#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

17 March 2011

Ummi buktikan tak da benarnya skandal sex itu... Saman RM 100,000,000.00

Ummi's ex-partner threatens to 'tell all' ( http://www.malaysiakini.com/news/158659 )

KUALA LUMPUR 17 Mac – Saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 iaitu Ummi Hafilda Ali hari ini memfailkan writ saman untuk menuntut ganti rugi RM100 juta terhadap ahli perniagaan Baginda Minda ekoran artikel fitnah yang disiarkan oleh portal propembangkang, Malaysiakini yang didakwa menjatuhkan maruahnya.
Umi Hafilda selaku plaintif menamakan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda dan Mkini Dotcom Sdn. Bhd. masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.
Writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan melalui firma guaman Tetuan Sahrihan & Hamdan pada pukul 1.30 petang di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini.
Plaintif turut memohon perintah injunksi untuk menghalang defendan secara sendiri atau melalui ejen, pekerja, wakil atau sesiapa pun daripada mengucapkan perkataan fitnah atau menulis atau menyebarkan atau menerbitkan artikel fitnah atau yang serupa dengannya dalam portal berita itu atau media-media cetak lain.
– Utusan

Pendapat Kawan:
Buktikan, jangan tak buktikan... Jangan di biarkan orang lain sesuka hati menuduh diri kita yang bukan2.. Jangan jadi bodoh membiarkan diri kita di fitnah mulut2 yang takda insuran tu... Saman, jangan tak samannnn!!!




0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.