GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

9 May 2011

PAS yang ku kenali - Tun M.


PAS kini tidak lagi fokus memperjuangkan Islam sebaliknya lebih kepada berjuang mempertahankan DAP, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, pemikiran orang Melayu dalam parti itu telah jauh berubah berbanding semasa PAS di bawah kepimpinan bekas Yang Dipertuanya Allahyarham Prof Burhanuddin Al Helmi dan bekas Presiden Allahyarham Datuk Asri Muda.

Beliau berkata, ketika ini pemimpin dan anggota PAS sanggup bermati-matian mempertahankan DAP walaupun sebelum ini Pengerusi DAP Karpal Singh menyanggah gagasan penubuhan negara Islam seperti yang dikehendaki parti itu.

“Sampaikan Nik Aziz (Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) sekarang bukan main lagi pertahankan DAP, dulu tengok DAP pun tak boleh bila DAP kata langkah mayat kami dulu kalau hendak tubuh negara Islam.

“Tetapi sekarang ini orang PAS pula kata langkah mayat aku kalau hendak dera Karpal Singh…suasana dah terbalik,” katanya semasa berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Cheras di Dewan Utama, Pusat Rekreasi Cheras di sini, hari ini.

Bekas presiden Umno itu berkata perpecahan di kalangan orang Melayu hari ini juga dimulakan oleh PAS apabila ulamak yang asalnya dalam Umno bertindak keluar parti dan menubuhkan PAS setelah tidak berpuas hati kerana tidak diberikan tempat.

“Puncanya orang Umno yang pandai bahasa Inggeris diberi tempat, mereka golongan yang pandai bahasa Arab tetapi tidak pandai bahasa Inggeris merasa tidak diberi tempat,” katanya.

Dr Mahathir juga menyelar tindakan Nik Aziz yang gemar memutar belit ayat al-Quran dan berbohong demi untuk mengekalkan kuasa.

Menteri Besar Kelantan itu  sanggup berkata dengan memetik ayat al-Quran bahawa tidak salah orang Islam berpecah dua.

Beliau berkata, atas landasan itulah, Umno dari dulu lagi menyangkal yang PAS memperjuangkan Islam dan keadaan itu makin ketara apabila semakin banyak pembohongan yang dibuat oleh pemimpin PAS itu.

Sumber — N9kini.com
....................................................................................................................................................................
Kata Kawan:
Apa Itu PAS? Pas itu macam macam lipas makan taik. Anda disarankan tambah lagi nama-nama yang belum lengkap untuk dijadikan kompilasi dalam bentuk e-book nanti...1. Pakai Ana Saja.
2. Parti anti social.
3. Puak Ana Saja.
4. Penipu Angkuh Samseng
5. Perosak Agama Sendiri
6. Pecat Atau Sekutu
7. Parti Ajaran Sesat
8. Pantang Ada Subsidi
9. Pakai Ambil Semua
10. Parti Anti Segala
11. Pengikut Ajaran Syaitan
12. Pulau Anta Semua
13. Putar Alam Semulajadi
14. Penipuan Adalah Sunat
15. Perosak Akhlak Saja
16. Pengamal Ajaran Secular
17. Projek Angkut Sendiri
18. Pelawak Ala Scenario
19. Parti Asyik Sendiri
20. Perosak Amalan Suci
21. Pengetahuan Agama Sempit
22. Pemarah Angkuh Syakwasangka.
23. Paranoia Arrogant Suspicious
24. Paksa Ahli Sedekah
25. Palsukan Ajaran Sebenar
26. Pilih Ahli Saja
27. Perpecahan Adalah Sunat
28. Pergaduhan Adalah Suruhan
29. Permusuhan Adalah Selambe
30. Perosak Alam Sekitar
31. Penyokong Agenda Sequi
32. Parti Ahli Syurga
33. Perosak Adat Susila
34. Penentang Amalan Suci
35. Pepijat Alaf Semasa
36. Permainkan Allah Swt
37. Pengikut Ahli Syiah
38. Penyebar Amanat Songsang
39. Pengikut Amanat Salah
40. Pentafsiran Ayat Salah
41. Palsukan Ajaran Sebenar
42. Parasito Alaf Sekarang
43. Perhabis Apa Saja
44. Pakar Ahli Sembang
45. Persatuan Ahli Songeh
46. Pakai Agama Separuh
47. Perosak Anak Seni
48. Perkosa Agama Sendiri
49. Polis Adalah Syaitan (bisu)
50. Parti Abai Sejarah
51. Pelampau Agama Semua
52. Penipu Anakbangsa Sendiri
53. Perasugut Aniaya Sosialis
54. Parti Anti Syuarah
55. Platoon Askar Syaitan
56. Pakar Ampu Sentiasa
57. Pendek Akal Semua
58. Pakar Ahli Sabotaj
59. Pergerakan Ajaran Subversive
60. Penuh Adengan Sandiwara
61. Pengamal Ajaran Samarinda
62. Parti Ambil Sedekah
63. Problem Ada Saja
64. Pulus Adalah Segala
65. Pembohongan Ada Saja
66. Projek Anak Saya
67. Percakapan Adalah Sempit
68. Pentingkan Anak Sendiri
69. Perosak Anak Syarikat
70. Perubahan Adalah Salah
71. Perkasan Anak Sendiri
72. Pandangan Akal Sempit
73. Pantang Ada Sebat
74. Pantang Ada Sapu
75. Putar Asalkan Selamat
76. Pandai Ana Saja
77. Puji Anak Sentiasa
78. Parang Adalah Senjata
79. Pedang Atau Senapang
80. Pandai Aku Sajelah
81. Pendek Akal Semua
82. Pegangan Agama Sempit
83. Politik Agama Suku
84. Penipu Alam Sejagat
85. Perobek Agama Sendiri
86. Pelopor Ajaran Samseng
87. Puak Ana Samseng
88. Persatuan Anak Sangkuriang
89. Perangai Ala Setan
90. Pengamal Amalan Sengketa
91. Pakai Ambik Sombrono
92. Perangai Ali Setan
93. Parti Anak Saudara
94. Projek Ana Songlap.
95. Pelik Ajaib Sweh-sweh
96. Parti Ambil Syarat
97. Pembangkang Akan Sifar
98. Pembelot…ala…Syiahhhh
99. Puas Aku Sekarang…

Apa lagi??? Tolong, sambung... Kalau ada nama-nama yang lagi hancur dari yang ada ni...

8 May 2011

Isu Kristian : PAS sanggup???


Sejak kebelakangan ini nampaknya DAP sudah semakin berani untuk bermain dengan api perkauman dan keagamaan. Kelmarin 1 Malaysia telah digegarkan dengan berita yang menyatakan DAP telah menganjurkan majlis perjumpaan dengan paderi-paderi seluruh negara dengan meluluskan beberapa resolusi iaitu:

1) Ingin menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan.
2) Ingin melantik penganut kristian sebagai Perdana Menteri.

MP Jeff Ooi (DAP) dikatakan telah menganjurkan majlis tersebut. Majlis yang diadakan di sebuah hotel di Pulau Pinang itu menampakkan tembelang sebenar DAP di sebalik apa yang telah berlaku sejak kebelakangan ini. Mereka sudah berani untuk menyerang perlembangaan yang telah menyatakan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.

DAP semakin berani meniupkan api perkauman, bermain dengan isu agama apabila musuh utamanya sebelum ini sebelum wujudnya pakatan iaitu PAS sudah menjadi kawan semata-mata untuk melawan BN. DAP yang sebelum ini berapi-api menolak penubuhan negara Islam boleh berkawan dengan PAS yang dulunya melabelkan dirinya sebagai parti Islam.

Tapi oleh kerana dendam kesumat dan gilakan kuasa maka dua parti yang jelas berbeza ideologinya boleh bersatu.

Apa komen dan ulasan pimpinan PAS dalam isu kritianiti di atas. Adakah PAS menyokong tindakan DAP tersebut. Saya difahamkan sehingga ke hari ini PAS belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan isu tersebut. PAS semenjak berada dalam pakatan segala perkara yang dulunya haram kini sudah halal sebab melibatkan mereka. Segala perkara yang dilakukan oleh DAP walaupun jelas bertentangan dengan Islam, PAS tetap menyokong.

Di manakah letaknya prinsip dan maruah perjuangan sebuah parti yang ingin menjadi jaguh kepada bangsa Melayu ini. PAS berangan ingin menggantikan UMNO dalam PRU 13 tetapi di manakah rasionalnya tatkala DAP secara realitinya sedang menggantikan PAS.

DAP sedang bermain dengan api yang boleh membakar dan memusnahkan keamanan dan kestabilan negara. Manakala PAS pula menjadi pendokong kepada DAP disamping PKR. Jika kita terus menyokong PAS dan PKR seolah-oleh kita menyokong usaha DAP untuk menjatuhkan martabat Islam dan Melayu itu sendiri.

Sedarlah wahai anak bangsaku sebelum nasi menjadi bubur. Ketahuilah untuk mencapai kemerdekaan sehingga di tahap apa yang kita ada hari ini bukannya mudah. Untuk mempertahankan apa yang kita ada hari ini lebih sukar dan berliku apabila ada pengkhianat dari bangsa kita sendiri.

Marilah bersama-sama kita berjuang untuk mempertahankan hak dan maruah agama, bangsa dan tanah air kita yang tercinta.


Sumber: nalurirakyat.blogspot.com

4 May 2011

OSAMA SELAMAT??? Lihat perbezaan gambar ini!!!




3 May 2011

Kematian Osama: Puak pembangkang ambik lah iktibar!!!



Di sebalik kematian Osama, memperlihatkan satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan sesuatu kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak.

Dalam hal ini, Kerajaan Malaysia juga mengambil sikap menentang sebarang bentuk keganasan dan kefahaman yang keterlaluan ataupun ekstrem.

Ia adalah selaras dengan prinsip agama Islam di mana perbuatan membunuh orang awam adalah dilarang dan ditegah dengan kerasnya oleh agama Islam.

Osama telah menggunakan Islam dalam perjuangannya dan telah memberi imej yang cukup negatif dan buruk terhadap Islam. 

Sebagai negara di mana majoritinya umat Islam, kita mesti juga menunjukkan pendirian kita yang mana dalam kita memartabatkan Islam, dalam kita memperjuangkan ketidakadilan dan sebagainya, kita mesti berpegang pada prinsip yang dibenarkan atau selaras dengan kehendak Islam..

Serangan 9/11 di bangunan Pusat Dagangan Dunia New York pada 2001 yang dirancang oleh Osama tidak boleh diterima oleh sesiapa yang mempunyai nilai ketamadunan dan juga tidak boleh diterima di sisi agama Islam.

Sesuatu ketidakadilan tidak boleh diperjuangkan menerusi penggunaan kekerasan atau melalui perbuatan membunuh orang awam yang tidak berdosa.

Rakyat negara ini perlu menolak sebarang bentuk keganasan kerana kebijaksanaan berdasarkan pendekatan Wassatiah atau kesederhanaan dapat mencapai sesuatu yang diperjuangkan.

Mudah-mudahan, dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin pengganas Al-Qaeda, Osman bin Laden, dalam satu operasi oleh pihak keselamatan Amerika Syarikat bersama Pakistan di luar Islamabad, kelmarin.

Petikan dari kenyataan akhbar Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan kematian Osama Bin Ladin. 
..........................................................................................................................
Kata Kawan:
Emm... Fahami & ambik la iktibar diatas kes kematian Osama ni.. Terutama di ingatkan kepada pemimpin serta puak-puak pembangkang negara... Jangan nak menganas saja!!!



2 May 2011

PAS akan masuk UMNO kata Nik Ajis???

 Antara 30 Nasihat Berguna Ulama' Bernama Nik Aziz..!!

 
1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.

11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

16. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

17. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

18. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

19. "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

20. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.

21. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

22. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

23. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

24. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

25. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.

26. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

27. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999

28. "Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.

29. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

30. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.

"Bertaubat la wahai Nik Aziz sebelum terlambat"

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.