#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

25 April 2013

PANASSSSSSS!!! Saksi video Calon Bebas P157 Pengerang kempen mengaku ahli UMNO yang sah? #PRU13


Sebelum ini Johor dikejutkan dengan kenyataan dari Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dimana empat ahli UMNO negeri ini yang bertindak menjadi calon Bebas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini dan mereka dikatakan akan berdepan tindakan disiplin serta-merta. KLIK

Antaranya Timbalan Ketua UMNO cawangan Felda Adela, Azaman Johari yang menentang penyandang P157 Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Benar ke mereka tu sudah di pecat?

Itu yang telah menjadi persoalan dan memeningkan kepala bagi pengundi sekitar Pengerang setelah mereka mendengar sendiri kenyataan daripada calon Bebas dalam beberapa siri ceramah yang telah dianjurkan.

Yang buat lagi terkejut, bila calon Bebas tersebut membuat kenyataan bahawa beliau masih ahli UMNO dan masih lagi orang BN, tidak di pecat lagi setakat ini.

Klik dan saksikan sendiri video dibawah, ucapan dari  Azaman Johari - Calon Bebas P157 Pengerang. 



Profail Calon Bebas P157 Pengerang.
Azaman bin Johari menjadi guru sejak 1991. Kini mengajar di SMK Adela. Sedang dlm cuti tanpa gaji selama satu (1) tahun (tarikh tamat tak di perolehi) sebab menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaannya. Aktif dlm politik sejak UMNO Kota Tinggi. Pernah menjadi AJK Pemuda Bahagian. Kini Timbalan Ketua UMNO Cawangan FELDA Adela. Seorang usahawan di Gugusan FELDA Adela dan Bandar Penawar. Mengusahakan perniagaan mini market, restoran & stationery.
- Sumber

------------------------------------
Kata MP:
Menipu ke apa ni? Pekara ni kalau di biarkan, kompom BN akan hadapi masaalah kurang mendapat undi... Pengundi kompius der. Kepada pihak-pihak  yang bertanggungjawab tu, pantau dan pikir-pikirkan lah ye!

Psssttt... satu lagi MP nak tanya. Kakitangan awam yang masih belum letakkan jawatan secara rasmi, boleh jadi calon untuk bertanding ke?

1 comments :

  1. kes yang dia pijak kepala pelajar apa cerita.. mak bapak mangsa xwat report polis tu yang kesnya terpencil. memang patutu pun dibuang dari umna dan bn. memalukan je..

    ReplyDelete

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.