#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

11 March 2011

Terpaksa Hadapi Masalah 3 Fahaman Berbeza... PAS pening...

Pas kini sedang menderita diserang penyakit berbagai fahaman yang berbeza dalam parti.



Bermula dengan slogan retorik "daulah Islamiah" Pas menjaja ideologi ciptaanya melalui ceramah yang disampaikan oleh ustaz-ustaz politik mereka. Diikuti dengan slogan "kepimpinan ulamak" sebaik sahaja dapat menguasai negeri Kelantan.

Bagi menguatkan keyakinan bahawa Pas adalah parti Islam, mereka memainkan lagu "UMNO mengekalkan perlembagaan Lord Reid" dan UMNO "MENOLAK al-Quran sebagai Perlembagaan Negara". Maka bertambahlah keimanan Ahli-ahli dan pengikut terhadap ajaran Pas. Membuak-buaklah lagi kebencian terhadap UMNO kerana tafsirannya UMNO itu adalah kafir kerana mengekalkan perlembagaan kafir.

Dengan berfahaman dan berpakaian "Serban Ekstrem" ini Pas berjaya memusnahkan perpaduan umat Islam dengan mewujudkan fenomena sembahyang dua imam, kenduri dan sembelihan orang UMNO haram di makan, tidak sah nikah di tangan jurunikah UMNO. Kemuncaknya adalah peristiwa Memali dan al-Maunah serta penangkapan beberapa orang yang terlibat dengan kumpulan dan aktiviti militan.

Akhirnya setelah hampir kalah teruk pada PRU 2004, Pas terpaksa meningkatkan kerjasama dengan personaliti Liberal Nuar Berahim dan Parti China DAP. Percaturan pada era ini adalah dilakukan mengikut rentak Nuar Berahim dan diselaraskan dengan matlamat politik cauvinist-racist Parti China DAP yang sedang mara ke hadapan dengan Malaysian Malaysianya.

Bagimanapun sebaik sahaja Tun Dr Mahathir melepaskan teraju kepimpinan kepada Pak Lah,  UMNO telah  dilanda masalah kepimpinan yang amat serius. Parti dan Kerajaan menjadi kucar-kacir dan pembangkang mengambil kesempatan ini sepenunya. Sebahagian rakyat menjadi keliru dan sebahagiannya terjebak dalam perangkap pembangkang. Akibatnya PRU 2008 memihak kepada Pembangkang.

Bagaimanapun kejayaan pembangkang yang mereka sendiripun tidak jangkakan itu, hayatnya tidak begitu lama dan dapat dipudarkan sebaik sahaja DS Najib mengambilalih pucuk pimpinan parti dan kerajaan.


Beberapa siri piliharaya kecil yang diadakan telah memberi petunjuk yang jelas bahawa keadaan telah kembali tenang dan rakyat kembali rasional. Konsep 1Malaysia berjaya mengekalkan momentum keyakinan rakyat kepada UMNO-BN dan sekaligus mengenepikan retorik pakatan pembangkang.

Bermulalah kembali kedudukan asal yang sebenar Parti Melayu Pas di kalangan masyarakat. Kemerosotan dan kekalahan Parti Melayu Pas di Manik Urai dan Galas, telah memaksa Pas mengundur diri dari pentas perjuangan yang berslogankan negara Islam dan hudud yang dihebohkannya selama ini untuk meningkatkan kerjasama dengan parti China DAP.

Pas terpaksa mencampakkan "serban Ekstrem" sebagai prasyarat mengikut telunjuk parti China DAP dan Nuar Berahim, untuk mendapatkan sedikit undi. Dengan penuh rela dan setia Pas terpaksa memakai "Topi Liberal".

Pas sanggup mengaku sebagai parti yang tidak "berbangsa" di hadapan khalayak kaum bukan melayu dan mengistiharkan menganut fahaman "liberal". Pas bermaksud memberitahu kaum bukan Islam bahawa penggunaan nama Allah bukan isu besar, minum arak dan makan babi dibolehkan, berjudi tiada dalam Islam dan tiada masalah dilakukan oleh bukan Islam, mesjid dan surau adalah sama tarafnya dengan dewan pelbagaiguna. Dengan ini Pas berharap mendapat pertambahan undi dari kaum China.


Akibat memakai "Topi Liberal" ini, Parti Melayu Pas semakin dibenci oleh umat Islam kerana pendiriannya yang sering bertukar-tukar mengikut keuntungan, kepentingan dan matlamat politik. Makala di kalangan kaum China pula, mereka bertambah hilang keyakinan kepada Pas kerana melohat parti itu tidak ikhlas dan tidak setia pada perjuangannya sendiri.

Akibatnya Parti Melayu Pas ditolak mentah-mentah di PRK Tenang.

Kekalahan yang memalukan Pas menjadikan rakan-rakan gerombolannya turut berasa cemas. Mereka bersidang dan mencari jalan untuk membaiki keadaan supaya tidak terus ditolak oleh rakyat dan matlamat memecahbelahkan umat Islam dapat diteruskan.

Akhirnya tercetus idea baru yang luar biasa. DAP dan Nuar MBerahim mengarahkan Pas menukar lagi sekali perjuangannya kepada perjuangan kebangsaan. Pas dikehendaki menjilat semula ludah mereka yang menyatakan bahawa dalam perjuangan Pas tidak ada isu memperjuangkan bangsa. 

Tetapi perubahan ini memaksa Pas menjaja slogan baru "memperkasa ekonomi bangsa Melayu" dengan hasrat untuk memperdaya bangsa Melayu memberi sokongan keada parti itu. Pas memaksakan dirinya memakai "Songkok Kebangsaan" untuk bersandiwara di hadapan bangsa Melayu bagi menyelamatkan nyawa politiknya dan membantu China DAP memecahbelahkan perpaduan umat Islam.

Akibatnya mereka telah kehilangan sokongan daripada kaum China kerana berpendapat Parti Melayu Pas itu seperti talam dua muka. Kaum China hilang keyakinan sekali lagi dan bangsa Melayu tetap tidak mudah tertipu dengan sandiwara baru Pas.

Kaum China melihat Pas sebagai sebuah parti yang tidak boleh dipercayai manakala bangsa Melayu dan umat Islam menganggap Parti Melayu Pas sudah tidak relevan dan tidak perlu wujud dalam dunia politik ummah di negara ini.

Akibatnya Pas kalah teruk di PRK DUN Merlimau Melaka  dan Kerdau Pahang.

Kini, Parti Melayu Pas semakin tertekan kerana terpaksa menghadapi masalah wujud TIGA fahaman yang berbeza dalam parti.

Dalam parti Melayu Pas sekarang, ada yang memakai "Serban Ekstrem', ada yang memakai "Topi Liberal" dan ada yang memakai "Songkok Kebangsaan".

Petikan dari : PENDITA KAIN SINGKAT.

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.