#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

15 March 2011

SERAH DNA : Anwar Ibrahim mengigil da...

 

Anwar Ibrahim (dua kiri) mengelak daripada ditemu bual pihak media berhubung desakan pelbagai pihak agar beliau memberikan sampel DNA kepada pihak mahkamah di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur - UTUSAN: 14 Mac.2011



ANWAR Ibrahim nampaknya  mengigil dan mengalih perhatian bagi   mengelak daripada menyahut cabaran  rakyat Malaysia yang di seluruh negara  yang mendesak beliau supaya menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi merungkai siapa identiti lelaki 'Y' yang meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Seperti dijangka , pemimpin  yang digelarkan anugerah Tuhan  itu cuba mengalihkan desakan  yang disuarakan rakyat Malaysia melalui demonstrasi secara aman di seluruh negara semalam kepada isu yang tiada kaitan dengan kes liwatnya, iaitu kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu dan Datuk Seri Dr Rais Yatim .

Menurut sumber , Anwar dikatakan kelihatan sedikit menggigil ketika menerima asakan soalan oleh media dan sebaliknya mempersoal  pulak kenapa tidak didesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Kabinetnya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyerahkan DNA terlebih dahulu.



"Hendak mempermainkan isu ini, seolah-olah ada DNA dan saya takut hendak bagi DNA...Itu hanya helah politik jahat mereka, ini fitnah, khianat dan inilah mainan mereka yang akhirnya terpaksa bergantung di dubur orang lain untuk mengekalkan kuasa.

"Tapi kalau soal tuntutan (supaya diserahkan DNA), kenapa tidak buat tuntutan supaya Perdana Menteri bagi DNA, pasal apa tidak desak Rais serah DNA atas tuduhan yang dikaitkan dengan kes rogol pembantu rumahnya," katanya.


PB nak jawab mudah saja spin Anwar ini . Adakah Anwar boleh  bersumpah seperti mana DS Najib lakukan di Masjid Guar Perahu dahulu bahawa beliau tidak pernah mengenali Altantuya ?

Selain itu , Anwar juga tak berani jawab soalan pihak media mengenai buku bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad  yang menulis mengenai kegiatan seksnya dalam memoir A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Itu saya jawab kemudian...Saya akan jawab kemudian. Saya sudah bincang tadi dengan pasukan peguam saya. Hari ini sudah terlalu banyak isu dan kita simpan perkara ini kemudian," katanya.

Macam ini kah pemimpin nak jadi Perdana Menteri Malaysia ??  BERANI KERANA BENAR ! 


Sumber: Pejuang Bangsa. 

PENDAPAT KAWAN:
Takpelah kalau dia nak cakap cam tu, tapi kita semua tahu yg FAKTAnya adalah
1) SAIFUL dah buat sumpah 
2)SAIFUL dah repot polis dan buat pemeriksaan doktor 
3)SAIFUL dah ke Mekah mengerjakan ibadat haji dan berdoa dihadapan Kaabah yg suci...
Jadi... kita cuma menantikan tindak balas ANWAR utk "membersihkan" namanya... Sekurang2 buatlah apa yg dah dibuat SAIFUL,buat sumpah utk melawan sumpah SAIFUL, repot polis dan buat ujian doktor--termasuklah juga DNA kan?-dan pergilah ke Mekah berdoa hadapan Kaabah- doa disana wahai ANWAR sgt makbul....
KITA TUNGGU!!!!!!!!

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.