SPAD dalam satu kenyataan berkata, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Jun lalu, semua pemandu teksi yang memegang status sebagai ‘pemandu pertama’ layak untuk menerima subsidi tayar di bawah TR1Ma.
Program TR1Ma ini adalah inisiatif kerajaan untuk memberi subsidi kepada pemandu teksi yang bertujuan meringankan beban mereka menanggung kos penyelenggaraan kenderaan dan sekali gus dapat meningkatkan tahap keselamatan di Malaysia.
sehingga akhir Oktober 2012, sebanyak 99,871 baucar telah dikeluarkan di seluruh negara, mewakili hampir 70% daripada jumlah keseluruhan teksi yang berdaftar.
Setiap seorang pemandu teksi mendapat dua keping baucar dengan jumlah RM520. Nilai baucar TR1Ma adalah berdasarkan kepada kajian yang dijalankan yang mana majoriti teksi yang digunakan di Malaysia menggunakan tayar bersaiz 13 inci dan bagi teksi yang menggunakan tayar bersaiz melebihi 13 inci, kos tambahan perlu ditanggung oleh pemandu teksi terbabit.
Dalam pada itu, SPAD turut menggalakkan pemohon menghubungi talian bebas SPAD di 1800-88-7723 atau lawati laman web SPAD, (KLIK) http://www.spad.gov.my/tr1ma sekiranya memerlukan sebarang maklumat lanjut.
0 comments:
Post a Comment