#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

5 September 2012

"Kita tidak boleh duduk diam dengan fitnah pembangkang" - Azalina

Peranan ahli Umno bukan setakat datang ke mesyuarat, sebaliknya perlu rajin menghadiri ceramah-ceramah yang dianjurkan untuk menangkis tuduhan pembangkang.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman Said berkata, orang Umno jangan sekadar melaungkan sokong kerajaan semata-mata kerana mereka telah memberi undi dan datang mesyuarat, tetapi perlu tunjukkan lebih daripada itu.

“Kita tak boleh duduk diam apabila pembangkang sibuk menabur fitnah dan tuduhan,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka dan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pengerang di Dewan Bandar Penawar, dekat sini, kelmarin.

Menurutnya, tanggungjawab kepada parti bukanlah dengan bertanya apa yang parti boleh beri, tetapi apa yang boleh dilakukan untuk parti.

“Kita jangan tanya pasal jawatan atau kontrak baru nak bekerja. Jangan masa pilihan raya sudah dekat baru nak kelam kabut terangkan isu kepada rakyat.

“Jangan cakap mulut saja. Kalau sayang kena tunjuk. Takkanlah kita tunjuk sayang lima tahun sekali apabila keluar mengundi. Sekarang pembangkang guna macam-macam pendekatan untuk tawan Putrajaya.

“Ayuh kita semua lupakan segala sengketa dan salah faham. Jangan saling bermusuhan kerana musuh utama adalah pembangkang dan pengkhianat negara, bukannya sesama ahli Umno,” katanya.

1 comments :

  1. Pakai tudung dulu.
    Baru cantik masuk medan perang politik.
    Letih pahlawan untuk cover bila diserang oleh PR.

    ReplyDelete

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.