#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

23 October 2014

'MELAYU PENDATANG'... Jangan cari pasal!


Ahad lepas, wakil Gerakan Johor, Tan Lai Soon dalam ucapannya pada Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan di Shah Alam, Selangor mengingatkan pemimpin Umno agar tidak menggunakan kenyataan pendatang kepada kaum lain dan turut mendakwa orang Melayu juga sebenarnya pendatang di negara ini.

Tan mendakwa orang Melayu, Cina, India adalah pendatang, kecuali Orang Asli, Sabah dan Sarawak yang menjadi penduduk asal negara ini.

“Orang Melayu bukan pendatang … orang Melayu tinggal di sini sebagai satu Kepulauan Melayu. Wujudnya Malaysia, Indonesia, Filipina dan juga negara lain adalah disebabkan oleh penjajah yang datang yang membahagi-bahagikan negara ini.

Jadi, tidak timbul soal orang Melayu pendatang ataupun tidak.

Perkara ini telah menyentuh emosi dan rasa kesal Badan Perhubungan UMNO N.Sembilan. Datuk Seri Hj. Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan turut menyuarakan rasa tidak puas hati dan berkata apa yang keluar dari mulut perwakilan parti Gerakan itu semuanya adalah salah baik dari segi fakta sejarah, fakta geografi dan sebagainya

Datuk Seri Hj.Mohamad Hasan
“Saya hendak nyatakan di sini bahawa sikap sebegini kita tolak dan kita merasa amat marah kerana masih ada lagi orang bersikap sebegini,” katanya.

Datuk Seri Hj. Mohamad Hasan yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Sembilan, berkata, perkara itu terkandung dalam pernyataan yang diputuskan pada mesyuarat BadanPerhubungan Umno Negeri Sembilan dan Umno Bahagian Rembau semalam.

“Saya harap Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dan partinya melihat perkara ini sebagai sesuatu yang serius, bukan ditolak begitu sahaja dengan menyatakan ini suara perseorangan dan jangan minta maaf dengan cara yang sambil lewa,” katanya.

4 comments :

  1. Sekurang kurangnya masih lagi ada melayu yang berani...syabas...Tapi apa kata NAJIB dan Presiden Gerakan..hari tu dalam ucapan dia beria ria benar akan mengamdil tindakan jika terdapat benda benda menghasut macam ni...Mana dia tindakannya.....Bercakap tu biarlah dengan mulut bukan dengan buntut wahai Presiden Gerakan.

    ReplyDelete
  2. Sekrg. si PENDATANG KAPIRDAJAL bukan ikhlas minta maaf, tapi amat LICIK, sedg. menggunakan isu si APEK RASIS GerakanTERKANGKANG ni utk. terus berkempen besaran, utk. MENGHAPUSkan identiti, sejarah dan hak BUMIPUTERA Islam/Melayu di TANAH MELAYU pusaka nenek moyang kita ni - dgn. kempen besaran utk. menghalang penggunaan istilah 'PENDATANG'; dgn. MEMANIPULASIkan kempen 'keharmonian' 1Malaysia pula!

    Kat Barat pun, menggunakan istilah 'Immigrant' (PENDATANG) utk. mempertahankan identiti dan hak BUMIPUTERAnya. Jadi si PENDATANG HIPOKRIT kat Tanah Melayu ni nak MENIPU psl. sejarah nenek moyang kita!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Kesultanan Islam-Melayu (yg. berjuang demi ISLAM/umatnya yg. miskin-tertindas), Bahasa Melayu, hak BANGSA BUMIPUTERA Islam/Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari PELBAGAI bangsa yang hormat ISLAM, serta bangsa dan hak Bumiputera [BUMIPUTERA juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation peoples/Tribal peoples – maka istilah “(SATU) BANGSA Malaysia“ sebenaqnya adalah PALSU dan adalah legasi PENJAJAH British-ZIONIS utk. melahirkan dasar SATU “bangsa Malayan bersatu”, pelansungan dari Malayan Union-JAHANAM].

    ReplyDelete
  3. Sepatutnya DYMM Kesultanan Melayu dan NGO-NGO Islam/Melayu MENYAMAN BERBILLION, PENGGANAS/PEROMPAK PENJAJAH British-ZIONIS di Mahkamah Persekutuan kita dan di Britain serta mahkamah EU kalau Britain enggan atau kita kalah di mahkamahnya - dan kembalikan kesemua Tanah Melayu ini ke bawah KUASA EKSEKUTIF Kesultanan Islam/Melayu kita serta rakyat BUMIPUTERAnya! Dan mendapatkan kembali Batu Putih!

    Kerana PENIPUAN perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 (yg. sebenaqnya adalah pelansungan dari Malayan Union), yg. dipaksa oleh PENJAJAH British/ZIONIS ke atas Kesultanan Melayu serta rakyat BUMIPUTERA Islam/Melayunya, adalah utk. menghapuskan SEJARAH Tanah Melayu sbg. bumi ISLAM, termasuk dgn. menghapuskan terus KUASA EKSEKUTIF Kesultanan Melayu terutamanya berkaitan pemerintahan secara ISLAM, dan dlm. kuasa memberikan kerakyatan serta pemilikan tanah PUSAKA di bumi ISLAM kita (maka sebab itulah BERJUTA Pendatang Cina dan India diberi kerakyatan dan hakmilik tanah dgn. begitu mudah mengikut Perjanjian PENIPU ini, yg. berasaskan undg-undg DAJAL Malayan Union, si British-ZIONIS “jus soli” dlm. tahun 1946).

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  4. Tiori pengkaji Brtish dan Barat yang tidak diiktiraf menamakan Melayu sebagai penduduk asal di Semananjung dan mentakrifkan kawasan ini sebagai Nusantara itu hanyalah untuk tujuan penaklukan. Kesilapan utama nya ialah Semananjung dan Siam disambung dengan segenting kra dan laluan nya lebih mudah dari Semananjung ke Siam dari perairan Indonesia ke Semananjung. Raja Siam menguasai sepenuhnya Semananjung sehingga di serang Majapahit /Sri Vijaya , tapi masih lagi Kerajaan Siam mantap selepas itu dan memungut ufti sampai ketibaan British. Terma Nusantara dan Melayu sebagai pribumi hanya di sebut oleh British kerana mereka rasa adalah lebih senang menonjolkan orang2 Melayu di depan dalam proses melumpuhkan pengaruh Raja Siam dan seterusnya menguasai Semanajung dan Borneo sebagai jajahan. Kita tidak sepatutnya telan bulat2 teori 2 pengkaji Eropah yang tidak diiktiraf secara keseluruhan sebab ada muslihat untuk meraih keuntungan disitu. Melayu sebenarnya kalau dilihat kehidupan mereka yang tak bertamaddun menyerupai kesenimbungan sifat2 lanun diperairan (sea farers) yang lebih menonjol berbanding orang2 darat. Lagipun tamaddun Siam lebih mantap berbanding lanun2 Melayu di perairan yang tidak senang duduk di darat. Penempatan tetap di Semananjung hanya bermula pada kurun 15 kerana tekanan kuasa2 lain di Indonesia yang memaksa kumpulan lain berhijrah ke Semananjung, itupun setelah diperkenankan oleh Raja Siam dengan janji ufti harus dihantar setiap tahun ke Siam. Kerajaan Siam menjadi lemah akibat kuasa Eropah mula menular di sini, secara tak langsung memberi kekuatan dan nafas baru kepada Kesultanan Melayu di Semananjung.

    Jadi analisa ahli Gerakan itu sememangnya betul dari segi sejarah tapi tidak mudah diterima oleh oprang2 Melayu.

    Lagipun penempatan Cina dan India dah mula lebih awal dari kedatangan Melayu secara kelompok yang besar.

    ReplyDelete

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.