RM2.6 wang 1MDB?

25 November 2011

RM100 UNTUK PELAJAR: Benarkah RM100 hanya 'lekat celah gigi'?


TULISAN Subky Latif dalam portal Malaysian Insider bertarikh 22 November 2011 bertajuk RM100 hanya terselit di celah gigi yang memperlekeh pemberian kerajaan kepada setiap murid sungguh tidak sensitif kepada keperitan rakyat jelata.

Pada saudara Subky, RM100 beliau boleh habiskan dengan hanya minum-minum dengan kawan-kawan sembang politik di Coffee House hotel 5 bintang.

Tapi bagi sebilangan besar keluarga yang mempunyai anak 5 orang yang bersekolah RM500 sangat besar maknanya. Duit inilah boleh membeli uniform sekolah, kasut dan lain-lain peralatan sekolah.

Saya difahamkan jumlah ibu bapa yang menolak pemberian ini adalah kecil.

Memang duit ini tak boleh menampung keperluan harian sekolah tetapi kerajaan juga telah memberikan pendidikan percuma kepada murid-murid. Memberi makan minum anak adalah tanggungjawab ibu bapa.

Saya ingin cadangkan kepada saudara Subky supaya kerajaan Pas Kelantan dan Kedah memulakan dengan pemberian RM100 sebulan kepada setiap murid sekolah di negeri tersebut.

Kedua-dua negeri yang diperintah Pas itu boleh bertindak jika prihatin untuk membantu pelajar. Bercakap memangnya mudah. Satu sen pun tak keluar duit.

ESA ADAM - Bandar Sunway Selangor

Reaksi:

3 ulasan :

  1. Mael,

    dah lama ambo tak pedulik psl hj subky yg tak terserlah langsung dlm pas ni!

    "Pada saudara Subky, RM100 beliau boleh habiskan dengan hanya minum-minum dengan kawan-kawan sembang politik di Coffee House hotel 5 bintang."

    ni sembang seorang yg bongkak & takabbur sbb dia banyak duit!

    ambo ada anak2 yg masih sekolah, Alhamdulillah, lepas dah baju kasut sekolah & alat2 tulis.

    lainlah kalu hj subky ni...duit derma jemaah utk dia berceramah tak pernah habis, tak payah audit utk cukai & tak perlu isytihar pada sapa2pun berapa pendapatan dia!

    BalasPadam
  2. aku bersyukur dgn pemberian yang diberi...suka anak2 aku dapat RM100...almaklumlah duit raya pun tak dpt sebnyak tu..x apelah pasti ada balasan kepada orng yng bongkak...

    BalasPadam
  3. berok2 PASial mana pernah cukup...

    Duit memali dah dibalunya..sampaikan anak arwah Ibrahim libya x merasa sesen pun..
    Duit Kohilal..hilang ntah kemana..sampai skrg x xde sper nak jawab..
    Duit bantuan 600juta utk air dikelantan...dah x tau pegi mana....sampaikan pork nik kena amik solat dkt sungai...

    mmg betol kata sukby...100 celah gigi jea...

    kah..kah..kah..kah....

    BalasPadam

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.