#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

9 October 2012

Video Panas: Haron Din bantai Anwar. Saksikan!


Haron Din kata Anwar tidak asaskan politik kepada Islam


Semakin hari tembelang Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin koyak, lepas satu demi satu kejadian yang boleh jadi bukti kepada orang Islam terutamanya penyokong PAS untuk menilai kembali hubungan parti itu dengan Anwar apakah menguntung atau merugikan PAS dalam jangkamasa panjang.

Terbaru Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din pula ‘bantai’ Anwar yang disifatkan beliau bersekongkol dengan penganut Islam yang berfikiran liberal sehingga menolak kesesuaian Islam untuk membentuk sebuah negara.

Ulama terkenal tersebut bahkan menuduh Anwar sebagai tidak mendirikan PKR berlandaskan Islam demi mencari keuntungan politik peribadi.

Semuanya gara-gara Anwar melancarkan sebuah buku karya bekas Ahli Parlimen India Mobashar Jawed Akbar atau juga dikenali dengan nama M.J Akbar di Lake Club Kuala Lumpur minggu lalu.

Pada majlis itu, Akbar meremehkan peranan Islam dalam pembentukan sebuah negara, yang kebetulan menjadi agenda PAS di Malaysia.

Beliau berkata Islam tidak boleh dijadikan asas untuk membentuk sebuah negara kerana (jika boleh), “sudah tentu tidak akan ada 32 negara Arab di dunia” hari ini.

Akbar turut menegaskan jika Islam mampu membentuk sebuah negara, sudah tentu Singapura tidak terpisah daripada Malaysia.

“Islam adalah sebuah persaudaraan dan bukannya sebuah negara,” tegas Akbar pada majlis yang dihadiri oleh Anwar dan pimpinan PKR yang lain.

Haron kesal kerana individu seperti Akbar yang mengakui beliau Islam tetapi “tidak semestinya sembahyang lima kali sehari,” diberi peluang untuk menyebarkan pandangan-pandangan liberal di Malaysia, menerusi PKR.

Haron meminta rakyat tidak menganggap tindakan Anwar bersekutu dengan orang-orang seperti Akbar sebagai sesuatu yang direstui PAS.

“Jangan kita rujuk kepada seorang perseorangan seperti Anwar, kerana itu tindakan dia sendiri.

“Anwar pun ada cara dia sebab dia pun bukan tubuh parti Islam tetapi parti Keadilan.

“Dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (buat) dia, maka dia buat. Itu politik Anwar Ibrahim dan dia tidak asaskan politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita,” tegas Haron Din.


Haron berkata partinya tidak mahu diheret dengan politik PKR.

“Kita pun tidak campur hal PKR. PAS dengan PAS, PKR dengan PKR dan DAP dengan DAP,” kata Haron dipetik dari sebuah portal berita pada Ahad.

Bagaimanapun beliau menegaskan pihaknya tidak boleh menerima mana-mana pandangan yang meremehkan peranan Islam dalam membentuk sebuah negara yang sempurna.

“Kami dalam PAS, semuanya kita rujuk kepada Islam,” katanya.

“Yang sebenarnya Islam itu adalah satu cara lengkap. Maknanya (meliputi) apa sahaja kehidupan manusia. Islam juga menawarkan penubuhan negara Islam yang lengkap,” kata beliau.

“Ikutlah ayat Al-Quran, dan sunnah Nabi Muhammad,” tambahnya.

Anwar melancarkan buku Akbar yang juga Pengarah Editorial majalah mingguan India Today berjudul ‘Tinderbox: The Past and Future of Pakistan’ dalam satu majlis khas di Lake Club Kuala Lumpur minggu lepas.

- Agendadaily.com

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.