RM2.6 wang 1MDB?

23 September 2014

SPAD turut buru UBER mulai 1 Oktober ini.

\
Mulai 1 Oktober, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melancarkan operasi memburu pemilik kenderaan persendirian yang menawarkan perkhidmatan Uber.

Penggunaan kenderaan persendirian untuk mengambil penumpang adalah melanggar Seksyen 16 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010, yang boleh didenda tidak melebihi RM10,000, penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Ia juga bercanggah dengan Seksyen 23 Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 kerana tidak memiliki lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam, yang pelakunya boleh didenda tidak melebihi RM10,000, penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Uber merupakan sebuah syarikat yang berpangkalan di San Francisco, Amerika Syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan menerusi aplikasi telefon pintar. Ditubuhkan pada 2009, ia menawarkan perkhidmatan di lebih 200 bandar raya serata dunia.

Malangnyua, perkhidmatan mereka Ini bagaikan teksi sapu. Biarpun perkhidmatan Uber semakin popular kerana lebih murah, cepat dan baik namun penumpangnya tidak dilindungi insurans.Contohnya caj dari KL Sentral ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ialah RM34.50 untuk perkhidmatan Uber bajet manakala teksi biasa RM55.20.

Perkhidmatan ini mula memasuki pasaran Asia Februari tahun lepas di Singapura dan seterusnya di Kuala Lumpur pada Oktober secara dalam talian melalui laman sesawang https: //www.uber.com/cities/kuala-lumpur.


Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad, pihaknya telah mengesan kira-kira 50 buah kereta termasuk kereta mewah seperti Jaguar dan Mercedes Benz yang menawarkan perkhidmatan Uber ini.

Selain individu yang menawarkan perkhidmatan Uber, lapan syarikat tempatan dikenal pasti bekerjasama menawarkan perkhidmatan Uber di sekitar Lembah Klang, katanya.

Oleh demikian itu, pihak berkuasa JPJ, SPAD dan PDRM telah mengambik kata putusn akan melancarkan operasi memburu mereka dan menyita kenderaan yang terlibat bermula 1 Oktober ini. Semua pihak, individu dan syarikat yang terlibat dalam menawarkan perkhidmatan Uber diminta supaya menghentikan perkhidmatan tersebut bagi mengelak daripada berhadapan tindakkan undang-undang yang telah ditetapkan.

Apa yang penting, penumpang perkhidmatan Uber diingatkan bahawa mereka tidak dilindungi skim insurans sekiranya berlaku kemalangan. Baru-baru ini juga, mahkamah serantau Jerman dilaporkan mengeluarkan injunksi sementara terhadap Uber kerana pemandunya tidak mempunyai lesen komersial yang diperlukan untuk mengambil penumpang.

Perkhidmatan Uber juga dilaporkan tidak dibenarkan beroperasi di Jakarta kerana tidak memiliki permit pengangkutan awam.

Artikal Berkaitan KLIKSINI

Reaksi:

0 ulasan:

Catat Ulasan

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.