#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

17 April 2013

Selangor kena 'UBAH'... Johor DT terbaiiik! KLIK baca ni.


SHAH ALAM -_ Johor Darul Takzim bangkit dari ambang kekalahan untuk menyingkirkan Selangor menerusi penentuan sepakan penalti 4-2 pada suku akhir kedua Piala FA semalam, selepas kedua-dua pasukan terikat secara agregat 3-3.

Dua jaringan pemain import, Leonel Jorge Nunez membantu Johor DT merakam kemenangan 2-1 di Stadium Shah Alam, sekali gus mengheret permainan ke masa tambahan, sebelum ditentukan menerusi penalti.

Johor DT kini akan bertemu Pahang yang terlebih dulu mara ke separuh akhir selepas menyingkirkan Sime Darby 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
 
Dalam saingan di Shah Alam, Mohd. Farid Ramli muncul wira Johor DT apabila menyempurnakan penalti keempat ketika dua sepakan Selangor melalui Mahalli Jasuli dan K. Gurusamy dapat diselamatkan oleh Mohd. Al Hafiz.

Sebelum itu, Nunez, Safee Sali dan Andre Francisco turut tidak mensia-siakan sepakan penalti, manakala Selangor hanya dapat memanfaatkan dua sepakan menerusi Asraruddin Putra Omar dan Mohd. Amri Yahyah.

Kemenangan di tempat lawan membolehkan Johor DT melunaskan dendam terhadap Red Giants, yang sebelum ini mengecewakan mereka dalam dua perlawanan berturut-turut, 1-4 pada saingan Liga Super, diikuti 1-2 pada suku akhir pertama Piala FA, dua minggu lalu.

Begitupun, tuan rumah terlebih dahulu mencipta jaringan menerusi Mahalli pada minit ke-29 namun permata import terbaru Johor DT, Nunez membalas dengan dua gol pada minit ke-66 dan 86 bagi mengikat perlawanan ke masa tambahan.

Mohd. Aidil Zafuan menafikan hajat Amri meletakkan Selangor di hadapan pada minit ke-13 apabila bola sungkitannya sempat ditanduk keluar oleh bek kebangsaan itu ketika Muhd. Al Hafiz sudah terkeluar daripada posisi.

Gerakan yang dilhamkan Amri bijak dibaca oleh Mahalli yang pantas menyusup masuk ke dalam kotak penalti Johor DT dan melepaskan rembatan dari sudut tepi yang menggegar tiang gol sebelum masuk ke dalam gawang. Gol itu membakar semangat 30,000 penyokong Red Giants melihat tuan rumah melebarkan kelebihan agregat 3-1.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Johor DT memasukkan Nunez dan Safee pada permulaan babak kedua.

Namun, konsentrasi anak-anak buah Irfan Bakti sedikit menurun pada pertengahan separuh masa kedua tambahan dan kesempatan itu bijak diambil oleh Johor DT bagi mendapatkan dua gol. Nunez mempamer kredibiliti dengan jaringan cantik pada minit ke-66 melalui sepakan lencong menakjubkan.

Pemain Argentina itu menjadi pemusnah Selangor dengan gol penyamaan secara agregat sekali lagi melalui rembatan kencang di luar kotak penalti pada minit ke-86.

Pada tambahan masa 30 minit, Selangor mencemaskan kubu pelawat tetapi hampa kerana ketiadaan penyudah yang tajam.

Sementara itu, pemain import baharu Pahang dari Argentina, Matias Conti paling mencuri tumpuan pada perlawanan menentang Sime Darby apabila menjadi wira buat skuad Tok Gajah.
 
Conti menjaringkan kedua-dua gol kemenangan Pahang pada minit ke-75 dan 80 hanya dalam penampilan sulungnya bersama Pahang.

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.