GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

24 January 2014

Gempar!!!! Lucut Jawatan Khalid sebagai MB.


PKR Bersetuju Lucutkan Jawatan Khalid Sebagai MB Selangor

Kemelut perbalahan antara Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dengan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim nampaknya sudah hampir sampai ke kemuncaknya. Mungkin kerana telah lama bersabar dengan kerenah Khalid yang dikatakan semakin ‘hilang arah’, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dilaporkan telah membuat keputusan untuk menggantikannya dengan calon MB yang baru.

Menurut laporan yang di keluarkan oleh akhbar Sin Chew Jit Poh edisi petang, keputusan untuk menggantikan Khalid itu dibuat melalui satu mesyuarat MPP yang diadakan semalam. Laporan muka depan, akhbar berbahasa cina itu turut mengatakan Azmin adalah merupakan calon yang disebut-sebut bakal menggantikan Khalid menerajui Selangor.

Paling mengemparkan apabila Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan Presiden parti, Wan Azizah dikatakan tidak lagi menyokong Khalid. Ini kerana dia dikatakan GAGAL memaklumkan atau mendapatkan pandangan parti sebelum memutuskan atau melaksanakan sebarang keputusan yang hendak dijalankan di Selangor.

Pimpinan PKR dikatakan tidak berpuas hati dengan cara Khalid mengendalikan 6 isu penting sehingga menyebabkan parti itu dikecam oleh pelbagai pihak khususnya para pengundi.

Antaranya isu berkaitan bekalan air di Selangor, penggunaan kalimah Allah, keputusan untuk menaikkan gaji dan elaun wakil rakyat, kenaikan lesen perniagaan secara mendadak sehingga 400 peratus terutamanya bagi yang melibatkan perniagaan-perniagaan kecil dan sederhana serta cadangan kenaikan cukai pintu.

Tidak ketinggalan isu pemecatan Azmin sebagai ahli lembaga pengarah, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan keputusan kerajaan negeri untuk menukar garis panduan bagi industri sarang burung walit sehingga menimbulkan bantahan para pengusaha yang majoritinya dari kalangan masyarakat cina.

Ekoran pelbagai kontroversi yang melanda itu, MPP parti telah memberikan mandat kepada Anwar untuk berjumpa, berbincang dan mendapatkan persetujuan dari pimpinan DAP dan Pas. Selain daripada itu, ahli parlimen Pematang Pauh itu juga perlu mengadap dan mendapatkan perkenan dari Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Laporan akhbar tersebut turut mengatakan sekiranya pimpinan DAP dan Pas bersetuju dengan keputusan PKR itu, Khalid berkemungkinan besar akan meletakkan jawatan dengan menggunakan faktor kesihatan sebagai alasan. Ia bagi mengelakkan Azmin dan para penyokongnya membuat usul undi tidak percaya kepada Khalid.

Menurut sumber juga, kepimpinan PKR berharap agar keputusan untuk menggantikan Khalid ini dapat dilaksanakan dalam tempoh 2 bulan atau sekurang-kurangnya 2 tahun iaitu sebelum pilihan raya umum ke-14.

23 January 2014

GEMPAR!!! Salji di Utara Indonesia. KLIK saksi video!



Fenomena yang sangat luar biasa dan mengejutkan penduduk di kawasan tanah tinggi utara Indonesia sebagai pagi ini.

Saksikan video dibawah:



ARTIKAL TERDAHULU: KLIKSINI

TERKINI: Pemimpin kanan PKR di hukum penjara.


Naib Presiden PKR, Tian Chua dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, sebentar tadi, selepas didapati bersalah atas tuduhan melanggar arahan di bawah Perintah Kawasan Larangan, dua tahun lalu.

Hakim Mahmud Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan peguam bela, Eric Paulsen untuk menangguhkan hukuman penjara.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 51, didakwa tidak mematuhi arahan Deputi Superintendan A Rajakopal, untuk beredar dari kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan mengikut Perintah Kawasan-kawasan Larangan 1975.

Tian Chua

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (PULAPOL), Jalan Semarak, jam 2.39 pagi, pada 29 April 2012 dan didakwa mengikut Seksyen 4(2) Akta Kawasan Larangan 1959 (Akta 298), yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Seramai sembilan saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan manakala pembelaan mengemukakan dua saksi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Mohamed Yusoff, manakala peguam Eric Paulsen mewakili Tian Chua. Sumber BH 

ARTIKAL TERDAHULU: KLIKSINI

BAKAR BENDERA JEPUN : Bila otak letak di lutut, celaka lah. KLIK baca ni!


Isu Bakar Dan Pijak Bendera Jepun, Sam Kena Bedal Pengikut Sendiri

Panik dengan tindakan para pengikutnya Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin segera mengeluarkan kenyataan bagi menyalahkan pihak media kononnya insiden pijak dan bakar bendar Jepun semalam, bukan dilakukan oleh pihaknya.

Menurutnya kehadiran AMK semalam hanya untuk menghantar memorandum bantahan kepada pihak kedutaan Jepun sekali gus meminta penjelasan berhubung keputusan jabatan imigresen negara itu yang menghalau Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pulang.

Pegawai imigresen yang bertugas di Lapangan Terbang Narita sebelum ini telah meminta Anwar agar membatalkan hasrat untuk memasuki negara Jepun sekali gus mengarahkannya untuk segera meninggalkan negara itu dengan mengambil penerbangan pertama atau ‘dipaksa’ untuk dihantar balik.

Mungkin kerana ini membodek Anwar, ahli parlimen Bukit Katil itu telah menganjurkan satu demonstrasi jalanan yang dihadiri tidak kurang dari 15 orang. Namun disebabkan demonstrasi yang diadakan itu tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan, mereka mula bertindak di luar batasan dengan memijak dan membakar bendera negara Jepun sebagai tanda protes.

Malangnya tindakan itu akhirnya telah memakan diri, apabila media Jepun memberikan laporan yang meluas sekali gus boleh merosakkan hubungan dua hala antara negara.

Ini kerana tindakan tersebut jelas membuktikan tahap kebodohan Shamsul yang cuba menyalahkan kerajaan Jepun yang kononnya telah tunduk atas desakan kerajaan Malaysia untuk memalukan Anwar yang disifatkan sebagai setaraf dengan Perdana Menteri.

Sebagai tindak balas, jurucakap kedutaan Jepun di Malaysia Tomoko Nagai telah mengeluarkan kenyataan bagi menerangkan perkara yang sebenar. Menurutnya kegagalan Anwar untuk memasuki negara matahari itu berpunca dari kesilapannya sendiri kerana tidak mengemukakan permohonan visa.

Ini kerana, Anwar masih perlu memohon visa kerana rekod jenayahnya yang lalu walaupun kerajaan Jepun sebelum ini telah memberi kelonggaran kepada rakyat negara ini supaya tidak lagi menggunakan visa untuk memasuki negara tersebut.

Tomoko turut menjelaskan, pelepasan yang diberikan kepada Anwar sebelum ini untuk memasuki Jepun pada 2011 dan 2012 adalah melalui kebenaran khas dan kedatangannya baru-baru ini tidak melalui proses tersebut.

“Sesiapa yang pernah dipenjarakan sebelum ini sama ada di Jepun atau negara lain selama setahun atau lebih akan dinafikan memasuki Jepun.

Berbalik kepada isu pijak dan bendera, tindakan Shamsul yang juga dikenali sebagai Sam Ketot itu jelas membuktikan bahawa dia telah bertindak secara melulu dan membabi buta.

Paling menarik, apabila ramai di kalangan penyokong dan ahli pembangkang yang turut mengecam tindakan bodoh Shamsul itu. Berikut adalah antara kritikan yang diterimanya.

Gin Marvel · GM "AMAT TAK BERSETUJU" cara AMK memijak & bakar poster mirip bendera Jepun. Ini memalukan PKR & PR secara khususnya. Hantar Memorandum Bantahan, YA GM setuju, tapi jika ini caranya, ia adalah amat memalukan & tak seharusnya terjadi. Shamsul Iskandar Mohd Akin, sila kembangkan OTAK anda dari badan anda... Again, kejadian ini amat mendukacitakan....

Mohd Halim A Rahim · Tindakan AMK ini merupakan ketandusan idea Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin. Sebagai Ahli Parlimen dan Peguam beliau sepatutnya membawa 'isu' ini ke Parlimen. Kunjungilah Kedutaan Jepun dengan berhemah dan budi bahasa menyatakan ingin tahu butir terperinci mengapa Anwar dilarang menjejaki bumi Jepun walhal sebelum ini tiada sebarang larangan.


Tiba-tiba pula kempen jangan beli barangan Jepun. Sungguh tidak wajar dan mengarut sama sekali. Mungkin, tindakan begini menjadi tindakan berani kali terakhir Mohd Shamsul sebelum meninggalkan gelanggang kepemimpinan AMK.

Mohd Rejab Ahmad · Kerja bodoh. Nak hantar memo,hantarlah.Ini sampai pijak-pijak pula bendera negara orang lain, apa ke jadahnya. Cuba check balik, budak-budak upahan mana yang dibawa oleh AMK ini. Kalau budak budak hidu gum pun tak akan berkelakuan macam ini.

Mohd Rejab Ahmad · Hehehe, aku amat yakin esok AMK akan kata, itu bukan orang kami

Mikami Angelo Krakov · Ini bukanlah cara yang sepatutnya untuk meluahkan ketidak puashati terhadap tindakan kerajaan Jepun menidakkan Anwar memasuki negara berkenaan. Janganlah gara2 negara maju, matang dan terbuka seperti Korea Selatan pun memboikot tak puas hati dengan Jepun dengan main pijak2 dan bakar karikatur pemimpin mereka, kita di sini pun merasakan itulah tindakan terbaik. Sebab last2 yang rugi adalah kita dalam keluarga PR juga.. start malam ini sehinggalah bila2 pun, isu inilah yang akan dimomokan dalam TV3 suku, BernamaBUK, & Utusex..

Apain Soriun · Yang ini saya amat tak setuju kerana perilaku seperti ini tiada bezanya dengan puak-puak UMNO dan PERKASA. Gunalah saluran yang betul dan siasat dulu apa puncanya DSAI dihalang masuk ke Jepun. Apa pun hal ini kena siasat betul-betul kerana mungkin ada pihak lain yang ambil kesempatan untuk memburuk burukkan parti lawan.

Kesimpulannya Sam Ketot akhirnya sedar tindakannya untuk membodek Anwar akhirnya telah memakan diri sendiri. Sudahlah kehadiran peserta amat memalukan, kini dia turut menerima kecaman dan kritikan dari penyokong sendiri.


ARTIKAL TERDAHULU: KLIKSINI


22 January 2014

@SPADChannel : Usaha penyelarasan tambang bas sekolah di putar belitkan.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar

Tidak sampai sehari, kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dijadikan bahan putar belit puak-pembangkang yang tidak bertanggung jawap.

Benar kata orang, sikap mereka-reka cerita dan menyebar berita 'separuh masak' memang payah nak dipisahkan dalam hidup puak-puak ini.

Lihat printscreen di bawah ni... Tak sudah-sudah nak ujudkan provokasi dan menghasud rakyat.


Usaha SPAD untuk membantu dan menyelesaikan masaalah yang dihadapi pengguna dalam hal pengangkutan awam pun hendak di politikkan. Ujung-ujung UMNO juga yang disebut.

Semalam, Tan Sri Syed Hamid Albar mengeluarkan kenyataan bahawa isu kenaikan tambang bas sekolah juga berpunca daripada kesanggupan ibu bapa membayar kadar baharu tersebut.

Ia berhubung dengan kemudahan yang telah SPAD ujudkan. Yang mana SPAD telah membuka talian bebas tol untuk ibu bapa membuat laporan, agar salahlaku pengusaha bas sekolah sesuka hati menaikkan kadar tambang dapat diambil.

Kadar kenaikan itu tidak akan berlaku kalau tidak kerana ibu bapa yang sanggup membayar, dan selama ini pun yang kedengaran hanya rungutan namun tidak ada tampil membuat laporan," katanya dalam satu sidang media selepas melancarkan program kempen kesedaran dan pematuhan Spad ICOP di Stesyen Bandar Tasik Selatan.

Sebelum ini Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM) tetap akan menaikkan surcaj tambang bas sekolah bermula Januari ini sebanyak 40%, walaupun Spad masih tidak membuat keputusan tentang tambang baru bas sekolah.

Presiden PPBSM Amali Munif Rahmat berkata, kenaikan itu merupakan satu keperluan setelah kerajaan mengumumkan kenaikan harga diesel sebanyak 20 sen pada September.

Oleh kerana tiada ibu bapa yang tampil membuat laporan, Syed Hamid berkata SPAD tidak dapat mengambil tindakan terhadap pemilik bas sekolah yang sesuka hati menaikkan kadar tambang.

Katanya, keadaan pasti bertambah sukar bagi ibu bapa sekiranya SPAD bertindak menggantung lesen bas sekolah.

Kalau kita ambil tindakan batalkan lesen pengusaha bas sekolah jadi bagaimana budak hendak pergi sekolah? " soalnya.

"Sekiranya ibu bapa tampil membuat aduan berserta bukti, maka perkara ini pasti boleh dibawa ke mahkamah."

Dalam pada itu, Syed Hamid berkata SPAD kini dalam usaha memikirkan cadangan bagi mengurangkan kos kenaikan kepada pengusaha bas sekolah.

Salah satu cadangan yang mungkin dikemukakan adalah penggunaan iklan bergerak sebagai pendapatan lebih bagi pengusaha bas, supaya mereka tidak menaikkan tambang bas sekolah, katanya. (KLIK)

Apabila ditanya adakah kemungkinan akan berlakunya kenaikan kadar tambang pada pengangkutan awam lain, beliau berkata pihaknya cuma menyelaraskan, bukannya menaikkan.

"Ada perbezaan antara menaikkan dan menyelaraskan, dan kita lebih senang dengan terma penyelarasan kadar," katanya.

Tambahnya, kuasa untuk menaikkan kadar pengangkutan awam juga tidak terletak pada SPAD

Apa yang sebenarnya, SPAD tidak ada kuasa untuk itu. Tanggungjawap SPAD hanyalah melakukan kerja-kerja penyelarasan, dengan erti kata lain, melihat kadar yang boleh diterima semua.

MP: Apa yang tak kena? Huhhh!

ARTIKAL TERDAHULU: KLIKSINI


SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.