Beliau yang bakal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas berkata, segala pengalaman itu amat berguna untuk beliau menyambung transformasi yang telah dialami oleh negeri Johor terutama dari segi pembangunan dan ekonomi.
"Pembangunan di Johor kini berada di landasan yang terbaik dengan projek pembangunan Iskandar Malaysia yang perlu diteruskan untuk memakmurkan lagi negara ini.
"Dengan pengumuman ini (bertanding di DUN Permas), saya tidak lagi menjadi menteri persekutuan, namun saya harap dengan pengalaman yang ada selama tiga penggal di persekutuan sebelum ini dapat saya gunakan untuk membangunkan Johor," katanya.
Beliau yang juga Menteri Pengajian Tinggi berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis pelancaran Manifesto Barisan Nasional Johor dan pengumuman calon BN di sini Selasa.
Pengumuman tersebut dilakukan oleh Setiausaha Kerja BN Johor Ramli Bohani.
Ketika diminta mengulas keputusan beliau bertanding di Permas yang sebelum ini merupakan kerusi milik MIC, Mohamed Khaled berkata, masih banyak misi yang ingin beliau jayakan di kawasan itu.
"Sebelum ini saya di Pasir Gudang dan biarlah kali ini, saya masih tetap berkhidmat di situ kerana Permas merupakan salah satu daripada dua kerusi DU Nyang berada di Parlimen itu.
"Ada banyak kerja lagi yang masih perlu dilakukan," katanya.
Mohamed Khaled, 55, disebut-sebut sebagai bakal Menteri Besar Johor menggantikan Datuk Abdul Ghani Othman yang meninggalkan DUN Serom dan bertanding di Parlimen Gelang Patah untuk menentang Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya (1999-2004)Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2004-2008), dan dilantik menjadi Menteri Pengajian Tinggi pada 2008 sehingga kini. - BERNAMA
Nak promote Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ni.. ermmm... biar aku story kisah benar pasal dia di KPT...
ReplyDeletesebagai staf di IPT yg aktif dengan politik mamat n beruk disekeliling dia ni...memang tak boleh dipercayai... selepas buat taik di KPT...senang2 dia tinggal macam tu sahaja... konon janji nak bantu bawa pulang mahasiswa ke negeri2... sampai kesudah TERKANTOI.. GAGAL!
laporan kat PM berdegar2 konon kerja keras buat macam... pro aspirasi menang di IPT Malaysia...PEMBOHONG! tanya khairi malik dan arif 2 ekor beruk org kuat mamat ni... apa cerita sebenar???
Yang ada IMPAK depakasi masyuk sama team ALFALAH kroni mereka... duit belanja BESAR tapi entah kemana... IMPAK terhadap pelajar HANCURRRR!... dengar kroni ALFALAH berkampung tolong IRMO HIZAM di Sungai Besar sekarang... apa nak jadi...
sory lah... walau aku pendokong TEGAR UMNO... mamat ni memang tak boleh pakai bagi aku... mungkin kalau sepak si khiri dan arif pastu pilih org yang betul2 kerja utk bersama khaled ni mungkin ok sikit kut...
PESAN aku... sebelum jadi MB Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sila penuhi janji di KPT dan cuci najis2 yang ko tinggalkan supaya org lain tak susah...