#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

24 September 2014

1 OKT: S.P.A.D Menambahbaik Laluan GO KL


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D) akan menambahbaik Laluan Merah dan Laluan Biru perkhidmatan bas Bandar GO KL.

Melalui penilaian prestasi yang telah dijalankan keatas kedua-dua laluan ini semenjak mula beroperasi, S.P.A.D telah mengambil keputusan untuk melaksanakan langkah penambahbaikan laluan Merah dan Biru ini demi meningkatkan kadar penggunaan perkhidmatan ke tahap yang optima. 

Langkah penambahbaikan ini merangkumi perubahan lokasi mula dan akhir laluan, penambahan perkhidmatan ke destinasi tumpuan orang ramai dan pemberhentian perkhidmatan ke destinasi yang kurang mendapat sambutan pengguna Go KL. 

Untuk makluman, perkhidmatan bas Bandar GO KL ini telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 31 Ogos 2012 dengan dua (2) laluan sahaja iaitu Laluan Hijau dan Laluan Ungu dan kemudiannya Laluan Merah dan Laluan biru pada 1hb Mei 2014.

Sebelum ini, kedua-dua laluan ini bermula dan berakhir di Medan Mara bagi Laluan Biru dan Laluan Merah. Mulai 1hb Oktober, kedua-dua laluan Merah dan Laluan Biru Perkhidmatan bas Bandar Go KL ini akan bermula dan berakhir di Terminal Bas Jln Tun Razak yang mempunyai integrasi perkhidmatan pengangkutan awam lain seperti Monorail, LRT (laluan Ampang) dan bas ekspres. 


Maklumat lanjut mengenai penambahbaikan kedua-dua laluan adalah seperti berikut:

Laluan Merah

Empat (4) hentian baru akan diperkenalkan bagi Laluan Merah (Terminal Bas Jln Tun Razak ke KL Sentral)

1) Terminal Bas Jalan Tun Razak,
2) Hospital Damai
3) Chow Kit (Jalan Ipoh)
4) Grand Season


Oleh yang demikian, dua (2) hentian tidak akan beroperasi iaitu:
1) Wisma Sime Darby
2) Maju Junction

Sebagai alternatif, pengguna bagi hentian ini boleh mendapatkan perkhidmatan di Puteri Park Hotel dan Kompleks Pertama.


Laluan Biru

Sepuluh (10) hentian baru akan diperkenalkan bagi Laluan Merah (Terminal Bas Jln Tun Razak ke Bukit Bintang)

1) Terminal Bas Jalan Tun Razak
2) Hospital Kuala Lumpur (HKL)
3) Institut Penyelidikan Perubatan (IPP)
4) Masjid Kampung Baru
5) Sekolah Khas Kampung Baru
6) Bukit Nanas
7) LRT Dang Wangi
8) Puteri Park Hotel
9) Chow Kit
10) Grand Season

Oleh yang demikian, tujuh (7) hentian tidak akan beroperasi:
1) Menara Uniasia
2) Monorail Medan Tunku
3) Kompleks Campbell
4) Maju Junction
5) Wisma MPL
6) The Weld
7) SOGO

Sebagai alternatif, pengguna bagi hentian ini boleh mendapatkan perkhidmatan di Medan MARA, Concorde Hotel, Wisma Boustead dan Menara Hap Seng.

Melalui perubahan yang akan dijalankan ini, laluan Merah yang menghubungkan Terminal Bas Jln Tun Razak ke KL Sentral dengan jarak perjalanan sebelum ini sebanyak 10.5 kilometer telah dipanjangkan menjadi 13.0 kilometer dengan jumlah 21 hentian. Laluan Merah ini akan mengambil masa perjalanan 50 minit pada waktu puncak dan 40 minit pada waktu biasa.
Manakala bagi Laluan Biru yang menghubungkan Terminal Bas Jln Tun Razak ke Bukit Bintang dengan jarak perjalanan sebelum ini sebanyak 9.2 kilometer pula telah dipanjangkan menjadi 12 kilometer dengan jumlah19 hentian. Laluan biru ini akan mengambil masa perjalanan 45 minit pada waktu puncak dan 35 minit pada waktu biasa.
S.P.A.D berharap agar masyarakat mengambil maklum akan perkara ini. Dalam masa yang sama, pihak S.P.A.D juga ingin menyeru pengguna untuk terus menikmati kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan ini seterusnya dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu puncak. S.P.A.D akan terus berusaha untuk menambah baik mutu perkhidmatan bas Bandar GO KL ini menjadi perkhidmatan bas dalam bandar yang mudah diakses, selamat, selesa dan dapat diguna ramai.



0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.