GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

15 May 2015

Pengerusi SPAD lancarkan MIBTC 2015


Malaysia International Bus, Truck & Components Expo 2015 (MIBTC 2015) yang kini sedang berlangsung di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MIECC) adalah antara penganjuran ekspo pertama seumpamanya di Malaysia yang khusus untuk memenuhi keperluan pengangkutan serantau, logistik dan industri lori serta bas. 



Penganjuran MIBTC 2015 yang menampilkan pelbagai program sampingan dengan melibatkan lebih 80 peserta pameran tempatan serta antarabangsa ini telah dilancarkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Dr. Syed Hamid Albar.



Acara tiga hari (14-16 Mei) yang membawa tema 'Drive Safe' itu, dianjur oleh majalah Asian Trucker dan Asian Buses.

Tema itu juga telah menarik perhatian Tan Sri Dr. Syed Hamid Albar
dalam ucapannya dengan berkata , "Keselamatan jalan raya terus menjadi kebimbangan utama negara kita dan antara perkara utama bagi semua pihak dalam industri kenderaan perdagangan, dari pengilang hingga pemandu, perlu memainkan peranan mereka dalam menangani isu ini,"



Bagi pihak penganjur, Stefan Pertz berkata, tema tersebut dipilih sebabnya mudah... 'Drive Safe' atau 'Pandu Selamat' adalah suatu yang terpenting dalam amalan pemanduan.



"Bila pemandu selamat dan kenderaan juga berkeadaan selamat, ia merupakan salah satu penyumbang kepada meningkatnya pendapatan syarikat. Kurang kemalangan bermakna tuntutan insurans yang lebih sedikit dan kurang downtime. Yang paling penting, apa-apa kemalangan dielakkan juga bermakna jalan raya adalah lebih selamat untuk pengguna lain", katanya.

Beliau yang juga editor MIBTC , turut menyeru industri dapat bersama membuat satu usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan.


"Jika kita boleh mencapai itu, kita semua menang", tambahnya lagi.



Penganjuran kali ini turut melibatkan lebih 80 peserta pameran tempatan serta antarabangsa dan menampilkan pelbagai program sampingan.

Selain memaparkan sebuah ekspo yang menakjubkan, MIECC dilihat bagaikan platform eksklusif apabila berkampungnya pengeluar serta para pembekal terkemuka dunia selain menyaksikan banyak pameran produk seperti Smart Lite, Volvo, Scania, dan TUV


Pengunjung juga dihidangkan dengan pameran produk-produk berjenama antarabangsa seperti Brianza Plastica dari Itali, Lamilux Composites dari Jerman dan Alcoa Wheel Products Asia.



Untuk kemudahan pengunjung ke pusat ekspo, bas ulang-alik disediakan bagi mereka yang datang dari pusat bandar Kuala Lumpur dan Kapar.

MIBTC 2015 dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 7 malam dan masuk adalah percuma kepada pelawat perdagangan.

Kebocoran antara punca 'Eurocopter Dauphin' jatuh di Semenyih.- Datuk Seri Liow Tiong Lai


DATUK SERI LIOW menunjukkan gambar rajah
Eurocopter Dauphin AS365 N3 pada sidang media
di Putrajaya, kelmarin 

Berlaku kemungkinan dimana juruterbang lalai dalam menjalankan tanggungjawab bagi memeriksa pesawatnya setelah mendapati sesuatu yang luar biasa berlaku sepertimana diwajibkan pada prosedur keselamatan standard (SOP) sebelum berlepas.

Hasil siasatan awal mendapati helikopter Eurocopter Dauphin 9M-IGB yang jatuh terhempas hingga mengorbankan bekas ahli parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan lima individu lain berpunca ujud kerosakkan pada helikopter yang digunakan.

Tumpahan minyak yang berlebihan dan kebocoran pada lubang roda pendaratan kiri dapat dikesan di atas rumput kira-kira 10 meter ke hadapan tempat pendaratan apabila juruterbang menaikkan semula helikopter untuk terbang selepas mendarat di sebuah sekolah di Muadzam Shah, Pahang, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Khamis.

Rekod audio yang diperoleh menunjukkan bahawa juruterbang berasa khuatir tentang kebocoran apabila mendapati keluarnya cecair yang berlebihan di bahagian hidraulik.

Datuk Liow berkata, siasatan mendapati, juruterbang pesawat tidak membuat sebarang panggilan kecemasan kepada ATC dalam tempoh antara 4.31 petang hingga 4.52 petang sebelum helikopter lain yang berada berdekatan membuat panggilan radio ke ATC dan menyatakan helikopter malang itu membuat penurunan curam dan terhempas.

Hasil siasatan juga turut mendedahkan terdapat kesan roda di bahagian kiri terbenam kira-kira 20 inci ke dalam tanah lembab ketika pendaratan.

Keadaan itu turut memungkinkan bahagian ekor bawah fenestron penstabil mendatar sebelah kiri helikopter dan sirip menegak disyaki mengalami kerosakan teruk pada penstabil hingga helikopter jadi condong kira-kira 13 darjah ke kiri.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Pengarah Operasi DCA yang juga ketua siasatan nahas, Datuk Yahaya Abdul Rahman.

Sementara itu, Yahya berkata, siasatan mendapati, kemungkinan sirip penstabil kiri helikopter tertanggal daripada pesawat beberapa saat menyebabkan helikopter berkenaan terjunam.

Menurutnya, sehingga kini, pasukan penyiasat masih gagal menemui serpihan berkenaan, malah penemuan sirip penstabil itu penting bagi menentukan sama ada ia rosak akibat hentakan awal ketika mendarat di padang sekolah atau kegagalan mekanikal lain.

13 May 2015

JAJARAN LRT3 : Orang ramai dipelawa ke Sesi Pemeriksaan dan Maklum Balas Awam.



Memahami keperluan orang ramai dan bilangan penduduk yang tinggal di Lembah Klang semakin meningkat, Prasarana Malaysia Bhd telah mengambil langkah proaktif dengan memulakan pembinaan Light Rail Transit Line Tiga (LRT 3) pada suku pertama 2016, setelah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa agensi kerajaan tempatan serta persekutuan iaitu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan lain-lain.

Cadangan Projek LRT 3 bernilai 9 billion akan menghubungkan Koridor Barat Lembah Klang ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur dan akan disepadukan dengan data sedia ada dan rangkaian pengangkutan awam di masa hadapan.

Kini, cadangan pembinaan projek LRT3 itu sudah memasuki fasa berikutnya iaitu paparan kepada awam dan respon serta maklumbalas umum. Sesi pemeriksaan awam turut diadakan di 7 buah lokasi terpilih selama tempoh 3 bulan bermula 15 Mei 2015.


Pengarah Urusan Prasarana Azmi Abdul Aziz berkata paparan awam untuk mengumpulkan maklumbalas akan diadakan termasuk sesi pemeriksaan awam di lokasi terpilih dari 15 Mei-14 ogos (3 Bulan) yang selaras dengan Seksyen 84 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Cadangan laluan jajaran sepanjang 36 kilometer (km) bersama 25 buah stesen akan dipamerkan dan pelbagai perkara akan dipaparkan untuk makluman umum. Ia termasuklah dengan butiran projek, rancangan pengambilan tanah dan ciri² stesen bagi LRT3 ini.

"Orang ramai digalakkan untuk mengambil peluang ini untuk memberi maklum balas yang membina kepada rancangan bagi membangunkan LRT 3 ini." katanya.

Beliau turut menjelaskan dimana input daripada orang ramai amat penting dan akan dianalisis oleh Prasarana seterusnya akan dikemukakan kepada SPAD untuk penilaian,

Jadual & Lokasi Sesi Pemeriksaan Awam
Antara lokasi ditetapkan bagi sesi pemeriksaan awam ialah di pejabat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat di KL Sentral, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Shah Alam, Shah Alam dan pejabat Majlis Perbandaran Klang, Klang serta termasuk di tiga lokasi stesen LRT iaitu Stesen Kelana Jaya, Masjid Jamek dan Pasar Seni," katanya.

Kepada yang berminat untuk turut sama meninjau cadangan jajaran dan mencari maklumat berkenaan projek mega kerajaan ini, boleh terus ke laman web di alamat www.lrt3.com.my bermula 15 Mei ini.

12 May 2015

JDT juara Kumpulan F (AFC League)


Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) melengkapkan aksi terakhir kumpulan F Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dengan bergaya setelah membenam wakil Singapura, Balestier Khalsa FC 3-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, malam tadi.

Kemenangan tersebut menyaksikan skuad 'Harimau Selatan' muncul juara kumpulan F dengan kutipan 15 mata daripada enam perlawanan.

Pasukan JDT yang sudah mengesahkan kejayaan lebih awal ke pusingan kedua pada 28 April lepas, terpaksa menunggu pada minit ke-75 untuk membuka tirai jaringan menerusi Mohd Safee Sali hasil tendangan percuma Mohd Nazrin Mohd Nawi.

Skuad kendalian jurulatih dari Argentina, Mario Gomez itu menambah jaringan kedua pada minit ke-85 menerusi perancang tengah, Safiq Rahim yang memanfaatkan hantaran lintang Mahalli Jasuli.

Penyerang import JDT, Luciano Gabriel Figueroa mengesahkan kemenangan skuad 'Harimau Selatan' pada minit ke-89 selepas percubaan beliau terkena pemain pertahanan pelawat sebelum menerjah jaring.

JDT dijadual bertemu naib juara kumpulan H pada pusingan kedua di gelanggang mereka pada 27 Mei ini.

Kelab Liga Super Indonesia, Persib Bandung dan Ayeyawady United FC dari Myanmar akan membuat perhitungan di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung, Rabu, bagi menentukan juara dan naib juara kumpulan H.

Dalam pada itu, wakil dari Hong Kong, Kitchee SC berjaya mengiringi JDT ke pusingan kedua kejohanan dengan kutipan 11 mata walaupun seri 2-2 menentang kelab dari India, East Bengal pada satu lagi perlawanan kumpulan F di Stadium Mongkok, Hong Kong.
- Sumber

SPAD : Tiket Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura RM 400 (S$ 148)


Sebelum ini, banyak terdengar desas-desus serta pendapat tentang had kadar tambang yang akan ditetapkan kepada penumpang bagi menaiki kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang dijangka beroperasi pada tahun 2020, nanti.

Tentu sekali ramai meramalkan, harga yang tinggi akan dikenakan terhadap pengguna. Hingga ada khabar angin menganggarkan harga tiket yang akan dikenakan antara RM600 sehingga RM800 kepada setiap penumpang.

Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal
Ketua Pegawai Eksekutif SPAD
Baru-baru ini, menurut kenyataan pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang di petik daripada MalayMail Online berkata, Malaysia sedang mengkaji had kadar tambang kereta api berkelajuan tinggi (HSR) perkhidmatan baru yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Singapura di bawah RM400 (S $ 148) untuk tiket pergi balik.

"Harga tiket, akan berpatutan bagi menampung setiap sudut pasaran, termasuk perniagaan dan para pelancong." kata Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal.

"Bagi melaksanakan projek HSR itu, kami menjangkakan purata harga yang lebih rendah sehingga kurang dari RM200 untuk satu perjalanan. Walaupun pulangan pelaburan akan mengambil masa yang lebih lama, pengendali akan mempunyai beberapa pilihan untuk mendapatkan balik pelaburannya dalam projek ini," jelas beliau.

Tambahnya lagi, HSR dijangka akan merancakkan sektor pelancongan tempatan kerana para pelancong boleh ditawarkan lawatan ke Malaysia dan Singapura sebagai satu pakej.

Dengan kelajuan unjuran 350-450 km/h. Ia dijangka dapat mengurangkan masa perjalanan dari Jurong East di Singapura ke ibu negara Malaysia Kuala Lumpur kepada 90 minit, berbanding dengan 5 jam melalui jalan raya atau 7 jam melalui perkhidmatan rel konvensional yang sedia ada.


Kereta api berkelajuan tinggi (HSR) akan menjadi perkhidmatan baru yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Singapura itu turut singgah di beberapa stesen di Malaysia seperti Nusajaya, Batu Pahat, Muar, Ayer Keroh, Seremban dan stesen perhentian terakhirnya di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Namun, bagi yang mengutamakan waktu perjalanan yang pantas dan cepat. Tentu sekali akan memilih sistem perkhidmatan keretapi laju (HSR), lebih lagi bila kadar tambang yang akan ditetapkan nanti pada kadar yang mampu dan berpatutan.


SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.