GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

23 May 2015

PELARIAN ROHINGYA : PLKN sedia beri dua kem untuk perlindungan sementara - Datuk Seri Hishammudin



Langkah persetujuan Kerajaan Malaysia baru-baru ini bagi menyediakan bantuan kemanusiaan serta tempat perlindungan sementara kepada ham­pir 7,000 pe­larian etnik Rohingya dan Bangladesh yang masih tersadai di perairan antarabangsa berdekatan dianggap sebagai satu tindakan yang amat munasabah dan sepatutnya.

Dalam satu kenyataan kelmarin, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, Malaysia dan Indonesia bersepakat untuk membantu tujuh ribu warga asing termasuk dari etnik Rohingya yang masih mencari tempat perlindungan.

Menurut beliau, kedua-dua negara telah mencapai persetujuan dengan memberikan perlindungan sementara di kawasan yang sesuai dalam tempoh masa setahun.

Selaku Pengerusi ASEAN, tentu sekali krisis ini takkan dibiarkan dan harus kita
 ­ta­ngani sebelum me­ngundang ke­mu­daratan tehadap pelarian terbabit.

Antara usaha terkini, dua Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) bakal dijadikan penempatan sementara bagi etnik pelarian Rohingya.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudin dalam akaun mikro twitter miliknya. Namun demikian, DS Hishammudin tidak mengumumkan kem mana akan digunakan sebagai penginapan interim bagi etnik ini.

Keperihatinan pihak PLKN dalam menyediakan bantuan penempatan itu, tentunya akan meringankan kesengsaraan hidup kumpulan pe­larian itu untuk jangka masa pen­dek sebelum jalan penyelesaian yang sesuai ditemui.




Pada 10 Mei lalu, negara telah dikejutkan dengan berlakunya penahanan seramai 1,158 pendatang tanpa izin Rohingya dan Banglades selepas bot mereka mendarat secara haram di Langkawi dan angka itu dilaporkan paling besar setakat ini.

Ada mengatakan, mereka mendarat di Malaysia selepas Thailand mengambil langkah memerangi sindiket pemerdagangan manusia secara besar-besaran selepas menemukan lebih 30 mayat di sebuah kawasan perkuburan di selatan negara itu, awal bulan ini.


Dari sumber Jabatan Imigresen, pada masa ini terdapat seramai 13,321 tahanan di 12 depot tahanan imigresen di seluruh negara, dan daripada jumlah itu, 4,531 adalah terdiri daripada etnik Rohingya manakala 1,466 lagi Bangladesh.

Bagaimanapun Perdana Menteri berkata, demi kedaulatan negara, kita tidak boleh membenarkan orang luar masuk ke sempadan kita dengan sesuka hati dan begitu mudah.
Namun atas dasar kemanusiaan dan belas kasihan setelah melihat keadaan pelarian Rohingya, lebih-lebih lagi kanak-kanak yang merana akibat kelaparan, kehausan dan keletihan, beliau telah mengarahkan operasi menyelamat dilakukan di perairan negara.

Berikut saksikan kenyataan Perdana Menteri berikutan isu kebanjiran pelarian Rohingya masuk ke perairan negara, baru-baru ini.



PAS vs DAP : Tak putus-putus lagi ke?


PAS bersedia untuk menamatkan hubungan dengan DAP, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal berita pada Jumaat.

Laporan itu berkata, ini kerana DAP mewujudkan kabinet bayangan tanpa penglibatan parti Islam yang menjadi rakan sekutu dalam pakatan pembangkang.

Selain itu Presiden PAS itu turut menyifatkan DAP hanya 'cakap kosong' dan tidak realistik kerana Kabinet bayangan perlu mengambil kira pelbagai perkara dalam perlembagaan negara dan bukan sekadar kepentingan kelompok tertentu.

"Dia (DAP) nak putus, putus lah, saya kena berpijak di bumi Malaysia, bumi Malaysia ini bumi masyarakat majmuk.

"Kita sudah ada dewan-dewan himpunan, NGO-NGO bukan Islam pun banyak," katanya ketika ditemui pemberita di Marang selepas solat Jumaat tengah hari tadi.

Tambahnya, DAP bukan satu-satunya parti yang mewakili bukan Islam di negara ini.

..............................................................................................
#MP:
Hal putus-memutus PAS dan DAP ni, sebenarnya dah lama jadi bualan ramai... Tapi sampai sekarang, apa pun tarakkk oiii! Cakap je lebih... 
Antaranya KLIKSINI.


22 May 2015

#RMK11 : "Harap lebih ramai penduduk kampung mampu mengubah kehidupan" - Datuk Dr. Wee Ka Siong.



RMK 11 merupakan rangka tindakan bagi Malaysia sebagai perkembangan besar dalam tempoh lima tahun akan datang menuju cita-cita Wawasan 2020, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri  Datuk Dr Wee Ka Siong, semalam.

Datuk Dr Wee Ka Siong antara pemimpin yang awal mengulas tentang RMK11 yang dibentangkan YAB Perdana Menteri.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Najib atas pengumuman RMK11 itu yang mana mampu memacu negara ke hadapan berpendapatan tinggi.


Antara lain, pendapat beliau juga telah diterima apabila YAB. Perrdana Menteri bersetuju untuk terus memberi perhatian kepada Kampung Baru Cina terutamanya dalam bentuk Program Skim Pinjaman Khas Kampung Baru Cina untuk membantu 607 penduduk Kampung Baru Cina memulakan perniagaan.

Program yang dilancarkan sejak 2011 ini telah memberi manfaat kepada masyarakat Cina sehingga 2014. 

Datuk Dr. Wee dalam kenyataan tersebut berharap lebih ramai penduduk kampung mampu mengubah kehidupan mereka melalui perniagaan selepas ini.

Apa yang dilakukan Datuk Seri Najib sekarang ini berada pada landasan sebenar.

"Beliau tidak sesekali meminggirkan bangsa lain dalam mengecapi pembangunan lebih mapan menuju 2020," tambah Datuk Dr. Wee.

Keadilan sosial merupakan suatu faktor tumpuan bagi memberi penilaian dalam membantu rakyat yang benar-benar layak dibantu. Antaranya ialah BR1M.

"BR1M telah memberi sedikit kenikmatan bagi mereka yang benar-benar memerlukan", kata beliau lagi.

Intipati Ucapan Perdana Menteri KLIKSINI

Di bawah ini juga antara butir-butir penting yang dibentangkan YAB PM, semalam seperti berikut:

BUTIR-BUTIR PENTING DALAM RMK11 BERTEMAKAN PERTUMBUHAN BERPAKSIKAN RAKYAT

Purata Pendapatan Isi Rumah B40 digandakan lebih RM5,000 menjelang 2020

Kerajaan akan bina 3,000 km jalan berturap lagi di luar bandar (2016-2020)

Lebih RM3 bilion turut diluluskan untuk Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar yang akan beri impak kepada hampir 40 ribu rumah

Kerajaan akan mewujudkan Malaysia Vision Valley seluas 108,000 hektar merangkumi Nilai,Seremban dan Port Dickson.Ia akan lengkapi pertumbuhan Lembah Kelang..

Lebih RM10 bilion akan diluluskan bagi membekalkan air bersih & terawat melalui Projek Bekalan Air Luar Bandar

Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera akan terus jadi agenda nasional. Peratus bumiputera kpd populasi negara kini adalah 68%.

Pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP untuk melabur dalam Amanah Saham Bumiputera 2 akan dilancarkan, tertakluk kepada syarat penabungan minima.

2 hospital di Sabah iaitu Hospital Tawau dan Hospital Kota Marudu serta Hospital Miri di Sarawak akan dinaiktaraf.

6 hospital baru akan dibina di Kemaman, Bentong, Baling, Pendang, Pasir Gudang dan Maran.

165 buah Klinik 1Malaysia akan dibina dengan kos sebanyak RM33 juta.

Dalam tempoh RMK10, 74,300 rumah mampu milik telah dibina oleh sektor swasta. Di bawah RMK11, 653k unit akan dibina juga oleh pelbagai pihak

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan atau ASWARA akan dinaiktaraf daripada tahap akademi kepada status universiti

RM1 bilion akan diperuntukkan kepada Tabung Pembangunan Kemahiran, berbanding RM500 juta pada tempoh Rancangan yang lalu

Pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP untuk melabur dalam Amanah Saham Bumiputera 2 akan dilancarkan,...

Sekurang-kurangnya 80 sekolah baru akan dibina di seluruh negara. Antaranya, 2 di Perlis, 2 di Melaka, 5 di Sabah dan 5 di Sarawak

Projek Rancangan Tebatan Banjir: Krjn akan melaksanakan RTB Sg Kelantan secara bersepadu melalui pembinaan empangan Nenggiri & Lebir

Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang 2,239 kilometer yang sedang dibina, akan meningkatkan hubung-jalin di Sabah dan Sarawak .

Lebuh Raya Pantai Barat yang dijangka siap pada 2019, akan menyediakan akses yang lebih baik kpd penduduk pantai barat di Perak dan Selangor .

Projek Landasan Berkembar Gemas-Johor Bahru dengan jarak 197 kilometer akan dilaksanakan

KV MRT Laluan Sungai Buloh ke Kajang, Laluan Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya dan LRT3, kesemuanya akan berlangsung dalam RMK11

Isi rumah di ibu negeri dan kawasan pertumbuhan berimpak tinggi, akan dapat akses perkhidmatan jalur lebar berkelajuan 100 megabit sesaat .

Di kawasan pinggir bandar dan luar bandar pula akan dapat akses perkhidmatan jalur lebar 20 megabit sesaat.

Loji2 janakuasa elektrik baharu untuk menjana 7,626 MW akan dibina dengan anggaran kos pelaburan RM28b, mewujudkan 35k peluang pekerjaan

Projek infra utama yang akan dilaksanakan dalam Rancangan ini termasuklah pembinaan lapangan terbang Mukah dan Lawas di Sarawak

Dalam #RMK11, Kerajaan mensasarkan pendapatan purata isi rumah B40 meningkat kpd lebih RM5,000 sebulan pada tahun 2020 drpd RM2,500 (2014)

KL, JB, Kuching dan Kota Kinabalu telah dikenal pasti utk melonjak pertumbuhan ekonomi, akan merangka pelan induk persaingan masing-masing.

#FGVH : FELDA bentuk satu lagi hasil untuk warganya... Pembangkang bikin apa?


Di saat, saham Felda Global Venture Holding (FGVH) sedang merosot disebabkan keadaan semasa global yang tidak memihak kepada industri sawit dan bukan kerana salah urus sepertimana dakyah dan tohmahan pembangkang, kebelakangan ini.

Anak syarikat FGVH yang juga pengeluar minyak sawit mentah terbesar dunia, FGV Applied Technologies (FGVAT) telah mencetuskan satu lagi inovasi terbaru dimana tandan buah kelapa sawit yang sebelum ini hanya dibuang atau dibakar akan dicipta menjadi 'Palet' sebagai sumber bahan api yang lebih berharga dan bakal menjadi sumber pendapatan baru bagi Felda Global Venture (FGV), pada masa akan datang.

Bagi program penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk menghasilkan 'Pelet' sebagai bahan api berkualiti tinggi dengan mengguna pakai teknologi TORWASH ECN pada tempoh selama 18 bulan itu. FGVH diwakili anak syarikatnya, FGV Applied Technologies (FGVAT) telah mengikat perjanjian kerjasama dalam satu majlis menandatangani MOU dengan Pusat Penyelidikan Tenaga Belanda (ECN), kelmarin

GAMBAR BERSAMA: DARI kiri,

Ketua Kounsil FGVH Abu Bakar Isa Ramat, Palaniappan, Presiden dan Ketua Pegawai
Eksekutif FGVH Mohd Emir Mavani Abdullah, Ketua Pegawai Operasi ECN Robert Kleiburg,
Pengarah Urusan ECN China Levien de Legé dan Ketua Pegawai Eksekutif FGVAT
Syed Salim Syed Ali di Majlis menandatangani perjanjian kerjasama FGVH-ECN
di Kuala Lumpur, kelmarin.



Sepertiman kenyataan Ketua R&D dan kelompok Perkhidmatan Agri FGV, S Palaniappan, dengan teknologi TORWASH itu, ia boleh mengubah tandan kosong kepada 'Palet' sebagai bahan bakar berkualiti tinggi yang dikatakan boleh menghasilkan tenaga letrik.

"Bahkan teknologi yang sama juga boleh digunakan bersama dalam loji tenaga arang batu." ujar S Palaniappan,

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi ECN Robert Kleiburg berkata, teknologi yang mereka bangunkan masih perlu melalui demonstrasi pertama. 



Oleh itu, perkongsian dengan FGV sangat penting untuk bekerjasama dengan FGV bagi memastikan demonstrasi ini berjaya,” jelasnya lagi.

"Perolehan global industri tenaga masih boleh diperbaharui dan terbukti dengan pertumbuhan perolehan global sebanyak AS$40 bilion pada 2004 dan terus menunjukkan peningkatan yang amat besar mencecah AS$300 bilion pada tahun lalu," tambahnya.

Apa yang pasti, dengan adanya teknologi pembuatan 'Pelet' untuk bahan api ini, ia tentunya akan meningkatkan nilai tambah industri sawit negara, kelak.




FGVH turut menjangkakan potensi pasaran yang besar untuk pelet bahan api berkualiti tinggi ini dan untuk permulaan, ia mengintai peluang untuk menembusi Korea Selatan dan Jepun dengan permintaan untuk pelet bahan api, terutama bagi tenaga alternatif mesra alam dan rendah karbon yang semakin meningkat penggunaannya diperingkat antarabangsa.

Selari dengan aspirasi global FGVH untuk mewujudkan produk biomas yang lebih mapan dan menguntungkan, sebuah kilang perintis TORWASH akan dibina di kilang Pusat Teknologi Biomas (MBTC) berdekatan dengan Kompleks Penyelidikan PPTR FGV di Tekam, Pahang.

Kilang yang bakal dibina ini dijangka bakal menjana kira-kira RM10 juta bagi setiap kilang dalam tempoh setahun. 


Siapa sangka tandan buah kelapa sawit yang sebelum ini hanya dibuang atau dibakar ini akan di ubah menjadi sumber bahan api ataupun 'Palet' yang lebih berharga dan bakal menjadi sumber pendapatan baru bagi Felda Global Venture (FGV).

Menerusi program ini dipahamkan, semua Harta Intelek (IP) dan kajian yang dihasilkan akan menjadi hak milik bersama FGVH dan ECN.- Sumber

..............................................................................................
#PENDAPAT MP: 
Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan dan FELDA tidak duduk daiam usaha mencorak masa depannya apabila terbentuk satu lagi inovasi terbaru dimana memberi nilai tambah pada industri sawit melalui industri hiliran dengan menghasilkan 'Palet' berasaskan tandan kosong yang selama ini terbuang begitu saja... Kejayaan ini, tentu sekali dapat membantu meningkatkan pendapatan pemain industri sawit negara, khususnya warga FELDA.

Ia jauh sekali kalau nak kita bandingkan dengan tingkah laku puak-puak parti pembangkang yang hanya sentiasa kesana kemari menyalak menghasud rakyat dengan fitnah dan dakyah. Habuk pun takde!

Kononnya nak menyelamatkan masyarakat FELDA... Apa yang nak diselamatkannya?


20 May 2015

TUN M : "Bila orang terima BR1M, mereka suka.." kata Setiausaha Agung MCA


Sejak dari awal pelaksanaan skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hinggalah hari ini, mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad tidak henti-henti menunjukkan tentangannya terhadap skim itu dengan mengemukakan pelbagai kenyataan dan alasan.

Baru-baru ini juga, beliau  mendakwa pemberian BR1M turut memalaskan rakyat.
   Antara yang terkini, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam program Bicara Negara di Ipoh, kelmarin sekali lagi membangkitkan isu BR1M dengan satu kenyataan mendakwa masyarakat Cina tidak menyukai pemberian wang tunai di bawah skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan oleh kerajaan itu.

Namun, dakwaan tersebut ditolak pihak MCA dan menganggap ianya suatu pandangan yang tidak berasas.

Setiausaha agungnya Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, Dr Mahathir perlu memberikan fakta di sebalik dakwaaannya kerana belum ada orang Cina yang menzahirkan rasa tidak gembira dengan BR1M.

"Ini pandangan yang tiada sokongan asas, kerana jika berkata demikian, perlu ada angka kata orang suka. Saya rasa ini saja cakap Dr Mahathir." kata Datuk Seri Ong.

"Kalau hendak menjadikan kenyataan ini benar, perlu disokong dengan angka," tambah beliau ketika ditemui media di Ibu Pejabat MCA di Kuala Lumpur,semalam.

Berhubung dakwaan dimana pemberian BR1M itu satu rasuah, beliau berkata sebagai pemimpin MCA, beliau belum pernah mendengar cakap dari kaum Cina mengatakan ianya satu rasuah.

"Saya tidak pernah dengar cakap-cakap (rasuah) sedemikian daripada penerima. Orang yang tidak terima boleh cakap macam-macam. Orang yang menerima, saya tidak pernah dengar mereka kata itu rasuah.

"Orang yang terima, pandangannya tepat. Orang yang tidak terima mungkin iri hati. Itu tidak tepat. Tanya pada orang yang menerima.

"Ia menjadi satu mekanisme bagi menangani kos sara hidup, BR1M bukan sahaja di amalkan di Malaysia... Tetapi juga di negara maju seperti Hong Kong dan Taiwan juga buat."

Tujuannya sama, untuk ekonomi aktif,” katanya.

Berbalik kepada soal penerimaan BR1M oleh kaum Cina yang layak, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata...

"Bila orang terima BR1M, mereka suka.... Contohnya di kawasan saya, tahun pertama saya serah dengan tangan saya, semua terima, semua suka. Itu pandangan saya," jelasnya yang juga ahli Parlimen Tanjung Malim.



SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.