#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

21 November 2011

Isu NFC : 'Lembu' VS Lembu

alt 
Sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya. Begitu halnya dengan riuh rendah yang cuba dicetuskan oleh budak-budak PKR dalam isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).


Menjelang pilihanraya umum ke 13 mereka kalut terhendap sana sini untuk cari apa saja yang dapat balon kerajaan tanpa mempedulikan fakta dan kisah benar.

Ini lebih-lebih lagi bos besar mereka sedang berserabut bergelumang dengan isu video seks dan perbicaraan kes liwat.

Sasaran dalam isu NFC tidak lain tidak bukan ialah Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Seri Shahrizat Jalil. Pengerusi NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail adalah suaminya.
Harapan mereka jentera Wanita UMNO yang menjadi tulang belakang kempen jadi lintang pukang jika Shahrizat dapat dilumpuhkan.

Sumber-sumber dalam parti itu memberitahu Agendadaily strategi mereka kini ialah lanyak dulu, janji dapat wujudkan persepsi negatif terhadap kerajaan…lain hal belakang kira.

Maka kita dapat lihat akhbar lidah rasmi PKR yang digantung di kedai–kedai terpampang dengan tajuk untuk menyakitkan hati orangramai – lembu dan kondo mewah.

Terbaru dengar cerita budak-budak PKR yang galak main isu NFC sudah jadi  makin kelamkabut apabila pengurusan NFC membawa media arus  perdana melawat ladang fidlot di Gemas Khamis.

Penjelasan terperinci mengenainya sudah diberi oleh Dr Mohamad Salleh pada media semasa lawatan itu.

Malah peguam NFC, Datuk Shafie Abdullah sudah senaraikan sembilan tuduhan tidak berasas dibuat oleh budak-budak PKR yang boleh disaman.

Kini sudah makin jelas isu pembelian kondo mewah yang cuba diputar oleh budak-budak PKR, ialah pelaburan sementara – yang disifatkan oleh Dr Mohamad Salleh ‘satu keputusan perniagaan yang bijak’

Itulah nampak lojiknya dari letak duit pinjaman kerajaan untuk projek fidlot itu yang belum dapat digunakan lagi dalam simpanan tetap di bank ia mendapat pulangan tahunan  yang lebih besar dengan melaburkan beli dua unit kondo mewah.

Budak-budak PKR cuba menyakitkan hati orangramai dengan mendakwa berlaku penyelewengan dalam pembelian kondo di Bangsar itu tanpa mempedulikan rasional perniagaan sebaliknya.

Usaha mereka untuk mengaitkan Menteri Kerjaraya Datuk Shaziman Abu Mansor dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafiqe kononnya ‘dapat free’ lembu dari NFC juga kantoi.

Shaziman kata beliau tidak tahu menahu mengenai sumbangan lembu dari NFC, malah berterima kasih jika benar, kerana ia merupakan sumbangan kepada orang miskin.
Pegawai kepada Zulhasnan pula menjelaskan mereka bukan dapat percuma tetapi telah menjelaskan bayaran untuk lembu-lembu berkenaan.

Dr Mohamad Salleh sendiri telah menjelaskan projek fidlot berkenaan bukan gagal seperti didakwa. Beliau mengakui memang ada masalah di peringkat awal kerana pelbagai masalah teknikal.

Namun katanya NFC baru beroperasi tiga tahun sedangkan projek berkenaan seluruhnya memakan masa 30 tahun.

Kini budak-budak PKR yang gabra itu sudah pusing minta didedahkan pula minit mesyuarat kabinet sewaktu meluluskan projek fidlot berkenaan.

Ada juga orang yang ketawa melihat gelagat mereka yang nak tenggelam punca ini kerana dalam bab bos besar mereka terpampang didakwa sedang belasah pelacur China, siapa pun tak berani langsung berbunyi minta siasatan terperinci dibuat.

Masing-masing kalau boleh nak cuba tutup dan buat tak faham ke atas isu yang semua orang ingin tahu jawapan pasti itu.

“Ini gelagat macam lembu suruhan yang main sondol saja…kita tengoklah nanti siapa yang bakal jadi 'lembu' dalam isu NFC ni,”- itu antara komentar sinis yang kedengaran tentang ini.

Sumbar: AD 
 

1 comments :

  1. tak apalah...aku nie dok atas pagar.bila ada isu...biasanya aku akan dengar dan kaji balik apa yg diketengahkan .isu yg dibawa oleh pembangkang ataupun pihak kerajaan....untuk isu lembu nie.....aku pun tak tahu juga pada awalnya.tapi bila dah didedahkan.....erm,,,,,menarik juga.aku amat terkejut,napalah pemimpin kita wat bodoh yg baru lg.bodoh dulu tak habis buat lagi bodoh baru.( ketua wanita wanita dulu,bodoh yg kita dah ketahui,napsiah isu permit teksinya,rafidah isu ap keta nya dan terbaru sharizat dgn lembunya.....ini yg dikatakan bodoh mcm lembu)aku suka mereka berniaga tapi jgnlah gunakan kuasa yg melampau.betul meka kata pinjaman dan duit tu akan dan mesti dibayar balik....tapi kalau tak da cagaran waimaa sehelai bulu puki atau mata rasa rasanya dia akan bayar balik tak kalau projek ini gagal.berbeza dgn pinjaman bank....kena letak cagaranlah dan interest yg tinggi.aku pertikaikan lg dah lah dapat pinjaman mudah interest yg rendah,ehhhh dapat pulak duit geran tu.bknnya sikit berjutalah jugak.peh cubalah bayangkan kalau
    si saleh tuu mcm kita....dapat tak agaknya.....rentikan lah gigit jari ajelah.ini berdasarkan pengalaman aku...nak dapat geran 100k dari smidec pun pehhhhh punyalah susah....tapi kes sharizat dgn senang dia dapat rm 13juta ringgit.tanah lagi,hasil balak didalam tanah itu sblm ladang dibuka.....pehhhhh memang salah guna kuasa namanya....pikir pikrlah ye.aku pun orang umno.sharizat u berhentilah.letak lah jawatan.susah kami nak pertahankan u pada rakyat dlm isu ini.tak rugi hilang sharizat sorang dari kita hilang kuasa melayu kerana nak mempertahankan dia.....rumusannya yg aku marah.....kenapa terlalu tamak dan rakus sakau duit rakyat.kalau rakyat nak berniaga mesti kena pinjam bank,interest yg tinggi.geran yg dapat sekadar rm 100 k sahaja.nak pakai tanah kerajaan,mesti itu dan ini.....cuba dah dapat loan itu,geran jgn diambil lagi.banyak melayu yg terpaksa pinjam ahlong untuk berniagalah.....aku pernah bawa kepala lembu dishah alam dan di denda rm 2000,dan aku harap aku tak bawa pula kepala lembu sekali lagi ke pwtc sebagai protes sekali lg bagi memprotes kebodohan sharizat yg mcm lembu.cukuplah khalid gagap aja kot....letaklah jawatan ye.....

    ReplyDelete

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.