.KITA SOKONG GERAKKAN 153.

Wednesday, September 3, 2014

Johor Bangunkan Hab Institut Kemahiran- @khalednordin


Didalam amanat YAB. Menteri Besar Johor dihadapan lebih 2,000 penuntut baharu yang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi kemasukan sesi 2014/201, semalam. Johor akan membangunkan sebuah institut kemahiran di Bandar Tenggara sebagai salah satu usaha melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dan separa mahir yang diperlukan negara.

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, institut berkenaan akan dibina di atas tanah seluas 202.34 hektar bermula tahun depan. Antara bidang yang menjadi fokus bagi merealisasikan penubuhan institut tersebut adalah minyak dan gas, hospitaliti dan kejuruteraan.
 

Menurut beliau lagi, perkara ini memang ada dalam perancangan kerajaan negeri. Johor memang ingin mewujudkan sebuah hab institut kemahiran. Perancangan mengenainya sedang dilakukan dan apabila semuanya lengkap, ia akan umumkan nanti.

Pembinaan institut kemahiran berkenaan juga akan melibatkan kerjasama dengan beberapa pihak dari dalam dan luar negara. Antara negara yang bersedia bekerjasama dalam membangunkan hab institut kemahiran itu adalah Jerman, United Kingdom, Jepun dan Australia.

"Hab institut kemahiran ini adalah berbeza dengan (konsep) di Educity kerana institusi pengajian yang dibina di sana adalah berasaskan akademik," tambah Menteri Besar.

"Kita masih dalam proses merancang dan mencari mekanisme terbaik bagi pelaksanaannya dan apabila semuanya selesai, kita akan umumkan," katanya.


Turut hadir
pada majlis Minggu Mesra Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 2014, semalam, ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Md. Jais Sarday dan Naib Canselor UTM, Prof. Dr. Ir. Wahid Omar.
Reactions:

3 comments :

  1. SYUKUR ALHAMDULILLAH dgn. projek Hab Inst. Kemahiran ini - harapnya BUMIPUTERA yg. MISKIN diberi keutamaan.

    Tapi, harapnya juga, K'jaan Johor (dan seluruh Malaysia ini) tolong henti bangunkan industri perumahan mewah sama sekali terutamanya yg. diBOIKOT oleh warga asing dan Pendatang, termasuk dari Singapura.

    Bayangkanlah jenerasi muda BUMIPUTERA pd. masa depan yg. tak dak tanah atau mampu beli rumah, walau berpendidikan tinggi - sedgkan warga asing/Pendatang dapat bergembira duduk kat TANAH PUSAKA KITA nenek moyang kita. Pptutnya HAPUSkan saja program Rumah Keduaku! Lihat peningkatan PERAMPASAN tanah pusaka BUMIPUTERA Islam Palestin oleh si ZIONIS/Israel/JAHANAM - kerana TANAH adalah ASET/WARISAN yg. paling penting utk. penguasaan politik/ekonomi/sosial (yg. termasuk penyambungan tradisi nenek moyang kita)!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Kesultanan Islam-Melayu (yg. berjuang demi ISLAM/umatnya yg. miskin-tertindas), Bahasa Melayu, hak BANGSA BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari PELBAGAI bangsa yang hormat ISLAM, dan bangsa dan hak Bumiputera [BUMIPUTERA juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation peoples/Tribal peoples – maka istilah “(SATU) BANGSA Malaysia“ sebenaqnya adalah PALSU].

    ReplyDelete
  2. Tak guna kita bangga ada pendidikan tinggi jika kita terpaksa MEREMPAT/MENGEMIS kat bumi PUSAKA nenek moyang kita sendiri! PENDIDIKAN mesti seiring dgn. PEMILIKAN TANAH/RUMAH utk. setiap BUMIPUTERA termasuk anak-cucu di masa hadapan - mesti diperjuangkan habis-habisan! Aku cadangkan BANK TANAH/RUMAH BUMIPUTERA - yg. mesti bantu setiap BUMIPUTERA miskin/pertengahan tanpa sebarang cagaran utk. memiliki tanah atau rumah kos rendah/sederhana.

    Lihat perjuangan MULIA utk. BUMIPUTERA oleh KP UMNO WP, nak Razlan ni (patut menggantikan saja si mamat-kari-LIBERAL yg. makin memuakkan) di - http://riziqin.blogspot.com/2014/09/tanah-kerajaan-harus-dibina-rumah-mampu.html , Tanah Kerajaan Harus Dibina Rumah Mampu Milik Bukannya Atas Tanah Pemaju @razlanrafii @BernamaTV @tengkuadnanreal @NajibRazak , September 3, 2014:

    Soal anak muda bandar untuk memiliki rumah di dalam bandar menjadi penanda aras sama ada seseorang itu berkemampuan dari segi ekonominya ataupun terhimpit dalam suasana hidup yang tidak memungkinkannya untuk bernafas lebih tinggi daripada paras lumpur yang hampir menutupi lubang hidung.

    Malam semalam, beberapa isi penting yang sempat dicatit semasa Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Rafii mengupas isu kekangan anak muda memiliki rumah di bandar dalam siaran secara langsung di BernamaTV.

    Antaranya beliau menggesa supaya pihak berwajib terutamanya kerajaan memperhalusi pelaksanaan yang memihak kepada golongan sasar terutama apabila ia mengambil aspek taraf hidup golongan muda. Kerana kebelakangan ini, kita lihat banyak projek² perumahan dibangunkan akan tetapi golongan sasaran masih gagal membeli rumah² ini.

    Salah satu sebabnya adalah kekurangan tanah yang semakin meruncing terutama sekali di bandaraya Kuala Lumpur. Pembinaan rumah² mewah diyakini tidak akan menyelesaikan masalah sosial dan masalah sara hidup golongan ini. Kerajaan harus menyediakan satu plan terbaik di mana ia boleh diklasifikasikan sebagai menang dan menang kepada kedua² pihak.

    Pihak kerajaan dicadangkan supaya menyediakan kawasan untuk dibangunkan oleh Pemaju di mana tanah tersebut tidak dibeli oleh Pemaju terlibat. Pemaju hanya perlu membangunkan kawasan tersebut dan hasilnya kelak rumah yang dibina akan mampu dimiliki kerana harga kos tanah telah ditanggung secara total oleh kerajaan & pembeli hanya perlu membayar harga kos pembinaan rumah sahaja.

    Peranan syarikat milik kerajaan, UDA Holding Berhad dicadangkan ditukarkan menjadi Perbadanan dan secara tidak langsung tanggungjawab dan objektif mereka membantu masyarakat Bumiputera mempunyai sekurang²nya 30% daripada kegiatan perdagangan dan perusahaan di semua peringkat dalam tempoh 20 tahun semenjak penubuhannya ketika era kepimpinan Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Razak akan berjaya dan membuahkan hasil yang baik untuk manfaat Bumiputera khususnya.

    Andai terdapat premis yang dikuotakan kepada Bumiputera dan tidak terjual, kerajaan digesa untuk tidak membukanya kepada kaum lain. Sebaliknya agensi² kerajaan seperti FELDA, Yayasan² serta NGO² Bumiputera perlu diberi tanggungjawab membeli premis berkenaan sebagai penyelamat hak bagi Bumiputera dan menjualnya kepada yang berkemampuan selepas daripada itu dengan harga yang sama.:::::

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  3. Sokong pendapat Mak Cik Sambal Belacan

    ReplyDelete

MINUMAN UNTUK KELUARGA

MINUMAN UNTUK KELUARGA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...