Keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan tiga barang yang diambil dari sel tempat beliau ditahan semalaman pada 16 Julai, 2008, membuktikan sistem kehakiman di Malaysia telus dan tidak dirancang seperti yang Anwar dakwa di luar negara sebelum ini.
Anwar semasa berucap di New America Foundation, sebuah badan pemikir AS yang berpengkalan di Washington DC, 10 Februari lalu menuduh perbicaraan kes liwat adalah usaha terancang untuk membunuh karier politiknya kerana sistem kehakiman di Malaysia telah disusun.
“Muncul di mahkamah hanya sebagai satu syarat, sebab semua keputusan telah dirancang. Sekali anda didakwa, anda pasti akan dipenjarakan”, tuduh Anwar.
Bermakna keputusan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menggugurkan tiga bahan bukti sehelai tuala kecil Good Morning, satu botol air mineral dan satu berus gigi kerana diperolehi secara tidak sah membuktikan kata-kata Anwar di luar negara itu hanya bersifat hasutan untuk menagih simpati sokongan semata-mata.
Mana konspirasinya, jika keputusan hakim hari ini tidak seperti yang diharapkan oleh pihak pendakwa?
Sebelum ini, pihak pendakwa telah membuktikan profil DNA sehelai tuala kecil Good Morning, satu botol air mineral dan satu berus gigi adalah sepadan dengan profil DNA lelaki Y.
Jadi bagaimanakah pihak pendakwa mahu membuktikan siapakah Lelaki Y itu jika tiga bahan bukti itu yang telah dianalisis sepadan dengan profil DNA Lelaki Y itu ditolak mahkamah dengan alasan teknikal ?
Keputusan mahkamah hari ini akan menyukarkan pembuktian kes rogol atau sodomi kepada mana-mana pihak lain selepas ini, kerana setiap bahan bukti atau DNA mestilah diperolehi secara sah.
Maka bermaharajalelalah perogol bersiri dan peliwat di negara ini kerana semua bahan bukti mesti didapati secara sah dan sekaligus teraniayalah semua mangsa rogol dan liwat hanya kesalahan-kesalahan teknikal di mahkamah. Itukah keadilan ?
Kami di AIDC, mahukan kebenaran, jika mahkamah berjaya membuktikan Anwar bukan Lelaki Y, maka kami akan menarik balik semua artikel yang mengaitkan Anwar dengan Lelaki Y yang pernah kami siarkan sebelum ini.
Untuk menentukan benar atau tidak profil DNA Anwar sama dengan Lelaki Y, maka kami mencabar Anwar menyerahkan sampel darahnya secara sukarela kepada pihak mahkamah.
Setakat ini, kes Anwar diibaratkan seperti seorang peliwat yang amat takutkan bayang-bayangnya sendiri.
Tidak mahu bekerjasama dengan polis dalam melengkapkan siasatan. Tidak mahu menyerahkan sampel darah secara sukarela. Dan dalam masa sampel DNA yang diperolehi dari sehelai tuala kecil Good Morning, satu botol air mineral dan satu berus gigi pun turut dimohon gugur dengan alasan tidak mendapat kebenarannya.
Jadi salah satu jalan penyelesaian yang terbaik adalah sikap kerjasama Anwar membenarkan sampel darahnya diambil secara sukarela.
Jika Anwar masih enggan bekerjasama dan mencari pelbagai alasan untuk tidak menyerahkan DNA secara sukarela, maka kami sesungguhnya amat mempercayai bahawa Lelaki Y iaitu adalah Anwar Ibrahim.
LELAKI Y = ANWAR IBRAHIM. Itulah hakikat yang paling ditakuti Anwar !
Di atas sebab itu, maka wajar beliau amat takut untuk menyerah sampel darahnya dan berusaha menggugurkan tiga bahan bukti yang telah dibuktikan profil DNA adalah sama dengan Lelaki Y yang air maninya ditemui dalam dubur pengadu. Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Dalam konteks politik, bersihkan imej Anwar sebagai peliwat, yang sekadar menang menggunakan hujah teknikal di mahkamah tetapi takut menyerahkan sampel darah untuk menentukan status Lelaki Y ?.
Layakkah peliwat yang amat penakut ini menjadi ketua kepada Pas dan DAP ?
Berani kerana benar. Takut kerana salah. Seandainya Anwar mahu membersihkan dirinya daripada imej peliwat dan mengembalikan sokongan umat Islam kepadanya, sahutlah cabaran ini, serahkan DNA saudara secara sukarela !
Petikan dari: anwaraidc.com
PIKIRAN KAWAN:
Menurut Pendakwaraya, DNA air mani yang diperolehi daripada dubur Saiful dengan DNA perbandingan yang diperolehi daripada sampel Anwar Ibrahim adalah sama dan bertepatan. Pendek kata, rumusan yang dibuat oleh Pendakwaraya, memandangkan DNA air mani dalam dubur Saiful dan DNA perbandingan yang diperolehi adalah dari sumber yang sama iaitu Anwar Ibrahim....Maknanya dakwaan Saiful "dikunyitkan" oleh Anwar tu betul lah ye???
Cuma sumbernya sahaja yang dipertikaikan, dan di dalam kes ini ditolak oleh YA Hakim kerana sebab teknikal, ianya diperolehi tanpa izin dan tidak sah.
Tidak sepatutnya mana-mana pihak mendakwa pertuduhan itu tidak benar, apatah lagi mempolitikkannya dan memutarbelitkan penolakan itu.
0 comments:
Post a Comment