Pengasas Pondok Geting di Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, Nik Abdul Aziz seolah-olah lupa bahawa DAP adalah satu-satunya parti politik yang sangat agresif dalam menentang hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud sekiranya pakatan pembangkang memerintah negara.
Berikutan itu, katanya, sudah tiba masanya untuk Menteri Besar itu melepaskan jawatan dalam parti sebelum lebih ramai orang Melayu dan Islam terpengaruh dengan kenyataannya.
"Macam mana tidak menyusahkan bila Pas nak tegakkan hukum Islam tidak boleh. Tidakkah itu merupakan penentangan secara terang-terangan oleh DAP?
"Tidakkah itu namanya menentang Pas? Jadi maknanya Nik Abdul Aziz sendiri keliru dan tidak faham apa yang berlaku sehingga akhirnya dia mengelirukan orang lain dan membuatkan mereka juga tidak faham.
"Jadi, kita pakat minta beliau turun jawatan. Bukan kita nak kata dia sudah tua atau nyanyuk, tapi banyak kenyataannya sekarang memang menunjukkan dia sudah cukup tua dan keliru," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Abdullah diminta mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang menegaskan Pas akan terus bekerjasama dengan DAP demi mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti meskipun mendapat tentangan daripada ahli Pas di peringkat akar umbi.
Nik Abdul Aziz berkata, kerjasama itu penting untuk mendapatkan undi bukan Melayu, malah beliau turut menganggap DAP tidak pernah memberi masalah kepada Pas.
Sementara itu, bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, kenyataan Nik Abdul Aziz itu menunjukkan bahawa beliau semakin angkuh dalam mengejar cita-cita peribadinya menentang UMNO.
Katanya, Nik Abdul Aziz telah termakan umpan DAP sehingga beliau melihat kerjasama itu sangat indah dan tidak mempedulikan tentangan yang ditimbulkan ahli-ahli parti itu sendiri.
"Apabila dia sudah dihasut maka dia melihat diri sendiri seorang yang paling hebat, jadi apa pun yang orang lain katakan semuanya akan dibangkang.
"Dia nampak kerjasama itu cantik tetapi sebenarnya dihiasi syaitan. Tetapi disebabkan sejak dulu dia menentang UMNO jadi sekarang UMNO yang jahat bukannya DAP," ujar beliau.
Sumber © Utusan Melayu
KLIK & BACA ARTIKAL BERKAITAN :
http://maelpengerang.blogspot.com/2012/10/nik-aziz-mengaku-pentingnya-dap-pada-pas.html
0 comments:
Post a Comment