GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel
Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...
PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.
"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...
Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar
"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee
PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin
"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...
"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor
Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...
#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak
18 April 2015
#PRKPermatangPauh : MCA ikrar dapatkan sokongan pengundi Cina.
MCA berikrar akan mendapatkan balik sokongan pengundi kaum Cina di Permatang Pauh pada pilihan raya kecil (PRK) yang akan datang bulan depan, mengatakan kerajaan bagaimanapun harus segera mengatasi masalah yang timbul.
Naib Presidennya Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, antara cabaran dihadapi Barisan Nasional (BN) bagi memenangi PRK itu ialah berhubung penjelasan kepada rakyat mengenai beberapa perkara, terutamanya pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Kita akan bekerja kuat menarik balik sokongan daripada kaum Cina dan kita rasa ada satu perkembangan menggalakkan, tetapi cabarannya masih besar.
"Kerana, ada masalah, perkara dan isu semasa yang kita perlu jawab dan kita perlu beri penjelasan kepada pengundi," katanya di lobi Parlimen hari ini.
Katanya, kerajaan perlu cepat bertindak menangani isu semasa dan mengatasi masalah seperti wujudnya aktiviti penipuan di kalangan peniaga tidak bertanggungjawab.
"Adalah wajar kerajaan cepat ambil tindakan yang berkesan untuk hentikan tingkah laku yang tidak munasabah, termasuk kenaikan harga yang tidak munasabah, oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.
"Saya rasa kita akan dapat meraih sedikit sebanyak (sokongan) kaum Cina, tetapi peratusan itu tidak pasti. Bagaimanapun, kita buat persediaan yang secukupnya dan jentera kita pun sudah bergerak," kata Chew kepada pemberita.
Pada masa yang sama, beliau berkata, parti tersebut akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada BN untuk membuat persediaan secukupnya bagi PRK Permatang Pauh yang ditetapkan pada 7 Mei.
"Bukan sahaja seluruh MCA dari Pulau Pinang akan bekerjasama, tetapi Majlis Tertinggi MCA, semua ahli juga, akan turun, termasuk presiden dan timbalan presiden," katanya.
PRK itu diadakan selepas penyandang kerusi itu Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen apabila Lembaga Pengampunan menolak petisyen bagi pengampunan diraja yang dipohon keluarganya atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh, Selangor.
17 April 2015
Pengangkutan Awam Darat Mengatasi Masaalah Lalu Lintas Di Lembah Klang - Sultan Selangor
Semalam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan mencemar duli turun padang untuk meninjau sendiri sistem perkhidmatan rel di sekitar ibu negara.
Menurut jurucakap Istana Selangor, lawatan DYMM tuanku berdasarkan titah baginda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru-baru ini yang mahu merasai sendiri perkhidmatan rel yang bakal melibatkan Selangor dalam projek LRT Jalur Ketiga.
Pembinaan LRT Jalur Ketiga (LRT3) yang bermula dari sambungan stesen LRT Sri Pentas Bandar Utama dan berakhir di Klang dijangka siap menjelang 2020. Jajaran sejauh 36 kilomter itu akan mempunyai 25 buah stesen yang jarak di antaranya tidak melebihi dua kilometer.
Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad, Tan Sri Ismail Adam dan Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Azmi Abdul Aziz.
Sebaik tiba di Stesen KL Sentral, baginda disambut oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar dan Pengarah Urusan Kumpulan MRCB, Tan Sri Mohamed Salim Din.
![]() |
| Sidang media oleh Tan Sri Ismail Adam dan Encik Azmi Abdul Aziz |
15 April 2015
FELDA seluruh negara sokong Perdana Menteri tanpa berbelah-bahagi.
Majlis penyerahan memorandum tanda sokongan masyarakat FELDA terhadap kepemimpinan Najib juga telah dilangsungkan dan di sampaikan oleh Shamsul Anwar kepada Mohd. Isa sebagai Pengerusi FELDA baru-baru ini.
Setelah mendapat penjelasan yang mendalam, masyarakat FELDA faham dan akan terus menyatakan taat setia serta sokongan berterusan terhadap kepemimpinan Perdana Menteri.
Kepemimpinan 11 buah wilayah tanah rancangan FELDA di seluruh negara menyatakan sokongan padu yang tidak berbelah-bahagi terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ini kerana masyarakat FELDA begitu yakin dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib.FELDA pasti akan terus membangun dengan jayanya.
Bukan hanya itu, Datuk Seri Najib juga dilihat telah menguruskan negara dalam landasan betul biarpun timbul beberapa masalah dan percaya apa yang berlaku akan dapat diselesaikan dengan baik oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Menurut Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, pihaknya tidak melihat sebarang masalah dalam kepemimpinan Najib dan berpuas hati dengan apa yang dilakukan kerajaan dalam membangunkan Felda.
“Kami sentiasa mengenang jasa Perdana Menteri terhadap masyarakat FELDA sejak beliau mula mengetuainya pada 2004.
“Saya melihat teguran dan kritikan yang dibuat terhadap Perdana Menteri adalah hak masing-masing. Tidak ada masalah dan kita (FELDA) akan jelaskan segala isu yang timbul dan saya sendiri sudah pun menjelaskan kepada masyarakat FELDA mengenai isu seperti cukai barang dan perkhidmatan (GST), 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kes Altantuya Shaariibuu,” jelas Tan Sri Abdul Samad Isa.
Selain ketua peneroka di 11 wilayah tanah rancangan, sokongan itu juga dizahirkan oleh Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda dan Gabungan Pemikir Profesional Felda (Gaprof).
14 April 2015
#MH370 : Tiga Negara Bersungguh Lengkapkan Pencarian - Datuk Seri Liow
Pada 29 Jan, kerajaan Malaysia secara rasmi mengisytiharkan insiden itu sebagai kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa dan bahawa kesemua 239 orang yang menaiki pesawat dianggap telah terkorban.
Ketika membuat pengumuman itu, kerajaan Malaysia juga menegaskan bahawa usaha mencari pesawat itu tetap menjadi keutamaan.
Pelbagai teori konspirasi mengenai nasib MH370 muncul satu demi satu hangat di perbualkan. Namun tiada satu pun yang dapat memberikan petunjuk kukuh apa yang sebenarnya berlaku dalam penerbangan MH370 itu.
Tragedi MH370 disifatkan kehilangan pesawat paling misteri dalam sejarah penerbangan dunia apabila sehingga kini tidak ada sebarang bukti sahih yang dapat memberikan info terbaharu mengenai kehilangan tersebut.
Menurut sumber, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, (fasa pertama) yang tertumpu di Lautan Hindi dengan keluasan meliputi 60,000 km persegi, setakat ini telah pun melepasi 37,000 km persegi dan ianya akan berakhir pada hujung bulan Mei.
“Dan sekiranya selepas itu kita masih belum menjumpai pesawat itu atau seandainya tiada sebarang petunjuk positif sehingga Mei depan... Kita,komited untuk meneruskan pencarian biarpun berdepan pelbagai cabaran seperti cuaca buruk.”, ujar beliau.
“Dan sekiranya selepas itu kita masih belum menjumpai pesawat itu atau seandainya tiada sebarang petunjuk positif sehingga Mei depan... Kita,komited untuk meneruskan pencarian biarpun berdepan pelbagai cabaran seperti cuaca buruk.”, ujar beliau.
“Kami berpegang pada janji pada pencarian sebelum ini dan kami tidak akan berhenti sehingga kami menemui pesawat itu dan menyelesaikan misteri ini." tambah beliau.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan Malaysia tetap komited untuk melengkapkan pencarian dasar laut MH370 di sekitar kawasan utama seluas 60,000 kilometer persegi.
Namun begitu, kesungguhan dan semangat Malaysia untuk meneruskan pencarian MH370, turut disambut baik oleh Australia serta China dan masih bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya.
Malaysia bersama-sama dengan Australia dan China akan mengkaji semula usaha pencarian dan membuat keputusan mengenai langkah seterusnya berdasarkan nasihat oleh pakar-pakar dari kumpulan strategi carian kerja ( SSWG) sepertimana keputusan mesyuarat yang diadakan di Perth, Australia pada 23 dan 24 Mac, lalu.
Malaysia berterima kasih kepada kedua-dua negara atas sokongan mereka dalam pencarian pesawat yang masih hilang itu.
![]() |
| Perdana Menteri Australia, Tony Abbott pada Isnin, yang menyokong pandangan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pesawat itu telah terhempas. |
Penglibatan dan nasihat oleh pakar-pakar dari kumpulan strategi carian kerja (SSWG) yang diketuai oleh Pusat Penyelarasan Bersama Agensi dan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia terdiri daripada pakar-pakar dari Negara Lembaga Keselamatan Pengangkutan dari Amerika Syarikat banyak membantu sepanjang misi pencarian.
Termasuk sebuah syarikat yang menyediakan perkakasan canggih dan teknologi, ditambah sokongan, untuk semua jenis pesawat iaitu Thales UK , Pentadbiran Penerbangan Awam China dan Kemalangan UK Air Cawangan Siasatan.
Menurut Datuk Seri Liow, sidang mesyuarat seterusnya antara tiga buah negara Malaysia, Australia dan China di ibu negara akan diadakan 16 April ini bertujuan membincangkan mengenai fasa seterusnya berkaitan status dan usaha pencarian pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.
“Bantuan dan komitmen dari kerajaan Australia dan China amatlah dihargai. Ia amat penting dalam misi pencarian MH370,” katanya lagi.
Dalam usaha mencari pesawat yang dipercayai telah hilang di Lautan India pada 8 Mac tahun lepas, Datuk Seri Liow berkata Malaysia telah melakukan lebih daripada A $ 60mil (RM168 juta).
"Ini menunjukkan komitmen kami," kata Datuk Seri Liow.Tiong Lai yang juga merangkap Presiden MCA.
Subscribe to:
Posts (Atom)
SOUTHERN Blogger
-
Cool Heads Prevail - *Why Malaysia Should Not Rush Into Fuel Pain While Markets Are Calming* For weeks, the global conversation was dominated by one question: what happens if...1 week ago
-
Wanita DAPig Mulakan Pancutan Di Mahkota - *Bercukur la para pengikut umdap kerana tuhan politik dapig mereka dah mula bekerja menawan hati pengundi cina. Kiranya atas kertas macam umdap dan se...1 year ago
-
Mat Hasan should take over from Zahid and rebuild Umno/BN - Umno was thrashed once again the other day. It won only 19 of the 108 seats contested in the six state elections. Fourteen of the seats won by the party ...2 years ago
-
CARILAH CALON YANG MEMERANGI RASUAH DAN LGBT KAWASAN ANDA. - Carilah Calon dikawasan anda yang Partinya memerangi Rasuah dan menolak amlan LGBT. Wahai Rakyat Malaysia sesungguhnya mati itu benar, Soalan Kubur Nokar D...3 years ago
-
BN UMUM CALON SABTU INI - BN UMUM CALON SABTU INI KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan 28 calonnya yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada j...4 years ago
-
GEMPAR: Mahathir angkat sumpah - *NEWS:* Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia di hadapan Yang di Pertuan Agong di Balai Rong Seri, Istana Neg...6 years ago
-
PH catat sejarah dividen ASB paling buruk - Tahniah PH, anda berjaya cipta rekod pemberian dividen ASB paling buruk6 years ago
-
Cara Untuk Naikkan Penjualan Minyak Kelapa Sawit??? Menteri PH Sewajarnya Lebih Bijak!!! - Bukankah lebih baik jika Kerajaan mensyaratkan maksima 3x gorengan sahaja utk minyak masak yg diguna di permis2 jualan makanan? Jika penjual2 goreng pisang...7 years ago
-
#BuktiRM2.6B : DS Najib merompak, menyamun & mencuri berbilion-bilion? - Pendedahan secara terbuka berserta tunjuk bukti dokumen berkaitan isu RM2.6 oleh DS Najib Tun Razak yang sering ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin ...7 years ago
-
Kakitangan SPAD Harap Kerajaan Pertimbangkan Semula Bubar SPAD.. - Agak terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri..itulah luahan yang dirasa rata-rata pekerja dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang mana S...8 years ago
-
SIAPA CALUN BN LAWAN TSMY DI PAGOH? - PPBM dan umumkan, bahawa Tan Sri Muhyiddin akan mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh. Berbanding nama-nama besar lain dalam PAKATAN yang melompat ke kerus...8 years ago
-
-
AWESOME - HANYA DI JOHOR RaSUK 2017 - Alhamdulillah Negeri Johor mempunyai MB yang berwawasan dan mempunyai iltizam yang kuat untuk membangun Negeri johor menurut acuan yang di terima rakyat ...9 years ago
-
Tujuh Beranak Tinggal Di Kaki Lima Kedai Dapat Perhatian Wakil Rakyat - JOHOR BAHRU, 23 Feb — Nasib tujuh sekeluarga yang menjadikan kaki lima sebuah rumah kedai di Masai, di sini, sebagai tempat berteduh mendapat perhatian Ahl...9 years ago
-
Pemimpin .... - Pemimpin yang baik akan disayangi dan dicintai oleh orang dibawahnya. Setiap pemimpin perlu mengetahui suatu proses aliran yang wujud dalam kepimpinannya...11 years ago
-
KEKAL MB : Khalid Ibrahim 'Penderhaka'. Saksi video. - Setelah Menteri Besar Selangor di istihar status ahli serta kedudukannya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) di 'pecat'... Lunyai Khalid Ibrahim dikerjaka...11 years ago
-
JELAJAH 1 BELIA 1 KEMAHIRAN : Di Kota Tinggi 26 Februari. - JELAJAH 1 BELIA 1 KEMAHIRAN akan berada di Dewan Jubli Intan Kota Tinggi sempena PROGRAM MEMBARA UMNO BHG. KOTA TINGGI pd 26 FEBRUARI 2014 (RABU) bermula j...12 years ago
-
MALAYA Blogger.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Poning La TM & AI ni!!!6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
How to Avoid Anavar Side Effects8 years ago
-
Девушка под кроватью8 years ago
-
-
-
2018 TAHUN KEJAYAAN BUAT BN8 years ago
-
-
-
-
tom thumb weekly ad frisco tx10 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-











