Kerajaan Negeri Johor menawarkan skim pemilikan rumah eksklusif untuk penduduk kampung yang rumah mereka terlibat dengan pengambilalihan untuk projek Kompleks Petroleum Bersepadu ( Pengerang Integrated Petroleum Complex- PIPC) di Pengerang.
Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor, Tuan Haji Elias Bin Hasransaid berkata keluarga yang terlibat dalam penempatan semula akan ditawarkan sebuah rumah baru berkembar dengan keluasan tiga bilik tidur beserta dengan tanah pada harga yang sangat rendah dan mampu milik.
Di bawah pakej khas pemilikan rumah ini, empat kategori rumah akan ditawarkan dengan harga angaran di antara RM120, 000 ke RM245, 000 se unit.
Walau bagaimanapun, penduduk kampung yang terlibat hanya perlu membayar di antara RM35,000 dan RM105, 000 dan selainnya akan di beri subsidi oleh Kerajaan Negeri. Mereka yang terlibatdi jangka mampu untuk memiliki rumah yang di tawarkan ini dengan menggunakan wang pampasan yang akan di berikan oleh Kerajaan Negeri bagi mengimbangi kos untuk memiliki rumah-rumah baru tersebut.
Semua rumah baru akan di bina di atas keluasan tanah dengan ukuran 6,000 kaki persegi (sq) bagi setiap buah rumah, penduduk hanya perlu membayar yuran biasa sebanyak RM1 sahaja
Elias berkata di samping rumah baru, mereka yang memiliki tanah pertanian juga akan dianugerahkan dua (2) ekar tanah ladang pada premium minimum.
Perbicaraan pengambilalihan Tanah dan pampasan kerajaan bermula di Pengerang hari ini. Pendengaran awam akan berterusan sehingga 14 Sep.
Keluarga yang terbabit di kampung-kampung akan dipindahkan ke kawasan penempatan baru, Taman Bayu Permai di Kampung Dato Abdul Ghani Othman, dalam lingkungan 15km dari kampung mereka yang sedia ada. Fasa pertama proses pemindahan ini akan bermula pada bulan Mac 2013.
” Skim pemilikan rumah penduduk kampung Pengerang, adalah satu program menyeluruh yang direka untuk memenuhi keperluan dan aspirasi semua penduduk kampung yang terjejas,” katanya, sambil menambah bahawa rumah baru tidak hanya mampu tetapi akan mempunyai kemudahan awam yang lengkap dan perkhidmatan.
”Akhirnya matlamat kami adalah untuk menyediakan satu persekitaran hidup yang selesa, jimat dan moden untuk rakyat dan meningkatkan kualiti hidup mereka,” tegas beliau.
Empat kategori rumah adalah:
a) JENIS Kenanga
RM120, 000 unit berkembar dengan 750 kaki persegi ruang binaan.
(Untuk penduduk kampung yang memiliki rumah bernilai RM10,000 kepada RM40,000)
Mereka perlu membayar hanya RM35,000
Kerajaan Negeri menawarkan RM85,000 dalam bentuk subsidi.
b) JENIS Anggerik
RM180, 000 unit berkembar (1,000 kaki persegi)
(Bagi penduduk kampung yang memiliki rumah bernilai RM40,001 sahingga RM75,000)
Mereka hanya membayar RM65, 000
Subsidi Kerajaan Negeri – RM115, 000.
c) JENIS Cempaka
RM215, 000 rumah berkembar (1,300 kaki persegi)
(Bagi penduduk kampung yang memiliki rumah yang bernilai RM75,001 hingga RM95,000)
Mereka hanya membayar RM85,000
Subsidi Kerajaan Negeri – RM130,000
d) JENIS Teratai
RM245, 000 unit berkembar (1,600 kaki persegi)
(Bagi penduduk kampung yang memiliki rumah-rumah bernilai melebihi RM95,000)
Mereka hanya membayar RM105, 000
Subsidi Kerajaan Negeri – RM140, 000.
Kerajaan negeri akan memperolehi 20,000 ekar tanah di Pengerang untuk pembangunan PIPC itu. Kira-kira 6300 ekar kawasan akan dibangunkan oleh PETRONAS untuk projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (RAPID), Manakala kawasan seluas 650 ekar akan di peruntukkan bagi pembinaan Terminal Petroleum Laut Dalam Bebas,
Ini adalah kali pertama dua projek yang akan dibangunkan serentak di PIPC Pengerang, Dengan kerjasama diantara Dialog Group dan Vopak serta Kerajaan Negeri.
Sumber: http://ob21.net
Salam....sy mencari rumah sewa di pengerang...sbb sy bakal berkerja di gleneagles....mohon bantuan
ReplyDeleteSalam....sy mencari rumah sewa di pengerang...sbb sy bakal berkerja di gleneagles....mohon bantuan
ReplyDelete