Kegagalan Kerajaan PAS Kelantan memantau projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di lembah Sireh, Kota Bharu sebagai mana disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2011, pastinya bakal menambah kemarahan rakyat negeri.
Bertahun-tahun sebelum ini, sudah ramai penduduk setempat yang bangkit membantah projek berkenaan kerana meragui keberkesanannya dalam menaik tarafkan kehidupan mereka selain isu pengambilan tanah pada harga pampasan yang tidak munasabah.
Kini apabila Laporan Audit sendiri pula mengesahkan projek pembangunan PTSK tersebut bukan sahaja masih gagal disempurnakan, malah tanah negeri seluas 716.8 ekar yang bernilai RM318.29 juta juga telah dipindah milik kepada syarikat Liziz Standaco Sdn Bhd tanpa melalui prosedur yang betul.
Ini sekaligus mengesahkan desas desus sebelum ini berkaitan wujudnya salah laku, penyelewengan dan rasuah dalam urusan tender dan kontrak projek tersebut yang melibatkan beberapa orang pemimpin negeri dalam Kerajaan PAS Kelantan.
Sudahlah begitu, janji manis Kerajaan PAS Kelantan konon rakyat negeri bakal menerima sebuah masjid baru yang indah dan besar bernilai RM20 juta juga langsung tidak nampak bayangnya walaupun tanah negeri sudah bertukar milik sejak bertahun lamanya.
Tambah menyemarakkan orang ramai apabila Laporan Audit juga mengesahkan projek Ladang Rakyat yang terbentang luas di Selatan Kelantan hingga kini hanya menguntungkan segelintir pihak yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin PAS Kelantan.
Janji dividen RM200.00 sebulan serta peluang bekerja di Ladang rakyat sebagai peserta dengan gaji RM700.00 sebulan hanya tinggal janji. Segelintir yang bernasib baik dapat meraih habuan dividen dan gaji itupun disebabkan adanya hubungan kepartian dengan PAS negeri sahaja.
Lebih 80,000 ekar tanah kerajaan dan tanah milik rakyat termasuk tanah adat Orang Asli kini dikuasai syarikat milik Cina Singapura serta Taiwan.
Berulang kali rakyat bangkit membantah dan menyerahkan memorandum, Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat hanya memekakan telinga kononnya semua bantahan itu hanya bermotifkan politik.
Walhal, hak rakyat ditindas dan nasib rakyat terumbang ambing dek kerana kerakusan pemimpin PAS merampas hasil negeri untuk kepentingan diri dan kroni.
Sebelum ladang dibuka, segala pokok balak serta konsesi pembalakan hanya dirasai oleh tauke Cina Singapura yang turut dikongsi bersama dengan beberapa pihak yang berkepentingan dalam PAS dan kerajaan negeri. Inilah sebenarnya sasaran utama pemimpin PAS negeri yakni hasil kayu balak dan komisyen.
Bila segala isi perut hutan belukar habis diratah meninggalkan tanah-tanah bukit sahaja kemudian membawa kepada pencemaran sumber air, barulah ladang dibuka namun hasil dari pembukaan Ladang Rakyat itu pun tak terjangkau oleh majoriti rakyat negeri.
Kononnya tujuan pembangunan Ladang Rakyat itu akan dapat menandingi kejayaan tanah rancangan FELDA, ternyata hanyalah omong kosong pemimpin PAS sahaja.
Itupun pemimpin PAS masih mahu tunjuk lagak konon mahu membela nasib peneroka FELDA sedangkan sejak sekian lama peneroka FELDA memang sudah terbela hasil usaha Kerajaan Barisan Nasional.
Patutnya pemimpin PAS perlu berani membela nasib rakyat Kelantan terutama penduduk di Selatan Kelantan yang sudah bertahun-tahun tertindas dek kerana kegagalan Ladang Rakyat yang diluluskan oleh MB dan Exconya.
Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU 13) kelak, usahlah PAS berharap untuk kekal di Kelantan, majoriti rakyat sudah muak dan mual dengan sikap hipokrit dan kuat mentekederah harta benda negeri oleh pemimpin PAS.
PRK DUN Galas tahun 2010 dulu hanyalah tanda awal bahawa kebangkitan rakyat Kelantan bermula dari Selatan kemudian bergabung bersama kekuatan rakyat di pusat bandar untuk sama-sama menumbangkan rejim pemerintahan diktator Nik Aziz Mulut Berus dan gerombolan PAS Kelantan.
PAS pasti tersungkur menyembah bumi sama seperti pokok balak yang jatuh menghempap tanah selepas digergaji dan ditarah sesuka hati.

Hendaknya begitulah semoga Kelantan dapat berdaya saing dgn negeri2 lain di Malaysia kerana sudah sampai masanya perubahan dilakukn demi kemajuan anak bangsa Melayu kita khususnya insyaAllah
ReplyDeleteTAPI AKU RASA LAH, RAKYAT KELANTAN NI MAJORITI PELIK SIKIT. WPUN HIDUP SUSAH,PAYAH DAN MISKIN WPUN PEMIMPIN SUDAH TERANG DAN JELAS GAGAL MEMBELA RAKYAT DENGAN KEMUDAHAN YG PALING ASAS PUN, MEREKA TETAP MEMILIH PAS. SEBABNYA, PEMIMPIN UMNO WPUN RAMAI YG ADE KELAYAKAN, KETOKOHAN,KEWIBAWAAN DAN CELIK AGAMA, DIORG TAKKAN SUKA SEBAB KEBANYAKAN ORG UMNO NI PAKAI KOT DAN BAJU MELAYU, TAK PAKAI JUBAH LABUH DAN SERBAN, TAK PANDAI NAK MENIPU DGN MENGGUNAKAN AGAMA ETC.
ReplyDeleteRAKYAT KELANTAN WPUN RAMAI YG PANDAI TAPI SELALUNYA GAGAL MENAPIS DOKTRIN BAWAAN PAS WPUN MENYIMPANG,SERONG DGN FATWA SESAT. SELALUNYA DIORG AKAN KALAH DGN IMEJ ISLAM YG DIBAWA PAS, PADAHAL IMEJ YG DIBAWA ITU BERSIFAT KOSMETIK JE. MANA MEMBANGUN BERSAMA ISLAM NYA??? WPUN AKU DOK JAUH DI KL NI TAPI AKU MASIH TERTANYA KENAPA RAKYAT KELANTAN BEGITU TEBAL SIFAT TAKSUB KEPADA PAS DAN MEREKA TIDAK SEDAR BAHAWA SIKAP MEREKA TELAH BERPULUH TAHUN DIMANUPULASI OLEH PAS...
JARANG SGT ADA RAKYAT KELANTAN YG MELIHAT JAUH KE DLM. TERPULANG LAH KEPADA RAKYAT KELANTAN. MEREKA AKAN JADI MARAH DAN BENGIS BILA PAS DIKRITIK PADAHAL KALAU BETUL BANGUN BERSAMA ISLAM ITU TEGAK DI KELANTAN, KENAPA RAKYAT MASIH MCM ITU JUGAK KEADAANNYA??? KENAPA KL INI BEGITU RAMAI ORG KELANTAN BERHIJRAH??? KELIBAT MEREKA DPT DILIHAT BEGITU RAMAI YG BERNIAGA DI PASAR2 MLM DAN GERAI2 MAKAN SEKITAR IBUNEGARA.
TIDAK TERFIKIR KE MEMBANGUN BERSAMA ISLAM TU SEBENARNYA ADALAH RETORIK PAS UTK TERUS MEMBODOHKAN RAKYAT KELANTAN SENDIRI???