#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

23 December 2014

FELDA sokong wartakan tanah sebagai rizab Melayu.



FELDA tidak mempunyai masaalah dan sokong sekiranya tanah rancangan miliknya seluas 856,954 hektar di seluruh negara diwartakan sebagai rizab Melayu.

Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, walau bagaimana pun keputusan berkenaan bergantung kepada kerajaan negeri sekiranya berhasrat berbuat demikian.

Menurutnya, pihaknya menyokong penuh cadangan itu dan pastinya akan turut dipersetujui peneroka.

“Dalam beberapa mesyuarat, kami pernah membangkitkan perkara itu dan nampaknya ada negeri yang berbuat demikian,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Dalam pada itu, cadangan mewartakan sebagai rizab Melayu itu hanya akan melibatkan peneroka Melayu saja, bagi peneroka bukan Melayu di tanah rancangan FELDA, mereka tidak terbabit dengan keputusan yang dibuat kerajaan negeri.

“Mereka (peneroka bukan Melayu) jangan dengar cakap orang yang tanah mereka juga dimasukkan sebagai rizab Melayu, itu tidak benar sama sekali,” katanya mengulas langkah kerajaan negeri Johor yang akan mewartakan tanah rancangan FELDA dan FELCRA di negeri itu sebagai rizab Melayu.

Sebelum ini, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika menggulung perbahasan mesyuarat kedua (bajet 2015) Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-13 di Kota Iskandar, dipetik berkata, langkah mewartakan tanah berkenaan antara langkah proaktif kerajaan negeri melindungi dan mempertahankan tanah rizab Melayu di Johor.

Beliau turut menyatakan status kesemua tanah peneroka FELDA seluas 145,970 hektar dan tanah FELCRA akan diwartakan kepada Rizab Melayu. (KLIK)

1 comments :

  1. SYUKUR ALHAMDULILLAH! Tetapi perlukan juga tanah-tanah kpg. sawah padi dan nelayan juga termasuk sebg. Tanah Rizab Melayu - dan diletakkan di bawah kuasa Kesultanan Melayu kita serta Majlis Raja-Raja!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.