GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

9 March 2011

Kalau Benar… Anwar Tak Perlu Takut Serah DNA Secara Sukarela

 

 

Keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan tiga barang yang diambil dari sel tempat beliau ditahan semalaman pada 16 Julai, 2008, membuktikan sistem kehakiman di Malaysia telus dan tidak dirancang seperti yang Anwar dakwa di luar negara sebelum ini.


Anwar semasa berucap di New America Foundation, sebuah badan pemikir AS yang berpengkalan di Washington DC, 10 Februari lalu menuduh perbicaraan kes liwat adalah usaha terancang untuk membunuh karier politiknya kerana sistem kehakiman di Malaysia telah disusun.

“Muncul di mahkamah hanya sebagai satu syarat, sebab semua keputusan telah dirancang. Sekali anda didakwa, anda pasti akan dipenjarakan”, tuduh Anwar.

Bermakna keputusan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menggugurkan tiga bahan bukti sehelai tuala kecil Good Morning, satu botol air mineral dan satu berus gigi kerana diperolehi secara tidak sah membuktikan kata-kata Anwar di luar negara itu hanya bersifat hasutan untuk menagih simpati sokongan semata-mata.

Mana konspirasinya, jika keputusan hakim hari ini tidak seperti yang diharapkan oleh pihak pendakwa?
Sebelum ini, pihak pendakwa telah membuktikan profil DNA sehelai tuala kecil Good Morning, satu botol air mineral dan satu berus gigi adalah sepadan dengan profil DNA lelaki Y.

Jadi bagaimanakah pihak pendakwa mahu membuktikan siapakah Lelaki Y itu jika tiga bahan bukti itu yang telah dianalisis sepadan dengan profil DNA Lelaki Y itu ditolak mahkamah dengan alasan teknikal ?
Keputusan mahkamah hari ini akan menyukarkan pembuktian kes rogol atau sodomi kepada mana-mana pihak lain selepas ini, kerana setiap bahan bukti atau DNA mestilah diperolehi secara sah.

Maka bermaharajalelalah perogol bersiri dan peliwat di negara ini kerana semua bahan bukti mesti didapati secara sah dan sekaligus teraniayalah semua mangsa rogol dan liwat hanya kesalahan-kesalahan teknikal di mahkamah. Itukah keadilan ?

Kami di AIDC, mahukan kebenaran, jika mahkamah berjaya membuktikan Anwar bukan Lelaki Y, maka kami akan menarik balik semua artikel yang mengaitkan Anwar dengan Lelaki Y yang pernah kami siarkan sebelum ini.

Untuk menentukan benar atau tidak profil DNA Anwar sama dengan Lelaki Y, maka kami mencabar Anwar menyerahkan sampel darahnya secara sukarela kepada pihak mahkamah.

Setakat ini, kes Anwar diibaratkan seperti seorang peliwat yang amat takutkan bayang-bayangnya sendiri.
Tidak mahu bekerjasama dengan polis dalam melengkapkan siasatan. Tidak mahu menyerahkan sampel darah secara sukarela. Dan dalam masa sampel DNA yang diperolehi dari sehelai tuala kecil Good Morning, satu botol air mineral dan satu berus gigi pun turut dimohon gugur dengan alasan tidak mendapat kebenarannya.

Jadi salah satu jalan penyelesaian yang terbaik adalah sikap kerjasama Anwar membenarkan sampel darahnya diambil secara sukarela.

Jika Anwar masih enggan bekerjasama dan mencari pelbagai alasan untuk tidak menyerahkan DNA secara sukarela, maka kami sesungguhnya amat mempercayai bahawa Lelaki Y iaitu adalah Anwar Ibrahim.

LELAKI Y = ANWAR IBRAHIM. Itulah hakikat yang paling ditakuti Anwar !

Di atas sebab itu, maka wajar beliau amat takut untuk menyerah sampel darahnya dan berusaha menggugurkan tiga bahan bukti yang telah dibuktikan profil DNA adalah sama dengan Lelaki Y yang air maninya ditemui dalam dubur pengadu. Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dalam konteks politik, bersihkan imej Anwar sebagai peliwat, yang sekadar menang menggunakan hujah teknikal di mahkamah tetapi takut menyerahkan sampel darah untuk menentukan status Lelaki Y ?.

Layakkah peliwat yang amat penakut ini menjadi ketua kepada Pas dan DAP ?

Berani kerana benar. Takut kerana salah. Seandainya Anwar mahu membersihkan dirinya daripada imej peliwat dan mengembalikan sokongan umat Islam kepadanya, sahutlah cabaran ini, serahkan DNA saudara secara sukarela !

Petikan dari: anwaraidc.com

PIKIRAN KAWAN:
Menurut Pendakwaraya, DNA air mani yang diperolehi daripada dubur Saiful dengan DNA perbandingan yang diperolehi daripada sampel Anwar Ibrahim adalah sama dan bertepatan.

Pendek kata, rumusan yang dibuat oleh Pendakwaraya, memandangkan DNA air mani dalam dubur Saiful dan DNA perbandingan yang diperolehi adalah dari sumber yang sama iaitu Anwar Ibrahim....Maknanya dakwaan Saiful "dikunyitkan" oleh Anwar tu betul lah ye???

Cuma sumbernya sahaja yang dipertikaikan, dan di dalam kes ini ditolak oleh YA Hakim kerana sebab teknikal, ianya diperolehi tanpa izin dan tidak sah.

Tidak sepatutnya mana-mana pihak mendakwa pertuduhan itu tidak benar, apatah lagi mempolitikkannya dan memutarbelitkan penolakan itu.

6 March 2011

Rakyat Sayangkan BN!!! Apa macam PAS???

Tahniah Tuan Syed Ibrahim... 
BN Menang Bergaya Di DUN Kerdau

TEMERLOH: Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kemenangan bergaya padapilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dengan majoriti 2, 724 undi.
BN yang diwakili Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau berjaya memperolehi 5,060 undi sekaligus menewasakan calon PAS, Hassanuddin Salim yang mendapat 2,336undi.
Kekalahan ini merupakan kali kedua bagi Hassanuddin yang sebelum ini turutbertanding di kawasan yang sama pada pilihan raya umum ke-12.
Pengumuman berkenaan dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Kerdau,Datuk Tarif Abdul Rahman di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh(MPT) di sini, Ahad.
Pada pilihan raya umum 2008, BN yang diwakili Allahyarham Datuk ZaharuddinAbu Kassim memenangi kerusi DUN Kerdau dengan majoriti 1,615 undi.

 
Tahniah Roslan Ahmad
BN Menang Dengan Majoriti Lebih Besar

JASIN: Seperti yang dijangkakan, calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad berjaya menewaskan calon Pas, Yuhaizad Abdullah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Ahad dengan majoriti lebih besar.
Majoriti yang diperoleh Roslan 3,643.
Roslan, 44, memperoleh 5,962 sementara Yuhaizad sekadar menerima 2,319.
Pada Pilihan Raya Umum 2008 BN hanya memperoleh majoriti sebanyak 2,154 undi.
Pengurus Pilihan Raya DUN Merlimau, Roslan Eusoff ketika mengisytiharkan keputusan itu di Pusat Penjumlahan Undi, Politeknik Merlimau, di sini berkata, undi ditolak ialah 135.
Kerusi DUN Merlimau kosong ekoran kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan dari UMNO pada 20 Januari lalu.

...........................................................................................................................
Kata SATU MELAYU:
Sikap samseng dan kurang ajar juak-juak Pas dari luar yang sengaja didatangkan khas untuk tujuan ‘buat kacau’ adalah petanda bahawa calob parti itu akan tersungkur menyembah bumi.

Sudah menjadi kebiasaan, apabila juak-juak Pas merasakan calon mereka kan kalah, maka ikhtiar yang ada pada mereka ialah menimbulkan huru-hara dan kekecohan dengan harapan supaya para pengundi takut untuk keluar mengundi.

Inilah dawah cara Rasulullah SAW yang diajarkan oleh Tok Guru ‘Mazhab Nik Aziz’ kepada para penyokong tegar yang tak pernah cerdik itu.




Info & Sumber : Satu Melayu....mStar Online....bharian Online...

Semoga Bob Lokman tak pening

Pengacara dan penulis lirik Bob Lokman dah masuk Pas.

Bob boleh masuk mana-mana parti yang sah di sisi undang-undang. Nak masuk parti orang India, MIC pun boleh. Tapi Hindraf jangan sebab itu pertubuhan haram, sama dengan Parti Komunis Malaya (PKM). Tapi Hindraf istimewa kerana boleh menyalak di jalan-jalan raya.

Jadi tak pelik sikit pun apabila Bob masuk Pas. Mungkin Pas pula rasa pelik kerana tiba-tiba gaya pakaian Bob mengalahkan orang Pas. Tapi tak mengapa, biasalah orang baru, gaya mesti lebih.

Cuma rasa pelik apabila Bob kata, dia masuk sebab nak cari kemurnian Islam sejati. Ini memang pelik sangat-sangat.

Bob juga kata, dia masuk Pas untuk mendekatkan diri dengan Tuhan dan tak mahu mati dalam dosa. Apa kena mengena Pas dengan dosa? Adakah Pas tempat menghapus dosa? Siti fikir bab ini Bob silap besar. Dia ingat masuk Pas seolah-olah sudah menemui kemurnian Islam sejati. Bob kena ingat, dia masuk parti politik, bukan masuk pondok atau pusat tahfiz.

Bob, awak masuk politiklah. Ini sama juga kalau Bob masuk UMNO, bukanlah untuk menjadikan dia lebih “Melayu”. Banyak juga orang UMNO hilang Melayu dan tak kenal Melayu. Kedua-dua ini hanya parti politik.

Kalau Islam boleh jadi umpan, orang politik akan mempergunakan Islam. Orang politik akan menggunakan segala macam umpan untuk berkuasa.

Tengoklah macammana tiba-tiba MIC, sebuah parti orang India menjadi begitu prihatin dengan sastera Melayu apabila novel Interlok boleh memberikan imbuhan politik. Rasa-rasa berapa kerat orang MIC yang baca novel Melayu? Semua ini Bob kena hayati kerana politik boleh menghalalkan cara asalkan boleh berkuasa.

Adalah lebih baik kalau Bob cakap nak berjuang politik bersama-sama Pas kerana Bob yakin strategi politik mereka.

Tak adillah kalau Bob memberikan kenyataan yang mengelirukan mengaitkan dengan Islam. Bob, orang Melayu akan lebih percaya cakap Bob. Kesianlah kalau dia orang diberikan maklumat yang keliru.

Orang lebih percaya cakap artis daripada ulama. Artis kita pula boleh menyanggah fatwa ulama, misalnya bergomol macam kambing berasmara tak apa. “Fatwa” artis kata itu “sekadar lakonan saja.” Inilah yang bahaya.

Kalau Bob nak berubah kepada cara hidup lebih baik, sangat dialu-alukan. Tapi berubah menjadi baik berbeza dengan berubah pentas. Dari pentas rock kepada pentas politik. Berubahlah dari dalam dan Bob masih boleh pakai jean, baju cop Pagoda dan terus berkarya.

Kalau berubah dari dalam lambat laun orang nampak juga. Tapi bila awal-awal lagi Bob dah menukar “seragam” baru, jadi bimbang juga Bob pening dan tak jumpa apa yang dicari.

Walau apa sekalipun, kawan mengucapkan selamat datang ke pentas politik kepada Bob. Tapi ini bukan pentas rock tau, semua benda boleh berlaku dan jangan tanya kenapa berlaku.

SITI JARUM: Suka tengok badut politik tersengih-sengih memegang kipas

5 March 2011

UMMI AKAN TERUS MENGGANYANG ANWAR!!!

Ummi akan terus mengganyang Al Sheikh Al Anwar Aljuburi
Ummi Hafilda sekali lagi telah berdiri di medan ceramah bersama NGO's negeri Melaka malam tadi.

Ketibaan beliau telah diberikan tepukan gemuruh oleh pengundi dan jentera yang hadir. Dato' Ishak Ismail, penceramah jemputan yang sedang berceramah ketika itu mengumumkan ketiba Ummi sebagai "The Iron  Women".

Setelah mendapat pembesar suara, Ummi terus membongkar, Ummi telah menelanjangkan musuhnya yang digelarkan Al Sheikh Al Anwar Al juburi. Aku dapat melihat bagaimana kecewa dan marahnya Ummi kepada Al-Anwar ini.


Ummi telah menceritakan bagamana sebenarnya Al-Anwar adalah bapak kepada RASUAH selama ini. "Al-Sheikh Al -Anwar Al-juburi inilah sebenarnya BAPAK segala rasuah!!!! Ketika beliau bertanding menentang Allahyarham Tun Ghaffar Baba merebut Jawatan Timbalan Presiden UMNO, Abang beliau Azmin telah menyusun wang seperti menyusun tin biskut. Wang itulah yang digunakkan untuk membeli semua perwakilan"

Ummi juga melafazkan BERSUMPAH bahawa apa yang beliau dedahkan bukan suatu fitnah atau dibayar.

Setiap kronologi yang berlaku sepanjang kejadian sejak tahun 1997 telah didedahkan. Bagaimana kakak iparnya melompat ke dalam kereta Dato' Nala dan dibawa berjumpa Al Juburi di Trivoli Villa. Selama 2 jam 1/2 mereka bersama.

Sehingga suatu ketika Ummi telah melaungkan "Ganyang Anwar!!!!, Ganyang Anwar!!!" beberapa kali. Ini disambut oleh pada hadirin yang seramai 500 - 1000 orang.

Ummi telah berjanji akan mengadakan siri ceramah jelajah negara untuk memberitahu rakyat perkara yang sebenar.  

UMMI BERJANJI AKAN TERUS MENGGANYANG AL-ANWAR SEHINGGA KETUA PEMBANGKANG INI MERENGKOK DALAM PENJARA ATAU LARI MENINGGALKAN NEGARA INI.

Sumber:http://anginlautchinaselatan.blogspot.com/

3 March 2011

Nik Aziz berjaya menyebarkan ajaran PAS !!!


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat sebagai pendakwah yang hanya berjaya menyebarkan “ajaran Pas” dan bukannya ajaran Islam yang sebenar sepertimana yang terkandung di dalam al-quran.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Alwi Che Mat berkata perkara itu terbukti hari ini apabila Nik Aziz masih terbelenggu dengan sikap serta tindak tanduk yang tidak menggambarkan sebagai pendakwah Islam yang sebenar.

Menurut beliau semua umat Islam adalah pendakwah dan bukannya hakim yang boleh mengeluarkan sebarang “fatwa” yang tersendiri sepertimana yang dilakukan oleh Nik Aziz terhadap UMNO dan sebagainya.

“Atas dasar itu, kita melihat Nik Aziz ini hanya seorang pendakwah yang berjaya menyebarkan “ajaran Pas”. Bukankah Nik Aziz mengajar bahawa undi selain undi Pas adalah jahililiah dan bukankah Nik Aziz juga menyebut undi Pas masuk syurga sebelum ini.

“Begitu juga “kejayaan” Nik Aziz di dalam rakan pakatan mereka yang mana hanya berjaya membawa anggota Dap untuk memeluk rakan sekutu dalam Pas tetapi gagal untuk mentarbiah mereka bagi memeluk agama Islam.Apakah ini pendakwah sebenar.

“Saya harap Nik Aziz sedar dan insaf. Kerja kita adalah pendakwah dan bukannya hakim. Kalau kita sudah jatuhkan “hukuman” terhadap seseorang, itu bukan lagi kerja sebagai pendakwah tetapi adalah sebaliknya,” katanya kepada UMNO-Online di pusat penamaan calon PRK DUN Kerdau, Majlis Daerah Temerloh, di sini, hari ini.

Ketika diminta mengulas tindakan Nik Aziz yang memberikan tazkirah di masjid Rumpun Makmur, Kerdau tanpa kebenaran sejurus selesai solat Jumaat semalam, beliau berkata Mursyidul Am Pas itu perlu menghormati qariah berkenaan walaupun beliau sebagai MB Kelantan.

Malah kata beliau lagi, sungguh pun Nik Aziz diangkat sebagai tok guru dikalangan penyokong Pas, Mursyidul Am Pas itu perlu hormat kepada “law and order”.

“Undang-undang dunia Nik Aziz perlu patuh dan jangan langgar sesuka hati. Sebagai contoh, jalan yang ditulis “no entry” maknanya kita tidak boleh masuk. Kalau masuk juga akan kelam kabut dan sebagainya.

“Lagi satu kita cuba tengok dan belajar bagaimana Rasulullah s.a.w juga menghormati orang yahudi dengan cara adab dan sopan. Takkan Nik Aziz tidak boleh ikut. Nik Aziz kena ingat ini negeri Pahang dan bukannya di Kelantan. Kalau di Kelantan tidak kisahlah kalau beliau mahu berbuat sesuka hati. Belajar hormatlah…,’ katanya.

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.