#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

15 April 2013

#PRU13 : PAS terdesak, guna pelajar bawah umur. KLIK baca ni!



Terdesak meraih undi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini, Pas sanggup untuk mengunakan pelajar-pelajar pondok di negeri ini bagi membantu mereka berkempen dalam usaha menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Di hadapan kira-kira 2,000 pelajar pondok dari negeri ini yang rata-ratanya berumur antara 12 sehingga 18 tahun yang tidak sepatutnya lagi dilibatkan di dalam politik, Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohammad Daud semasa berucap pada program Ijtimak Ulama dan Guru-guru Pondok di sini malam tadi menyeru kepada mereka supaya berusaha dari sekarang untuk menjatuhkan BN seperti mana yang berlaku di negara-negara Arab sebelum ini.

"Kita berkumpul ini bertujuan untuk menjatuhkan BN, kalau kita hendak jatuhkan BN kita kena berusaha dari sekarang. Semua pelajar pondok ini balik ke rumah nanti kena usaha kempen kepada orang kampung dan ibu ayah masing-masing.

"Cukuplah 50 tahun lebih BN memerintah, kita balik kampung syarah kepada orang kampung, kalau takda maklumat boleh minta kepada Ketua Penerangan Pas Kelantan, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan.

"Cukuplah undi BN, pilihan raya inilah kita nak undi Pas dan pakatan pembangkang dan hendak tawan Putrajaya. Kalau kita tidak boleh tawan lagi tidak tahu arah lah.

"Hok(yang) muda ini kena berusaha bersungguh-sungguh," katanya sambil disambut laungan takbir oleh pelajar-pelajar pondok berkenaan.

Antara yang hadir pada program berkenaan adalah Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS negeri, Hassan Mahmod.

Sementara itu, pada program yang sama, sebanyak 20 pondok negeri ini termasuk para pelajarnya telah membuat deklarasi yang diantaranya menyokong kerjasama atau tahaluf siyasi Pas dengan rakan pembangkang termasuk DAP sebagai pendekatan terbaik dalam menumbangkan BN pada pilihan raya ini.

Deklarasi yang dibacakan oleh Setiausaha Pusat Pembangunan Pondok Berhad, Ustaz Ahmad Shairazi Atiqullah itu turut menyokong penuh pakatan pembangkang dalam usaha mengambil alih Putrajaya.

Katanya, antara lain, adalah untuk menyokong sepenuhnya mengekalkan Kerajaan Pas Kelantan dalam dasar membangun bersama Islam dan menyokong menuntuk hak royalti minyak di negeri ini.

TERDESAK meraih undi pada PRU-13, Pas sanggup menggunakan pelajar-pelajar pondok ketika Perhimpunan Ijtimak Ulama dan Guru-guru Pondok Kelantan anjuran Dewan Ulama Pas Negeri Kelantan di Kota Bharu semalam, bagi membantu mereka berkempen dalam usaha menjatuhkan BN. - UTUSAN/IRWAN MAJID

ARTIKAL BERKAITAN KLIK URL DIBAWAH:
http://maelpengerang.blogspot.com/2013/04/tolakpr-pru13-adalah-haram-bagi-umat.html

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.