Anis Afida dengan lantang mendakwa, kerjasama parti PAS dalam Pakatan Rakyat bersama DAP dan PKR tidak merugikan orang Melayu dan Islam.
"Tidak ada masaalah bagi PAS untuk terus berkerjasama dengan PKR dan DAP dibawah Pakatan Rakyat kerana dasar mempertahankan Melayu Islam telah dipersetujui. Ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat menerima perjanjian itu.", katanya .
Tambah beliau, sekiranya PR diberi mandat memerintah negara. DAP yang bukan Islam menerima dan bersetuju mengekalkan Islam sebagai agama Persekutuan, hak-hak agama lain diberi kebebasan dengan adil. Hak istimewa orang Melayu Bumiputera dan hak kaum lain juga diberi dengan adil. Bahasa Melayu kekal sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa ibunda diberi (kepada semua kaum). Raja mengikut Perlembagaan.
Persoalannya, apakah benar kesemua kenyataan seperti yang didakwa oleh Anis Afida ini?
Di sini, MP sertakan kenyataan akhbar terkini bersama Pengerusi DAP tentang perkara berkaitan:
Karpal Desak Anwar Nyata Pendirian Tentang Hudud, Negara Islam
GEORGE TOWN, 26 April (Bernama) -- Pengerusi DAP Karpal Singh mendesak Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendiriannya berhubung isu hukum hudud dan konsep negara Islam yang ingin dilaksanakan PAS, sekutunya dalam pakatan pembangkang.
Sebagai calon "perdana menteri" pakatan pembangkang, Anwar perlu menyatakan pendiriannya mengenai isu kontroversi dan kritikal itu, katanya.
Katanya hasrat pemimpin PAS untuk melaksanakan hudud dan konsep negara Islam telah menjejaskan persefahaman antara parti dalam pakatan pembangkang dan mengakui dua isu itu akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN).
"Beliau (Anwar) perlu nyatakan pendiriannya. Saya fikir rakyat mahu mendengarnya. (Penasihat DAP) Lim Kit Siang dan (Setiausaha Agung DAP) (Lim) Guan Eng telah menyatakan pendirian parti, mereka tidak sokong hudud, mereka tidak sokong negara Islam," katanya pada sidang akhbar di sini Jumaat.
Karpal berkata beliau menyatakan pendirian DAP berhubung isu itu bukan sahaja sebagai pendirian peribadinya tetapi juga bagi pihak parti.
Baru-baru ini, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din berkata parti itu tetap akan melaksanakan hukum hudud jika pakatan pembangkang diberi mandat memerintah negara kelak.
Bagaimanapun kenyataan itu disanggah oleh Karpal yang berkata DAP tetap menentang pembentukan negara Islam yang mengamalkan undang-undang hudud.-- BERNAMA
Patutkah kita percaya? Emmm... pikir-pikirkan lah yek, pilih pemimpin tu!!!
Budak ni cuba nak bodohkan orang kampong dia sendiri...
ReplyDeleteMerujuk kepada kenyataan akhbar tu boleh tau akhbar mane? Utusan or harian metro or harakah? Kalau merujuk kepada akhbar2 tu dah sah2 milik BN..yang memang kita tau xde langsung cerita yg baik mengenai PR..knp kalau DAP xsetuju ngan PAS kat Penang tu dia bagi peruntukan SAR lebih tggi dari sekolah lain...
ReplyDelete