GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

29 January 2015

'Tuk-Tuk' Hanya Sekadar Idea - @SPADChannel


Memetik isu yang tersiar di Astro Awani , baru-baru ini dimana Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan memperkenalkan 'Tuk Tuk' ( kenderaan roda tiga ) adalah tidak benar.

Ianya adalah hanya sekadar idea serta cadangan sahaja dan SPAD tidak pernah membuat sebarang keputusan mengenai kelulusan atau pun penggunaannya.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar turut menafikan pernah mengeluarkan kenyataan meluluskan kenderaan beroda tiga atau dikenali Tuk Tuk di negara ini.


Katanya SPAD tidak mempunyai kuasa sewenang-wenangnya untuk bercakap mengenai kenderaan awam baru untuk diperkenalkan. 

Bagaimanapun beliau mengakui cadangan penggunaan kenderaan itu adalah menarik kerana ia turut digunakan negara Asia lain. 

Tuk-tuk di Filipina
Tuk-tuk di Thailand
Tuk-tuk di Cambodia

“Tuk tuk sejenis kenderaan awam yang fleksibel dan sesuai dengan permintaan tinggi untuk perkhidmatan pengangkutan awam. Ia kos efektif, mudah untuk beroperasi dan boleh menawarkan tambang yang berpatutan untuk orang ramai terutamanya bagi pekerja, pelajar kolej dan pelajar sekolah.

Jika boleh, saya mahu melihatnya (dilaksanakan) secepat mungkin. Jauh lebih baik jika guna 'Tuk Tuk' elektrik kerana ia adalah mesra alam dan lebih murah untuk beroperasi dalam jangka masa panjang,” tambah beliau.
Terkini, Tokyo Terra Motors telah memperkenalkan elektrik tuk-tuk yang akan menjimatkan wang pemandu
Namun apa yang ingin dinyatakan disini, SPAD tidak pernah membuat keputusan bagi memperkenalkan 'Tuk Tuk' dan ia hanya cadangan awal bagi kegunaan dalam jarak pendek iaitu dari stesen LRT, KTM atau MRT pada masa hadapan ke kawasan berdekatan. 

Hinggakan idea telah mendapat reaksi positif dan negatif di media sosial dan juga laporan akhbar The Sun Daily, 



26 January 2015

Persoalan Kewajipan Bermazhab - YPPM

SERING kali timbul persoalan mengenai kewajipan bermazhab. Terdapat pihak yang mengatakan individu Muslim wajib memilih hanya satu sahaja mazhab antara mazhab imam empat (Hanafi, Maliki, Syafii dan Hambali) yang muktabar, sedangkan wahyu, baik al-Quran mahupun As-Sunnah tidak pernah menetapkannya.

Disini ingin MP kongsikan kepada pembaca berkaitan topik ini yang bertajuk 
"Bermazhablah Berlandaskan Ilmu, Bukan Buta Tuli"

Di tulis oleh MUHAMMAD ZULSYAMINI SUFIAN SURI
Pelajar tahun akhir Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media
(Kewartawanan) UiTM Shah Alam


Ikuti penjelasan seterusnya.... KLIK PADA GAMBAR DI BAWAH:




LESEN MEMANDU: Sistem Dua Peperiksaan Di Mansuhkan. - Menteri Pengangkutan


Sistem lama pengambilan lesen memandu kereta dan motosikal akan dikembalikan semula dengan hanya memerlukan satu peperiksaan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ia akan menggantikan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang diperkenalkan tahun lalu, di mana orang ramai perlu menjalani dua peperiksaan.

“Perubahan itu dilakukan, selepas kerajaan menerima banyak rungutan daripada orang ramai. Kerajaan prihatin dengan masalah dihadapi rakyat dan mengembalikan sistem lama.

“Ia bukan saja memudahkan orang ramai, malah menjimatkan perbelanjaan,” katanya ketika lawatan kerja di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Muar, baru-baru ini.



DS Liow Tiong Lai sempat meninjau keadaan bangunan yang terbakar
dan melihat pelan bangunan baru yang akan dibena.

Kementerian Pengangkutan mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya mengembalikan semula sistem satu peperiksaan kepada calon ujian memandu berkuatkuasa serta merta.

Ia sekali gus memansuhkan dua peperiksaan berbeza yang perlu diduduki oleh calon ujian memandu sekiranya mereka ingin mendapatkan lesen kenderaan untuk kategori motosikal dan kereta.


Bergambar bersama ketika lawatan kerja di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Muar, baru-baru ini.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata keputusan itu telah diambil selepas beberapa pihak termasuk institut memandu membuat rayuan berhubung pengenalan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang dilaksanakan pada tahun lalu.

25 January 2015

Nafas Institusi Pondok Bersama YPPM


Selaras dengan komitmen Kerajaan Pusat di bawah pimpinan DS Najib Tun Abdul Razak yang turut mengiktiraf institusi Pondok sebagai institusi pengajian terulung merupakan institusi pengajian yang tertua di negara ini.

Buat julung kalinya seorang Tok Guru Pondok di Kedah menerima Darjah Kebesaran D.S.D.K (Darjah Setia Diraja Kedah) yang membawa gelaran Dato'. 

Guru Pondok dan jugas tokoh agamawan yang di maksudkan itu ada lah Tok Guru Pak Teh Mat yang juga di kenali dengan nama Tuan haji Ahmad Mohd Noor 

Tuan Haji Ahmad Bin Mohd Noor ( gambar tengah )
Tuan Haji Ahmad Bin Mohd Noor, antara nama yang dicadangkan oleh Dato Seri Hj Mukhriz bagi menerima pingat Dato, bagi mengenangkan jasa beliau mendidik anak bangsa menjadi muslimin dan muslimat yang sempurna. 

Ternyata cadangan DSMM disokong oleh ADUN beliau, YB Badrol Hisham malah pihak Istana juga bersetuju untuk kurniakan darjah kebesaran itu kepada beliau. Syabas Menteri Besar Kedah atas pengikhtirafan beliau kepada Ulamak Kedah.Dengan anugerah ini dan diberikan kepada rakyat Kedah, ia turut membanggakan Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), Dato Dr Mashitah Ibrahim juga merupakan anak jati kelahiran negeri ini yang turut banyak mempromosikan dan membangunkan sekolah podok di negara ini khasnya di Kedah.

Ramai juga tidak tahu bahawa di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib, Institiusi Pondok yang di naungi oleh Yayasan Pondok Malaysia (YPPM) telah di beri nafas baru bersama peruntukkan yang diluluskan pada pengumuman bajet belanjawan negara.

Selanjutnya sila klik link dibawah ini –
http://yppm.org.my/2014/10/bajet-2015-kerajaan-sedia-peruntukan-rm25-juta-untuk-sekolah-pondok-berdaftar/

23 January 2015

SPAD mempertingkatkan kualiti jaringan bas henti-henti.


Bagi memenuhi keperluan penduduk bandar dan luar bandar..Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mempertingkatkan kualiti jaringan bas henti-henti.

Untuk tempoh awal ini, perkhidmatan ini akan diperkenalkan di Seremban pada bulan April dan Kangar pada bulan Julai ini...ini merupakan satu lagi transformasi pengangkutan awam dibawah Skim Transformasi Bas Henti-Henti (SBST)..

Skim ini merupakan hasil usahasama Kerajaan Persekutuan, SPAD, Cityliner dan MARA Liner..ikuti kenyataan media dari pihak SPAD mengenai Skim SBST ini...

Untuk maklumat awam serta keterangan lanjut baca kenyataan media yang dikeluar pihak .Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) adalah seperti berikut:











SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.