Sekali lagi Mazlan Aliman menyeret dirinya untuk ke makamah kerana perkara bohong, Tetapi siapa yang mengaku dia berbohong yer dak? bawak pun lah ke makamah apa nak heran? sebab dia tahu kes nak bicara makan masa lama, silap hemat makan tahun, tetapi kesan pada orang yang di bohong?.
Bersungguh benar, agak paham ke apa yg tertulis tu... Pok Cik? |
Orang kampong mungkin tahu cerita sebenar itu sebab tak ramai yang percaya, yang buat buat percaya hanyalah orang luar dari Pengerang dan yang tak tahu apa apa, cuma dia tahu sorak ‘Hidup Rakyat’.
Ini lah kes “masuk kandang kambing tetapi mangaum macam Harimau”
Walaupun dia berkata tidak gentar dengan cabaran Azalina untuk menyaman dan tidak akan memohon maaf, bukanlah menunjukkan dia berada di jalan yang benar, tetapi orang ini telah di latih supaya memain dan bermain dengan makamah yang mana mentornya sudah terlepas banyak kali hanya kerana kesilapan teknik sahaja, bukan lah maknanya dia tak salah.
Dari Kulai tu, berhajat sangat nak selamatkan Pengerang. |
Penganjuran Himpunan Hijau di Sg Rengit pada 30 Sept 2012 yang lalu ternyata berakhir dengan sebaran berita yang hanya indah khabar dari rupa sahaja. Apa yang dibawa ke Pengerang banyak perkara bohong dari kebenaran yang dinyalakkan sejak dari mula sahinggalah berakhirnya himpunan tersebut.
Bohong pertama bila pengacara majlis Hishamudin Rais memperkenalkan yang hadir dan seterusnya menyebut ” Kita ada menjemput Ahli Parlimen YB Dato Azalina dan kita telah sediakan tempat duduknya tetapi dia tak datang”, memang kelihatan ada sebua sofa yang di sediakan. Tetapi betul ke YB Azalina ada di jemput?, Memang tak ada jemput sebenarnya. Hal ini di sahkan oleh Pegawai dan YB Dato’ Azalina sendiri. KLIK.
Dengan selamba mereka berbohong. Siapa yang dia bohong? Orang kampong ke? Siapa pula yang dia fitnah? YB Azalina la...
Seterusnya memperkenalkan kumpulan yang hadir, Tuhan nak tunjukkan penipuan dan kebodohan mereka, semua yang di perkenalkan ialah orang dari luar Pengerang, dari Selangor, dari Muar, Johor Bahru, dari Pahang dan sebagainya, senang cerita semua orang luar lah. Jadi mananya orang Pengerang?.
Ceramah dari ‘speaker’ jemputan yang banyaknya menyebut ” kerajaan merampas tanah mereka” itu sahaja yang banyak keluar dari mulut mereka tetapi mereka tak sebut pula wang pampasan yang bakal mereka terima, rumah bunglo dan tanah yang bakal di beri menggantikan rumah kereka sekarang, rumah yang kalau di tiup angin pun boleh runtuh.
Mereka menunjukkan kapal yang sedang berlabuh sebagai contoh, tetapi yang mereka tidak tahu kapal itu bukan berlabuh di Pelabuhan Pengerang atau Johor tetapi di Singapura, mengapa mereka tak tunjukkan persisiran pantai yang penuh dengan sampah sarap di belakang pentas mereka (Dataran Sg Rengit) akibat dari pembungan sampah dari kapal yang berlabuh tersebut?.
Baik yang tadi tu pencacai kecil yang bercakap, mungkin kekurangan fakta, kini tiba giliran ‘Bigshop’ mereka pula, disinilah masa nya Mazlan Aliman membuat kenyataan yang menyebut ” Azalina pergi berjumpa Najib untuk memujuk agar meluluskan Projek RAPID di Pengerang dan segala urus niaga ini ada berunsur sogogokkan (rasuah) yang melibatkan Menteri Besar Johor”. siapa yang dia bohong? orang kampong, siapa yang dia fitnah? Dato Seri Azalina dan Menteri Besar Johor.
Jadi elok sesangat YB Dato Seri Azalina teruskan saman, Sudahlah permohonan maaf tidak dibuat tetapi semakin takbur lagaknya, lagi pun dia dah kata “Saya bukan budak kecil yang takut, dan ia tidak akan membuatkan saya terhenti untuk terus membuat pendedahan yang saya andaikan satu sandiwara dan lakonan. Saya akan dedahkan pada bila-bila masa,”
Dalam berkata ‘ Kita bersepakat dan bersatu suara’ rupanya indah kabar sahaja, hanya pencacai bawahan sahaja yang perlu bersepakat dan bersatu, sedangkan kepala kepala mereka mempunyai agenda tersendiri.
Bila giliran Chua Jui Meng, dia berkata membawa amanah Anwar Ibrahim yang tidak dapat hadir untuk menyampikan ” sekiranya Pakatan Rakyat dapat ke Putrajaya projek RAPID ini akan di hentikan” , tetapi bila di tanya dengan Salahudin Ayup selepas majlis dia berkata “Projek ini tidak akan di hentikan, akan di teruskan cuma pendekatannya ada sedikit berbeza, mungkin kita ubah lokasi”. siapa kena bohong? wartawan lerr.., sebab orang kampong tak ada masa tu.
Kemudian mengistiharkan jumlah kehadiran, tidak boleh disalahkan Hishamudin mungkin dia mengalami kerosakkan mata, dengan bangganya mengistiharkan kehadiran adalah seramai 8 ribu orang dari sasaran awal seramai 30 ribu orang yang disebutkan oleh Pengerusinya Sdr. Hanis Afidah semasa di Parlimen tempoh hari.
Bukan soal perbezaan jangkaan awal dan semasa kejadian , tetapi memaklumkan kehadiran yang tidak betul juga sudah di kira satu pembohongan, tetapi apa nak hairan yang umum tu pun bukan nya ada agama ‘free thinker’ lah katakan.
Ini lah kehadiranyang dimaklumkan seramai 8 ribu orang itu.. Ada percaya ka? |
Sumber bersama: http://ob21.net/?p=3339
0 comments:
Post a Comment