai korban yang sempurna


JUTAAN tetamu Allah SWT, termasuk jemaah haji dari tanah air sedang bersiap sedia untuk melaksanakan kemuncak ibadah haji iaitu wuquf di Padang Arafah bermula daripada gelincir matahari hari ke-9 Zulhijah hingga terbit fajar hari ke-10 Zulhijah.

Kegagalan untuk berada di kawasan Arafah bagi jemaah haji yang mukallaf akan memberi impak kepada kesahan ibadah haji yang dilakukan sekali gus gagal meraih peluang beribadat, berdoa dan bermunajat di tempat suci yang sangat mustajab doa itu.

Sementara itu di tanah air, umat Islam turut tidak melepaskan kesempatan istimewa untuk berkorban wang ringgit, masa dan tenaga dengan menyembelih ternakan sebagai menghayati falsafah agung pengorbanan Nabi Ibrahim as. yang menyembelih anaknya Nabi Ismail as. semata-mata mentaati perintah Allah SWT.

Di sana sini kelihatan pelbagai ternakan seperti unta, lembu, kerbau dan kambing yang terikat dan bersedia untuk dikorbankan setelah selesai solat sunat Hari Raya Aidiladha dan berlanjutan hingga hari ke-13 Zulhijah.

Apa pun yang lebih utama bukanlah banyak atau sedikit ternakan yang dikorbankan. Akan tetapi niat yang suci dan benar-benar ikhlas melakukan ibadah kerana Allah SWT yang bakal diterima sebagai ibadah yang sempurna dan beroleh ganjaran takwa.

Allah SWT berfirman maksudnya "Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada Nya adalah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa daripada kamu.

Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk Nya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya" (Surah Al-Hajj: 37).

Hal ini juga bertepatan dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud "Tiadalah Bani Adam, pada hari Nahr, mengamalkan suatu perbuatan yang lebih disenangi oleh Allah Azza Wa Jalla, dibanding amalan menyembelih korban. Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada hari kiamat kelak dengan tanduknya, kukunya dan bulu-bulunya. Sesungguhnya darah korban akan jatuh dari Allah di suatu tempat, sebelum darah tersebut jatuh ke bumi. Maka kerana itu, baguskanlah oleh mu sekalian jiwa mu dengan berkorban". (Riwayat Ibnu Majah)

Selain itu, beberapa kriteria ternakan dan sunah dalam penyembelihan binatang turut memberi kesan kepada penerimaan ibadah korban yang sempurna. Binatang yang paling afdal untuk dikorbankan adalah unta di kedudukan teratas, diikuti lembu, kerbau dan kambing. Ini dinilai berasaskan jumlah daging yang paling banyak sehingga manfaatnya dirasai oleh sebilangan besar masyarakat setempat.

Sementara itu, dari segi warnanya pula yang paling afdal adalah ternakan yang berwarna putih, diikuti, kuning, kelabu, merah, belang putih dan terakhir hitam. Disyaratkan juga ternakan yang dipilih adalah yang paling gemuk, sempurna daripada sebarang kecacatan dan cukup umur, iaitu bagi lembu dan kerbau hendaklah berumur genap dua tahun.

Individu Muslim yang berniat hendak berkorban juga disunatkan untuk tidak mencukur sebarang rambut dan bulu di badan, termasuk memotong kuku selama 10 hari pertama bulan Zulhijah.

Bagi mereka disediakan ganjaran pengampunan dosa dan pembebasan daripada api neraka Allah SWT bagi setiap cukurannya selepas menjalani ibadah korban tersebut.

Selain itu, daging korban yang sudah dilapah dan ditimbang hendaklah diagih-agihkan kepada penduduk setempat. Daging itu kemudiannya boleh dibahagikan kepada tuan punya bahagian korban, golongan fakir miskin dan orang kaya sebagai hadiah.

Dalam hal pengagihan daging juga penduduk setempat hendaklah diutamakan berbanding yang tinggal di kawasan yang jauh. Malah ada pendapat yang mengatakan haram memindahkan daging korban ke tempat yang lain kerana di situ ada hak fakir miskin setempat.

Adapun trend melaksanakan ibadah korban di luar negara yang banyak dilakukan hari ini berkemungkinan disebabkan pandangan yang memikirkan ada Muslimin lain yang lebih memerlukan daging korban berbanding masyarakat Islam di Malaysia yang mewah dan selalu makan daging. Ini ditambah dengan pelbagai promosi oleh pihak tertentu yang turut menawarkan harga murah pada setiap bahagian binatang yang dikorbankan.

Dalam hal ini umat Islam diseru berhati-hati supaya tidak ditipu dalam beribadat. Malah yang afdal ternakan yang dipilih adalah yang paling mahal, paling sempurna dan tiada tawar menawar dalam proses membeli binatang korban.

Sebagai menghayati falsafah ibadah korban ini, para Muslimin secara umumnya diseru untuk berkorban mempertahankan akidah dan keyakinan kepada Allah SWT dengan tidak melakukan perbuatan syirik dan khurafat.

Amalan nikah batin untuk hajat tertentu sebagai contohnya adalah menyimpang daripada ajaran yang sebenar. Begitu juga berubat dengan pawang dan bomoh yang menggunakan anasir jin dan makhluk halus dikhuatiri akan merosak akidah dan jauh daripada rahmat Allah SWT.

Dalam usaha untuk melaksanakan segala tuntutan perkara fardu dan sunat dalam ibadah setiap individu Muslim diseru bersedia untuk berkorban masa, usaha dan tenaga bagi melakukan yang terbaik. Ibadat solat lima waktu hendaklah sentiasa dipelihara dan diperkemas segala rukun dan syarat-syaratnya hingga diterima dengan sempurna. Kesibukan tugasan harian sepatutnya tidak menjadi alasan untuk mengorbankan solat lima waktu yang difardukan.

Bagi yang belum berkesempatan untuk menunaikan fardu haji mereka diseru pula berkorban dengan bersungguh-sungguh menabung sikit demi sedikit hingga dapat ke Tanah Suci bagi menyelesaikan tuntutan fardu haji, jika tidak sampai bila pun niat yang suci itu tidak akan kesampaian.

Golongan yang seronok dan leka melakukan pelbagai dosa dan maksiat yang saban hari menjadi paparan akhbar tempatan juga diseru bersedia untuk berkorban dan bertaubat daripada terus bergelumang dalam kancah dosa dan maksiat sepanjang masa.

Ambillah kesempatan sempena hari raya korban ini untuk memulakan gaya hidup baharu tanpa perilaku dosa dan songsang supaya dirahmati dan diberi petunjuk oleh Allah SWT.

Rebutlah peluang masa muda sebelum sampai masa tua dan rebutlah peluang beramal semasa hayat di kandung badan agar tidak menyesal di kemudian hari.


Oleh MOHD ALI MUHAMAD DON
Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, UiTM Kampus Bandar raya Johor Bahru
Sumber: Utusan Online.

24 October 2012

ISU RAPID PENGERANG: Lawak bodoh pembangkang


Bagai nak gila tepekik telolong. Sudahnya sembang kosong je lebih...
Nah, bacalah ni!



23 October 2012

Perangi Propaganda Grand Final PR

This summary is not available. Please click here to view the post.

19 October 2012

PRU 13: PAS Pasti Tersungkur Di Kelantan


Suka atau tidak, pemimpin PAS Kelantan perlu menerima hakikat sudah sampai masanya untuk mereka mempersiapkan diri menerima penghukuman rakyat dalam PRU 13 kelak berikutan pelbagai kelemahan urus tadbir sejak 22 tahun negeri ini diperintah oleh PAS.

Kegagalan Kerajaan PAS Kelantan memantau projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di lembah Sireh, Kota Bharu sebagai mana disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2011, pastinya bakal menambah kemarahan rakyat negeri.

Bertahun-tahun sebelum ini, sudah ramai penduduk setempat yang bangkit membantah projek berkenaan kerana meragui keberkesanannya dalam menaik tarafkan kehidupan mereka selain isu pengambilan tanah pada harga pampasan yang tidak munasabah.

Kini apabila Laporan Audit sendiri pula mengesahkan projek pembangunan PTSK tersebut bukan sahaja masih gagal disempurnakan, malah tanah negeri seluas 716.8 ekar yang bernilai RM318.29 juta juga telah dipindah milik kepada syarikat Liziz Standaco Sdn Bhd tanpa melalui prosedur yang betul.

Ini sekaligus mengesahkan desas desus sebelum ini berkaitan wujudnya salah laku, penyelewengan dan rasuah dalam urusan tender dan kontrak projek tersebut yang melibatkan beberapa orang pemimpin negeri dalam Kerajaan PAS Kelantan.

Sudahlah begitu, janji manis Kerajaan PAS Kelantan konon rakyat negeri bakal menerima sebuah masjid baru yang indah dan besar bernilai RM20 juta juga langsung tidak nampak bayangnya walaupun tanah negeri sudah bertukar milik sejak bertahun lamanya.

Tambah menyemarakkan orang ramai apabila Laporan Audit juga mengesahkan projek Ladang Rakyat yang terbentang luas di Selatan Kelantan hingga kini hanya menguntungkan segelintir pihak yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin PAS Kelantan.

Janji dividen RM200.00 sebulan serta peluang bekerja di Ladang rakyat sebagai peserta dengan gaji RM700.00 sebulan hanya tinggal janji. Segelintir yang bernasib baik dapat meraih habuan dividen dan gaji itupun disebabkan adanya hubungan kepartian dengan PAS negeri sahaja.

Lebih 80,000 ekar tanah kerajaan dan tanah milik rakyat termasuk tanah adat Orang Asli kini dikuasai syarikat milik Cina Singapura serta Taiwan.

Berulang kali rakyat bangkit membantah dan menyerahkan memorandum, Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat hanya memekakan telinga kononnya semua bantahan itu hanya bermotifkan politik.

Walhal, hak rakyat ditindas dan nasib rakyat terumbang ambing dek kerana kerakusan pemimpin PAS merampas hasil negeri untuk kepentingan diri dan kroni.

Sebelum ladang dibuka, segala pokok balak serta konsesi pembalakan hanya dirasai oleh tauke Cina Singapura yang turut dikongsi bersama dengan beberapa pihak yang berkepentingan dalam PAS dan kerajaan negeri. Inilah sebenarnya sasaran utama pemimpin PAS negeri yakni hasil kayu balak dan komisyen.

Bila segala isi perut hutan belukar habis diratah meninggalkan tanah-tanah bukit sahaja kemudian membawa kepada pencemaran sumber air, barulah ladang dibuka namun hasil dari pembukaan Ladang Rakyat itu pun tak terjangkau oleh majoriti rakyat negeri.

Kononnya tujuan pembangunan Ladang Rakyat itu akan dapat menandingi kejayaan tanah rancangan FELDA, ternyata hanyalah omong kosong pemimpin PAS sahaja.

Itupun pemimpin PAS masih mahu tunjuk lagak konon mahu membela nasib peneroka FELDA sedangkan sejak sekian lama peneroka FELDA memang sudah terbela hasil usaha Kerajaan Barisan Nasional.

Patutnya pemimpin PAS perlu berani membela nasib rakyat Kelantan terutama penduduk di Selatan Kelantan yang sudah bertahun-tahun tertindas dek kerana kegagalan Ladang Rakyat yang diluluskan oleh MB dan Exconya.

Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU 13) kelak, usahlah PAS berharap untuk kekal di Kelantan, majoriti rakyat sudah muak dan mual dengan sikap hipokrit dan kuat mentekederah harta benda negeri oleh pemimpin PAS.

PRK DUN Galas tahun 2010 dulu hanyalah tanda awal bahawa kebangkitan rakyat Kelantan bermula dari Selatan kemudian bergabung bersama kekuatan rakyat di pusat bandar untuk sama-sama menumbangkan rejim pemerintahan diktator Nik Aziz Mulut Berus dan gerombolan PAS Kelantan.

PAS pasti tersungkur menyembah bumi sama seperti pokok balak yang jatuh menghempap tanah selepas digergaji dan ditarah sesuka hati.

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.