#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

6 March 2011

Semoga Bob Lokman tak pening

Pengacara dan penulis lirik Bob Lokman dah masuk Pas.

Bob boleh masuk mana-mana parti yang sah di sisi undang-undang. Nak masuk parti orang India, MIC pun boleh. Tapi Hindraf jangan sebab itu pertubuhan haram, sama dengan Parti Komunis Malaya (PKM). Tapi Hindraf istimewa kerana boleh menyalak di jalan-jalan raya.

Jadi tak pelik sikit pun apabila Bob masuk Pas. Mungkin Pas pula rasa pelik kerana tiba-tiba gaya pakaian Bob mengalahkan orang Pas. Tapi tak mengapa, biasalah orang baru, gaya mesti lebih.

Cuma rasa pelik apabila Bob kata, dia masuk sebab nak cari kemurnian Islam sejati. Ini memang pelik sangat-sangat.

Bob juga kata, dia masuk Pas untuk mendekatkan diri dengan Tuhan dan tak mahu mati dalam dosa. Apa kena mengena Pas dengan dosa? Adakah Pas tempat menghapus dosa? Siti fikir bab ini Bob silap besar. Dia ingat masuk Pas seolah-olah sudah menemui kemurnian Islam sejati. Bob kena ingat, dia masuk parti politik, bukan masuk pondok atau pusat tahfiz.

Bob, awak masuk politiklah. Ini sama juga kalau Bob masuk UMNO, bukanlah untuk menjadikan dia lebih “Melayu”. Banyak juga orang UMNO hilang Melayu dan tak kenal Melayu. Kedua-dua ini hanya parti politik.

Kalau Islam boleh jadi umpan, orang politik akan mempergunakan Islam. Orang politik akan menggunakan segala macam umpan untuk berkuasa.

Tengoklah macammana tiba-tiba MIC, sebuah parti orang India menjadi begitu prihatin dengan sastera Melayu apabila novel Interlok boleh memberikan imbuhan politik. Rasa-rasa berapa kerat orang MIC yang baca novel Melayu? Semua ini Bob kena hayati kerana politik boleh menghalalkan cara asalkan boleh berkuasa.

Adalah lebih baik kalau Bob cakap nak berjuang politik bersama-sama Pas kerana Bob yakin strategi politik mereka.

Tak adillah kalau Bob memberikan kenyataan yang mengelirukan mengaitkan dengan Islam. Bob, orang Melayu akan lebih percaya cakap Bob. Kesianlah kalau dia orang diberikan maklumat yang keliru.

Orang lebih percaya cakap artis daripada ulama. Artis kita pula boleh menyanggah fatwa ulama, misalnya bergomol macam kambing berasmara tak apa. “Fatwa” artis kata itu “sekadar lakonan saja.” Inilah yang bahaya.

Kalau Bob nak berubah kepada cara hidup lebih baik, sangat dialu-alukan. Tapi berubah menjadi baik berbeza dengan berubah pentas. Dari pentas rock kepada pentas politik. Berubahlah dari dalam dan Bob masih boleh pakai jean, baju cop Pagoda dan terus berkarya.

Kalau berubah dari dalam lambat laun orang nampak juga. Tapi bila awal-awal lagi Bob dah menukar “seragam” baru, jadi bimbang juga Bob pening dan tak jumpa apa yang dicari.

Walau apa sekalipun, kawan mengucapkan selamat datang ke pentas politik kepada Bob. Tapi ini bukan pentas rock tau, semua benda boleh berlaku dan jangan tanya kenapa berlaku.

SITI JARUM: Suka tengok badut politik tersengih-sengih memegang kipas

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.