Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa anak perempuannya bukan berada di Australia semasa beliau menghadiri mesyuarat ketua-ketua kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth, baru-baru ini.
Beliau berkata, orang ramai sepatutnya tidak terpedaya atau terbabit menyebarkan pembohongan.
"Jangan percaya atau sebar pembohongan. Malah, anak perempuan saya tidak berada di Australia dan isteri saya (Datin Seri Rosmah Mansor) tidak membeli apapun barang kemas,” kata Najib dalam Twitter terbarunya.
Ulasan beliau adalah berikutan penerbitan satu artikel dalam sebuah akhbar Australia yang mendakwa anak perempuannya membelanjakan A$60,000 di sebuah pusat beli belah di Perth, venue perhimpunan CHOGM.
Laporan itu juga menyebut mengenai “seorang wanita pertama diketahui telah membeli mutiara bernilai A$150,000 di WA (Barat Australia)”.
Bagaimanapun, ia tidak menamakan individu yang menjadi tanda tanya.
Akhbar The West Australian yang bertarikh 31 Oktober mendedahkan perbelanjaan delegasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menghadiri Persidangan Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth Australia, baru-baru ini.
Akhbar itu mendedahkan tabiat buruk ‘Wanita Pertama’ dan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak yang membelanjakan ratusan ribu ringgit di sebuah gedung membeli belah terkemuka di negara itu.
Najib dan Rosmah kini sedang mengerjakan ibadat haji di tanah suci. – Bernama
Petros-Petronas spat is far from resolve
-
Upon the demise of Allahyarham Tun Pehin Seri Taib Mahmud in February 2024,
open and frank conversation over Sarawak rights on its oil and gas under
Chi...
3 weeks ago
Jangan kita nak jadi blogger berapi..tapi akhirnya jadi blogger hancing tolong sebarkan dakyah palsu dari sumber yang blur. Akhirnya kita termasuk dlm golongan blogger jadah seperti bloggers proBN dan bloggers proPR
ReplyDelete