Penafian Anwar Timbul Banyak Tanda Tanya
Penafian Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan aktor lelaki misteri dalam klip video seks dengan perempuan berkulit cerah yang dtayangkan di Hotel Carcosa pagi semalam menimbulkan banyak tanda tanya.
Pertama, tiada mana-mana media arus perdana menamakan lelaki misteri itu sebagai Anwar Ibrahim, namun Ketua Umum PKR itu menafikan dirinya.
Lebih tragis lagi penafian Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dilakukan lebih awal lagi sebelum klip video itu ditayangkan. Klik di sini
Kedua, kenapa perlu Anwar adakan sidang media tergempar di ibu pejabat PKR semata-mata untuk menafikan berkenaan klip video itu.
Pagi ditayangkan klip video, pada sebelah petang, Anwar terus menafikannya, sedangkan dalam beberapa isu lain Anwar mengambil masa beberapa hari untuk menjawabnya, atau terus mengabaikan isu tersebut tanpa sebarang respon.
Kemaskini Twitter
Malaysiakini : “Katanya, beliau juga telah mengemaskini Twitternya pada masa itu, yang akan membuktikan bahawa beliau bukan lelaki dalam video tersebut. Tambahnya, beliau juga telah merekodkan tulisannya di Twitter pada tempoh berkenaan supaya boleh memperkukuhkan hujah (beliau)”
Wartawan bertanyakan Anwar : Semakan ke atas rekod Twitter Anwar menunjukkan bahawa catatan-catatannya telah dibuat pada jam 9.20 malam dan 11.39 malam, tetapi tidak ada catatan dibuat antara jam 10.23 malam dan 10.45 malam, ketika video itu didakwa dirakam. Anwar tidak menjawab persoalan itu sebaliknya beliau berkata “tak apa, kita ada rekod (Twitter dikemaskini)”.
Sebelum ini di twitter Anwar sendiri sudah kecoh Anwar mengupah pembantunya untuk mengupdate twitter dan facebook. Peminat twitter/facebook mempersoalkan kenapa Anwar perlu upah orang lain untuk mengupdatenya, sedangkan mereka mahu dari tulisan Anwar sendiri.
Isu tarikh juga turut dipertikaikan. 21 Februari tahun bila ?
Isu Perut
Dalam sidang media petang semalam, Anwar turut membangkit isu perut lelaki di dalam klip video itu.
“Memang diberitahu kepada saya bahawa gambar itu mirip kepada gambar saya. Cuma perut orang itu jauh lebih buncit dari saya,” katanya yang disambut gelak ketawa oleh para pemimpin PKR yang turut hadir di sidang media berkenaan. Anwar turut berdiri untuk membolehkan jurufoto mengambil gambar perutnya.
Dr Novandri, dalam blognya Minda Intelek Melayu (MIM) mempersoalkan kenapa Anwar memilih isu perut berbanding dengan muka dan wajah Anwar sendiri.
“Satu perkara yang kita mesti tahu, Anwar Ibrahim tidak dijemput melihat video tersebut. Maka segala kenyataan beliau pasti merujuk kepada informasi-informasi yang beliau terima daripada mereka yang menonton video itu sendiri.
“Persoalannya sekarang, siapakah di antara mereka yang menonton video kontroversi 20 minit itu begitu teliti hingga dapat membezakan perut Anwar dengan perut lelaki yang berbogel di dalam video seks tersebut?
“Bagaimanakah individu ini boleh tahu kondisi perut Anwar Ibrahim ?”, soal Dr Novandri. Klik di sini
Jam Tangan Omega
Datuk T, individu yang mendedahkan klip video itu mendakwa beliau diminta oleh pemimpin politik itu untuk mengambil jam tangan jenama Omega di bilik hotel tersebut setelah pemimpin politik itu meninggalkan hotel dan menyedari bahawa jam tangannya tertinggal.
Wartawan turut bertanyakan Anwar berkenaan jam tangan Omega itu.
Anwar seterusnya berkata, beliau mempunyai jam seperti itu. “Tanya (Wan) Azizah. Dia yang simpan…” .
Sumber : AIDCNews – 22/03/11
0 comments:
Post a Comment