RM2.6 wang 1MDB?

7 Ogos 2012

Pakatan Haram Hina Lee Chong Wei


Setelah terbaca twitter ADUN DAP dan artikel di laman Suara PR mengenai kekalahan Datuk Lee Chong Wei maka sahlah bahawa Pakatan Rakyat sememangnya agen pemecah belah masyarakat. Dan seperti yang telah diketahui, sama ada PAS, DAP mahupun PKR, semuanya berpegang kepada strategi ‘pecah dan perintah’ demi mencapai matlamat mereka.

PAS terkenal dengan memecah belah sesama umat Islam melalui Amanat Hadi sehingga menyebabkan tragedi solat dua imam sehinggalah tragegi berdarah Memali dan Sauk. DAP pula terkenal dengan sifat perkauman yang membenci kaum Melayu serta selamanya berjuang untuk memisahkan kaum sejak di bangku sekolah serta membina ‘tembok’ ekonomi antara kaum Cina dengan bangsa lain. Manakala PKR pula terkenal dengan strategi mengadakan huru-hara, melaga-lagakan rakyat dengan pihak berkuasa, undang-undang serta sistem kehakiman melalui sifat talam dua-ratus muka dengan semua pihak, semua agama, semua kaum dan semua golongan manusia di dunia.

PAS, PKR dan DAP semuanya telah membuktikan kepada kita bahawa parti mereka tidak punya -semangat patriotik, malah bersifat pengkhianat. Di mana-mana saja mereka memburuk-burukkan Malaysia, mengsabotaj ekonomi negara sendiri serta sengaja ingin menggoyah kestabilan negara. Malah, tanpa segan silu mereka memperlekehkan 1Malaysia yang membawa semangat kebangsaan dan kenegaraan.

Kerana itu, kita tidak hairan apabila ADUN DAP, Manoharan Malayalam menghina Lee Chong Wei kerana kalah dalam pertandingan badminton di sukan Olympic baru-baru ini. Lebih memualkan, Manoharan bukan sahaja menghina kekalahan Chong Wei tetapi juga seolah-olah memperlekeh penampilan beliau dengan memuji lawannya, Lin Dan dari China sebagai lebih bergaya dan moden.

Laman Suara Pakatan Rakyat pula dengan tidak semena-mena mengaitkan UMNO dalam mengulas kekalahan Chong Wei. Menurut laman tersebut, UMNO harus malu kerana tidak mampu mengangkat kaum Melayu di dalam sukan sehingga semua nama-nama besar di dalam sukan di Malaysia adalah dari kaum lain.

Malah, dalam artikel kemudiannya pula, laman tersebut memanggil Chong Wei dengan gelaran kuda tua??!!

Pakatan Rakyat nampaknya menyedari bahawa sukan mampu menyatupadukan rakyat iaitu sesuatu yang amat bertentangan dengan strategi mereka.

Maka, agenda PR mengutuk Chong Wei adalah untuk memastikan kaum Cina, Melayu dan India kekal bertelagah dan prejudis sesama sendiri sehingga membelakangkan semangat kenegaraan.

Pemimpin-pemimpin PR telah melihat bagaimana sukan berjaya menyatukan dan menyerlahkan kekuatan semangat cintakan negara ketika sukan komanwel 1998 berlangsung di Kuala Lumpur di mana, pada ketika yang sama, gerakan reformasi Anwar Ibrahim sedang mengganas di bandaraya. Namun, seluruh tumpuan rakyat adalah tetap kepada sukan tersebut dan bukan Anwar Ibrahim. Malah, laungan yang bergema di stadium iaitu ‘hidup Mahathir!’ yang pada ketika itu Perdana Menteri, melambangkan penyatuan rakyat Malaysia di bawah kepimpinan Barisan Nasional, berjaya menenggelamkan terus mimpi Anwar sehingga ke hari ini.

Sukan juga digunakan oleh Nelson Mandela ketika beliau ingin menyatukan rakyatnya sehingga mereka melupakan isu warna kulit untuk seketika, dan kemudiannya untuk selama-lamanya.

Berdasarkan hakikat inilah, maka PR sedaya upaya ingin memastikan yang rakyat Malaysia tidak akan bersatu walaupun dalam sukan. Begitu khianat sekali para pemimpin PR terhadap negara dan rakyat sehingga sanggup menggadaikan semangat kesukanan dan patriotisme semata-mata kerana ingin berkuasa.
Reaksi:

0 ulasan:

Catat Ulasan

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.