GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

RM2.6 wang 1MDB?

30 November 2011

PERSIDANGAN UMNO 2011: Pembangkang tunjuk tembelang ... Klik, lihat sini!

Parti-parti pembangkang mengambil kesempatan atas hakisan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum 2008 untuk menunjukkan tembelang mereka yang sebenar. 

Parti DAP tanpa segan silu membuat kenyataan demi kenyataan menghina Islam dan orang Melayu. Daripada soal kedudukan Raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, segala-galanya cuba dipertikai dan dirobek satu demi satu oleh parti DAP. 

Kemenangan DAP di Pulau Pinang dan kejayaannya mendominasi kerajaan pembangkang di Selangor, dan sebelum itu di Perak, seolah-olah memberikan lesen paling besar kepada parti paling rasis ini untuk menyerlahkan sikap cauvinis melampau. Mereka langsung tidak menghormati institusi Raja-raja Melayu, menghina pegawai-pegawai kerajaan yang majoritinya berbangsa Melayu, mencerca pasukan keselamatan dengan penghinaan yang keterlaluan, mempertikai institusi penguatkuasaan, menjatuhkan wibawa institusi kehakiman dan memperkuda sekalangan orang Melayu dengan tujuan mendapatkan kuasa bagi diri mereka sendiri. 

Tembelang DAP untuk menubuhkan sebuah negara republik dengan mengetepikan nilai, sejarah dan jati diri Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam sebagai Agama Persekutuan semakin jelas kelihatan. Masakan tidak, mereka berani mencadangkan supaya jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihan raya tanpa perlu dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong. Apa maknanya ini?

Maknanya, sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembangaan yang kita amalkan selama ini sudah tidak sesuai lagi dengan tembolok mereka untuk melahap kuasa.

Ketika umat Islam bangkit bersatu mempertahankan akidah umat daripada diruntuhkan oleh kumpulan yang berniat jahat, DAP dan konco-konconya, bertubi-tubi mempersenda umat Islam. Semakin nyaring suara umat Islam membela kesucian agama, semakin ghairah mereka menjalankan dakyah jahat ke atas umat Islam atas nama kebebasan beragama. Agenda mereka yang sebenar ialah ingin melihat perpecahan di kalangan umat Islam dan melaga-lagakan umat Islam dengan bukan Islam.

Parti DAP ini tidak pernah melihat apa-apa kebaikan yang ada pada orang Melayu dan Islam. Bagi DAP, walaupun ia mendakwa ia parti demokratik pelbagai kaum, ironinya dari dulu hingga sekarang DAP hanya dipimpin oleh kelompok tertentu daripada satu kaum saja. Atau lebih tepat lagi, dari keluarga tertentu dalam kelompok tertentu dari kaum tertentu saja. Namun kita yakin dan percaya DAP tidak mewakili keseluruhan suara kaum itu. 

Hari ini kita dengar DAP sedang giat memancing orang Melayu untuk menyertai parti itu. Mereka ditawarkan jawatan dalam parti dan dijanjikan menjadi calon dalam pilihan raya. Jika menang, mereka berpeluang dilantik sebagai ahli Exco atau Menteri Besar di negeri-negeri tertentu. Ganjarannya tampak sungguh lumayan.

Namun, orang Melayu mesti berwaspada. Jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP. Tujuan sebenar parti paling rasis ini bukanlah untuk memberi kuasa kepada orang Melayu, jauh sekali menyerahkan kepimpinan parti itu kepada orang Melayu. DAP hanya mahukan si Melayu yang malang ini menjadi kuda tunggangan yang kerjanya sekadar menjaga kepentingan cauvinis DAP. Orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP adalah pengkhianat bangsa. Janganlah jadi pembelot seperti Si Kitol. 

Janganlah jadi seperti tikus membaiki labu. Janganlah jadi seperti Pak Kaduk, menang sorak, kampung tergadai. Janganlah sudah terhantuk, baru terngadah. Jangan sampai nasi menjadi bubur. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. DAP sudah pasti bukanlah parti untuk orang Melayu dan Bumiputera. 

Begitulah juga dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR). PKR ini ketandusan agenda untuk orang Melayu dan Islam. PKR sebuah parti ultraliberal yang tiada asas moral dalam perjuangannya. Jika tidak, masakan orang yang sedang dibelenggu krisis kredibiliti yang serius terus diangkat memimpin parti itu secara tidak demokratik. Mana mungkin kedudukan agama, bangsa dan negara boleh dijaga oleh PKR jika yang diangkat menjadi pemimpin pun bergelumang dengan masalah kredibiliti.

Ringkasnya, PKR sebuah parti yang amat tenat. Hampir kesemua pengasas parti ini telah meninggalkan parti dan menyokong UMNO. Sudahlah tiada matlamat perjuangan yang jelas, retak dalam parti itu juga sedang menunggu belah. Masing-masing sedang menilik nasib Ketua Umum mereka. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. 

Yang mahu terus timbul, mereka menggunakan pelbagai cara untuk menyucikan Ketua Umum mereka. Yang petah berceramah menggunakan pentas Islam untuk menjaja pelbagai konsep fikah – daripada fiqh maqasid kepada qazaf – semata-mata untuk membela Ketua Umum mereka. 

Bagi yang berfikiran ultraliberal, mereka mengambil kesempatan atas kemelut moral yang berlaku untuk mewajarkan pelbagai amalan yang bertentangan dengan budaya masyarakat Timur atas nama kebebasan. Mutakhir ini, pemikiran pluralisme agama yang amat mengelirukan umat Islam juga cuba dimurnikan oleh golongan ini semata-mata untuk mewajarkan pemikiran Ketua Umum mereka yang semakin bercelaru.

Walaupun satu pihak dalam PKR menggunakan hujah agama manakala satu pihak lagi menggunakan hujah ultraliberal melampau, matlamat mereka cuma satu, iaitu mempertahankan Ketua Umum mereka. Dari satu segi, PKR dulu, kini dan selamanya tidak pernah berganjak daripada tujuan penubuhannya, iaitu mempertahankan seorang individu. Untuk itu syabas kita ucapkan kepada PKR, walaupun sebenarnya:
Hisap rokok dalam kelambu,
Terbit asap menjadi abu
PKR umpama golok kayu
Tetak tak lut gadai pun tak laku.


Lain pula halnya dengan PAS. Suatu ketika dulu, PAS begitu komited dengan agenda mendirikan negara Islam. Bagi mereka, Islam adalah ghayah atau matlamat dan PAS adalah wasilah atau alat untuk mencapai matlamat. Mereka begitu komited sehinggakan sanggup menuduh sesiapa saja yang tidak menyokong perjuangan parti itu sebagai kafir. Malah, UMNO dikatakan parti taghut kerana tidak menyokong agenda negara Islam acuan PAS. Akibatnya, umat Islam berpecah dan berbalah sesama sendiri lantaran fatwa songsang PAS. 

Saudara dan Saudari Sekalian,

Mutakhir ini, tak semena-mena PAS sudah tidak lagi memperkatakan tentang matlamat menubuhkan negara Islam. Tatkala sekali-sekala terpacul perkataan negara Islam dari mulut pemimpin PAS, berpakat-pakat pemimpin PKR dan DAP mengecam PAS. Bagi mereka, negara Islam bukanlah matlamat pakatan politik yang mereka bentuk. 

Anehnya, PAS tidak pula mengatakan PKR dan DAP sebagai parti taghut. Jauh panggang dari api, PAS sebaliknya mengangkat kedua-dua parti itu sebagai rakan sekongkol dan sekedudukan mereka. Negara Islam sudah tidak ada lagi dalam kamus politik PAS. Ternyata, tsunami politik yang melanda dalam pilihan raya umum lalu telah menghanyutkan istilah negara Islam dari kamus politik PAS. Bagi PAS, dalam menghadapi landskap politik baharu ini, sokongan DAP dan PKR lebih penting berbanding mempertahankan prinsip perjuangannya sendiri. 

Nampaknya, apa yang berlaku hari ini bukan PAS Ganti UMNO seperti yang dicanang oleh mereka. PAS takkan boleh menggantikan UMNO kerana UMNO tiada galang-ganti. Yang sebenarnya berlaku ialah DAP Ganti PAS. DAP bercakap mengenai Islam, PAS mengiyakan saja. Pemimpin DAP menyebut dua tiga patah ayat al-Qur’an walaupun salah, PAS mempertahankan. Pemimpin DAP menggelar dirinya Khalifah Umar Abdul Aziz, PAS memberi pengiktirafan. Pemimpin DAP berceramah, penyokong PAS bertakbir. Tetapi apabila PAS menyebut tentang Negara Islam, pemimpin DAP lah yang pertama sekali mengecam PAS. Dan apabila dikecam, PAS diam seribu bahasa. Apa maknanya ini? Maknanya, DAP lah yang memberi definisi kepada Islam yang dianuti oleh PAS. DAPlah yang menjadi penentu arah aliran Islam yang dibawa oleh Pakatan Pembangkang. Bukankah ini maknanya DAP menggantikan PAS? 

Untuk menutup kegagalan mereka mempertahankan kesucian Islam, PAS mengemukakan agenda Negara Berkebajikan. Kini, mereka mengatakan konsep Negara Islam tidak disebut dalam al-Quran, yang ada hanyalah Negara Berkebajikan. Malang bagi PAS kerana setelah puluhan tahun memperjuangkan negara Islam, tetapi akhirnya mengatakan konsep negara Islam tiada dalam al-Quran. Maknanya, selama ini PAS membohongi umat Islam dengan perjuangan palsu 

Walau apapun, kita hendak bertanya kepada PAS. Negara Berkebajikan bagaimana yang mereka ingin wujudkan? Yang kita tahu, bekalan air bersih pun tidak mampu mereka sediakan kepada rakyat Kelantan. Bukankah air adalah keperluan rakyat paling asas yang mesti dipenuhi oleh mana-mana kerajaan. Justeru, kita nak katakan kepada PAS, kalau bekalan air bersih pun tak dapat disediakan, janganlah simpan angan-angan hendak wujudkan Negara Berkebajikan. Selesaikan dulu masalah air di Kelantan, kemudian barulah bercakap soal Negara Berkebajikan. 

Sebenarnya PAS bukanlah beriya-iya benar hendak mewujudkan Negara Berkebajikan. Mereka sendiri pun tak faham apa maksud Negara Berkebajikan. Slogan Negara Berkebajikan hanyalah helah politik PAS untuk menutup kelemahan sendiri kerana tergadainya matlamat untuk mendirikan negara Islam. Apa yang penting bagi PAS, slogan Negara Berkebajikan boleh diterima oleh DAP.
Sumber & Petikan dari : TEKS UCAPAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN, TIMBALAN PRESIDEN UMNO DI MAJLIS PERASMIAN SERENTAK PERSIDANGAN PERWAKILAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO 2011

25 November 2011

RM100 UNTUK PELAJAR: Benarkah RM100 hanya 'lekat celah gigi'?


TULISAN Subky Latif dalam portal Malaysian Insider bertarikh 22 November 2011 bertajuk RM100 hanya terselit di celah gigi yang memperlekeh pemberian kerajaan kepada setiap murid sungguh tidak sensitif kepada keperitan rakyat jelata.

Pada saudara Subky, RM100 beliau boleh habiskan dengan hanya minum-minum dengan kawan-kawan sembang politik di Coffee House hotel 5 bintang.

Tapi bagi sebilangan besar keluarga yang mempunyai anak 5 orang yang bersekolah RM500 sangat besar maknanya. Duit inilah boleh membeli uniform sekolah, kasut dan lain-lain peralatan sekolah.

Saya difahamkan jumlah ibu bapa yang menolak pemberian ini adalah kecil.

Memang duit ini tak boleh menampung keperluan harian sekolah tetapi kerajaan juga telah memberikan pendidikan percuma kepada murid-murid. Memberi makan minum anak adalah tanggungjawab ibu bapa.

Saya ingin cadangkan kepada saudara Subky supaya kerajaan Pas Kelantan dan Kedah memulakan dengan pemberian RM100 sebulan kepada setiap murid sekolah di negeri tersebut.

Kedua-dua negeri yang diperintah Pas itu boleh bertindak jika prihatin untuk membantu pelajar. Bercakap memangnya mudah. Satu sen pun tak keluar duit.

ESA ADAM - Bandar Sunway Selangor

21 November 2011

Isu NFC : 'Lembu' VS Lembu

alt 
Sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya. Begitu halnya dengan riuh rendah yang cuba dicetuskan oleh budak-budak PKR dalam isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).


Menjelang pilihanraya umum ke 13 mereka kalut terhendap sana sini untuk cari apa saja yang dapat balon kerajaan tanpa mempedulikan fakta dan kisah benar.

Ini lebih-lebih lagi bos besar mereka sedang berserabut bergelumang dengan isu video seks dan perbicaraan kes liwat.

Sasaran dalam isu NFC tidak lain tidak bukan ialah Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Seri Shahrizat Jalil. Pengerusi NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail adalah suaminya.
Harapan mereka jentera Wanita UMNO yang menjadi tulang belakang kempen jadi lintang pukang jika Shahrizat dapat dilumpuhkan.

Sumber-sumber dalam parti itu memberitahu Agendadaily strategi mereka kini ialah lanyak dulu, janji dapat wujudkan persepsi negatif terhadap kerajaan…lain hal belakang kira.

Maka kita dapat lihat akhbar lidah rasmi PKR yang digantung di kedai–kedai terpampang dengan tajuk untuk menyakitkan hati orangramai – lembu dan kondo mewah.

Terbaru dengar cerita budak-budak PKR yang galak main isu NFC sudah jadi  makin kelamkabut apabila pengurusan NFC membawa media arus  perdana melawat ladang fidlot di Gemas Khamis.

Penjelasan terperinci mengenainya sudah diberi oleh Dr Mohamad Salleh pada media semasa lawatan itu.

Malah peguam NFC, Datuk Shafie Abdullah sudah senaraikan sembilan tuduhan tidak berasas dibuat oleh budak-budak PKR yang boleh disaman.

Kini sudah makin jelas isu pembelian kondo mewah yang cuba diputar oleh budak-budak PKR, ialah pelaburan sementara – yang disifatkan oleh Dr Mohamad Salleh ‘satu keputusan perniagaan yang bijak’

Itulah nampak lojiknya dari letak duit pinjaman kerajaan untuk projek fidlot itu yang belum dapat digunakan lagi dalam simpanan tetap di bank ia mendapat pulangan tahunan  yang lebih besar dengan melaburkan beli dua unit kondo mewah.

Budak-budak PKR cuba menyakitkan hati orangramai dengan mendakwa berlaku penyelewengan dalam pembelian kondo di Bangsar itu tanpa mempedulikan rasional perniagaan sebaliknya.

Usaha mereka untuk mengaitkan Menteri Kerjaraya Datuk Shaziman Abu Mansor dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafiqe kononnya ‘dapat free’ lembu dari NFC juga kantoi.

Shaziman kata beliau tidak tahu menahu mengenai sumbangan lembu dari NFC, malah berterima kasih jika benar, kerana ia merupakan sumbangan kepada orang miskin.
Pegawai kepada Zulhasnan pula menjelaskan mereka bukan dapat percuma tetapi telah menjelaskan bayaran untuk lembu-lembu berkenaan.

Dr Mohamad Salleh sendiri telah menjelaskan projek fidlot berkenaan bukan gagal seperti didakwa. Beliau mengakui memang ada masalah di peringkat awal kerana pelbagai masalah teknikal.

Namun katanya NFC baru beroperasi tiga tahun sedangkan projek berkenaan seluruhnya memakan masa 30 tahun.

Kini budak-budak PKR yang gabra itu sudah pusing minta didedahkan pula minit mesyuarat kabinet sewaktu meluluskan projek fidlot berkenaan.

Ada juga orang yang ketawa melihat gelagat mereka yang nak tenggelam punca ini kerana dalam bab bos besar mereka terpampang didakwa sedang belasah pelacur China, siapa pun tak berani langsung berbunyi minta siasatan terperinci dibuat.

Masing-masing kalau boleh nak cuba tutup dan buat tak faham ke atas isu yang semua orang ingin tahu jawapan pasti itu.

“Ini gelagat macam lembu suruhan yang main sondol saja…kita tengoklah nanti siapa yang bakal jadi 'lembu' dalam isu NFC ni,”- itu antara komentar sinis yang kedengaran tentang ini.

Sumbar: AD 
 

18 November 2011

Sayangnya Nik Ajis dengan cina DAP... Klik baca sini!

Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata dasar perjuangan PAS tidak menyekat perkembangan budaya Cina di negeri ini.

Malah, kata Mursyidul Am parti itu, kerajaan negeri menggalakkan lagi budaya Cina berkembang pesat di samping mengekalkan apa yang sedia ada.
KLIK

Inilah gaya dan rupanya bila terlalu rakus mengejar kuasa... Melayu dipinggir sebaliknya Cina di bela.

Jika Melayu atau lebih sinonim sebagai musuh ketat PAS iaitu UMNO mengangkat keris dianggap pemikir politik sempit, sebaliknya jika DAP menolak Hudud dan Islam PAS 'mengiyakan' sahaja. Tambah malang apabila Nik Aziz sendiri menyifatkan perbuatan semumpama itu sebagai tidak bertamadun.

Disini kita dapat lihat siapa yang paling dibela oleh Nik Aziz samada Melayu atau Cina. Jawapannya sudah tentu Nik Aziz lebih memihak kepada Cina khususnya rakan pakatan mereka DAP. Jika sebelum ini PAS merasa gusar apabila Dewan Himpunan Cina Kelantan menolak Hudud yang ingin dilaksanakan PAS sehingga mengugut untuk tidak lagi menyokong PAS, mereka segera mencari altenatif untuk memujuk kembali Cina Kelantan supaya menyokong parti PAS.

Baru-baru ini, Nik Aziz telah mengeluarkan arahan kepada mana-mana Cina dan pertubuhan Cina di Negeri Kelantan termasuk penganut Budha bahawa mereka boleh mendirikan bangunan ibadat sesuka hati mereka di Kelantan mengikut cara dan adat resam masing-masing. Alasannya Islam tidak melarang jika kita berbuat demikian.

Bahkan Nik Aziz turut merasa bangga dengan bangsa Cina kerana banyak budaya yang diamalkan oleh bangsa-bangsa Melayu sebenarnya diambil dari kaum Cina. Memang benarlah, jika sebelum ini Nik Aziz sebenarnya tidak 'bangga menjadi melayu'

Sikap Nik Aziz yang sanggup menggadaikan agama dan bangsa sendiri semata-mata ingin 'membeli undi' Cina telah mengundang perasaan kurang senang terutama dari kalangan peniaga Melayu di kawasan bandar Kota Bharu.

Katanya, PAS kini tidak seperti dulu yang benar-benar menjaga kepentingan orang Melayu dan mereka lebih mengutamakan kaum Cina di Kelantan. Peniaga-peniaga Cina banyak diberi keistimewaan berbanding dengan peniaga Melayu dan ini mungkin disebabkan PAS terdesak untuk mendapatkan undi bagi memenangi pilihanraya

Kata MP:
Ingat lagi hal Pok Nik ni dok persoal perarakan Maulidur Rasul... Macam-macam di katanya. Tuiiihhh!!!

Saksikan video jaringan mantap ini... Malaysia 1-0 Indonesia.

Malaysia tewaskan Indonesia!!!
Malaysia menewaskan Indonesia 1-0 pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A, Sukan SEA di Stadium Bung Karno, Jakarta malam tadi.
Gol tunggal Shahrul Azwari pada minit ke-17 memastikan skuad Harimau Muda memungut mata penuh dan menobatkan Malaysia sebagai juara kumpulan yang akan menentang Myanmar pada perlawanan separuh akhir. 


Tahniah Malaysia!!!

17 November 2011

Tak cukup dengan PAS... Kaum Asli pulak nak di noda, DAP ni...



DAP ingat rakyat tak tahu, siapa punya kerja mendalangi perhimpunan haram di Wisma Negeri semalam ke?


Puas perkudakan PAS, hari ini nak perkudakan pula orang asal. Betul-betul mangkuk hayun dan biadab DAP sekarang ini. Dia ingat Malaysia ini bapak dia punya. Inilah dia kalau dah ada kalangan Melayu yang jadi bodoh bersekongkol dengan DAPig yang anti orang Melayu.


Angin aku dengan isu ini... Sila baca ini - link ke  N9kini.net

13 November 2011

Habuk pun tarak, pemerintahan Pakatan Haram ni... Klik saksikan video ini!

Macam real mendedahkan kononnya kerajaan mereka 'berjiwa rakyat' padahal habuk pun tarak.


Antaranya cuba kita lihat billboard yang terpacak di tepi beberapa jalan utama di Pulau Pinang ini yang memaparkan kata-kata “Kerajaan berjiwa rakyat’…




Cogankatanya sedap manakala gambarnya menunjukkan betapa caringnya kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan rakyat.


Namun mengambil kira manifesto pakatan pembangkang yang janji bulan dan bintang menjelang pilihanraya umum Mac 2008… apa sangat ‘jiwa rakyat’ yang melimpah ruah di negeri itu.


Ayat kasar orang Utara yang popular ‘habuk pun tarak’ .


Antara fakta yang kerajaan Guan Eng tidak boleh nafi ialah ia tidak membina satu unit pun rumah murah di negeri itu sejak memerintah. Hebat sungguh ‘jiwa rakyat’ kerajaan negeri sampai tidak terfikir nak bina satu unit pun rumah murah..


Faktanya di depan mata sekarang,Guan Eng pun tahu dan mereka yang pejam celik setiap hari di Pulau Pinang tahu segala yang tersergam di negeri itu adalah peninggalan dan usaha kerajaan negeri dahulu.
Sehingga takat ini secara mata kasar belum ada kelihatan sesuatu yang extra istimewa ataupun yang menusuk kalbu baik dari segi dasar dan pembangunan fisikal.


Kerajaan PR masuk ke Pulau Pinang dengan ‘karpet merah’.Memang senang hidup kalau bernasib baik begitu.Pusing kanan.Guan Eng tidak harus berkecil hati jika ada yang gelar kerajaan negeri pimpinanya tidak lebih dari kerajaan poster dan sepanduk sahaja.Gempak lebih…habuk pun tarak.


Sama juga halnya di negeri Selangor yang sudah maju ke depan sejak zaman pemerintahan BN lagi. Tak payahlah nak cerita banyak... Sehingga ke hari ini, akhirnya ini lah ceritanya. Saksikan kenyataan ADUN Templer,Dato Subahan Kamal berkata di mana Pakatan Rakyat Selangor Gagal Melaksanakan Manifesto PRU 12...


11 November 2011

BIGDOG CUKUP CUKUPLAH BUAT PERANGAI BABI & PERANGAI ANJING TU !!!!!!

Yang gemuk baju biru ini lah Bigdog atau Bigpig.

JCorp Jumbo-Mumbo

Johor Corporation (JCorp) made a surprising announcement yesterday. ‘New bloods’ were injected into the group, having strategic position in some of the listed companies under their stable.

Membaca tajuk tulisan ini aku  sudah faham apa yang mahu dilakukan oleh Big Dog yang sememangnya membenci dengan staff Pak lah dahulu.. Atas alasan apa sebenarnya  Bigdog atau nama sebenar adalah Zakhir  Mohamad terlalu membenci dengan staff Pak Lah hanya dia saja  yang mengetahuinya. 

Apa juga alasan  Bigdog itu haknya sebagai insan dan manusia biasa tetapi kebencian yang terlalu melampau sebenarnya adalah satu penyakit yang boleh kita ketegorikan sampai busuk hati dan dengki khianat.

Big Dog merasakan dia adalah seorang bloggers yang hebat dan boleh menjatuhkan siapa saja yang dia tidak suka, namun Bigdog selalu lupa bahawa dua adalah manusia biasa yang tidak kebal dari segala kelemahan.
 
Pergaduhan Bigdog dengan Menteri Penerangan Dato' Seri Rais telah memberikan satu tamparan dan pengajaran yang  hebat kepada  Bigdog. baca ini  , Dia ingat dia kuat dia boleh lawan Menteri Penerangan orang lama , tercirit kena belasah balik, Siapa tak tahu  perangai Bigdog ini yang akan bersekongkol dengan siapa saja yang boleh memberikan dia hasil yang lumayan .

Bigdog dihentam bersama seorang lagi bloggers kawan baik Bigdog yang merasakan seolah olah mereka adalah ahli kabinet yang boleh menentukan siapa yang boleh beliau singkir dan siapa yang perlu dinobatkan mengikut kehendak beliau.

Kalau boleh Bigdog mahu bidak budak yang pernah bekerja dengan Pak Lah semuanya mengemis dan meminta sedekah serta berlutut di kaki beliau. 
 
Hello bro barang yang lepas jangan dikenang, Mereka bekerja ikhlas untuk membantu negara cuma mungkin mereka tidak bernasib baik dengan adanya orang orang macam kamu ini yang hebat melaga lagakan orang.Sekurang kurangnya mereka lepaskan jawatan masing masing secara Gentelman dan masih menjadi ahli UMNO.Ko pergilah carfi pembangkang. Mereka ini bukan pembangkang.

Zaki sering jadi mangsa  Bigdog,Zaki tak pernah pun usik Bigdog.
Apa yang kamu sibukkan lagi . Sampai lubang cacing kamu mahu dengki khianat  . Kamu tidak fikirkah bahawa mereka juga ada keluarga. Suka hatilah siapa yang mahu ambil mereka kerja. Kamu ingat semua orang dalam dunia ini bodoh dan kamu saja yang bijak, Jika kamu bijak kamu tidak lah jadi anjing upahan. SUKA HATI LAH SIAPA YANG MAHU AMBIL MEREKA KERJA , MEREKA JUGA ADA PELAJARAN - BACA INI

Seelok eloknya Bigdog ini tukar Nick gunakan  Nick Bigpig. ini aja  nama yang layak untuk dia, Perangai macam babi. Bigpig suka hati lah JCorp nak ambil sapa bertugas. Tiga orang ke Lima orang ke enam orang ke tenaga muda. Kamu peduli apa , apa yang kamu sibuk. Bukan bapak ko yang bayar gaji mereka ini.Ko duduk lah jadi pencacai dan tunggu masa untuk kena sakit jantung. 

Tentu bigpig ini masih ingat bagaimana bloggers nyamuk tulis pasal dia , kalau tidak ingat mari aku ingatkan :  

Udah lah tu Anjing Besar, Lu hentikan lah stail lama lu orang yang Elitis ni. Kami Blogger nyamuk dah naik meluat dengan karenah mengada ngada lu orang yang Gedik semacam ni. Khak Ptuih!!!

Sebenarnya perangai kamu ini memalukan bangsa Melayu kepada bangsa asing. tentu mereka akan kata , Tenguklah anak melayu. kalau ada siapa saja yang mahu naik dari kalangan Melayu, Melayu juga lah yang menjatuhkan. inilah masalah yang ada dalam UMNO sekarang. Semua yang pernah bertugas atau bersangkut paut dengan Pak Lah mahu dikuburkan kerana mereka kini rasa mereka berkuasa. Ingat lah Melayu dah berpecah besar. Jangan lah cari jalan perpecahan lagi.

Udah udahlah kerja sakit hati dan fitnah kepada bangsa sendiri Bigdog. Insaflah kerana Allah sekarang akan membalas segala kemungjkaran yang kita buat di dunia ini. Ingat kah kita hidup ini bertuhan . Harap harap semua bekas pegawai Pak Lah yang sekarang ini berada di mana mana saja jangan lemah semangat dengan tulisan BigPig ini. Tulisan dia tidak lagi meyakinkan orang untuk mempercayai sebab terserlah sangat kebusukkan hatinya. Bigpig ini sudah tidak laku lagi. 
 
Sumber : POLITIK JOHOR

6 November 2011

Salam Aidil Adha kepada seluruh umat Islam.


Salam Aidil Adha di ucapkan kepada semua muslimin muslimat di mana saja berada serta khas buat rakan-rakan MailPengerang 
yang sentiasa di ingati selalu .
Semoga kehadiran Hari Raya Korban tahun ini...
Semakin teguh semangat diri, semakin tinggi pengorbanan kita..
Kepada agama, bangsa dan negara yang tercinta.

3 November 2011

Tabiat buruk ‘Wanita Pertama’ dan anak perempuan PM berbelanja ratusan ribu ringgit, satu tuduhan. Klik tengok sini!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa anak perempuannya bukan berada di Australia semasa beliau menghadiri mesyuarat ketua-ketua kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth, baru-baru ini.


Beliau berkata, orang ramai sepatutnya tidak terpedaya atau terbabit menyebarkan pembohongan.


"Jangan percaya atau sebar pembohongan. Malah, anak perempuan saya tidak berada di Australia dan isteri saya (Datin Seri Rosmah Mansor) tidak membeli apapun barang kemas,” kata Najib dalam Twitter terbarunya.


Ulasan beliau adalah berikutan penerbitan satu artikel dalam sebuah akhbar Australia yang mendakwa anak perempuannya membelanjakan A$60,000 di sebuah pusat beli belah di Perth, venue perhimpunan CHOGM.


Laporan itu juga menyebut mengenai “seorang wanita pertama diketahui telah membeli mutiara bernilai A$150,000 di WA (Barat Australia)”.


Bagaimanapun, ia tidak menamakan individu yang menjadi tanda tanya.


Akhbar The West Australian yang bertarikh 31 Oktober mendedahkan perbelanjaan delegasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menghadiri Persidangan Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth Australia, baru-baru ini.


Akhbar itu mendedahkan tabiat buruk ‘Wanita Pertama’ dan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak yang membelanjakan ratusan ribu ringgit di sebuah gedung membeli belah terkemuka di negara itu.


Najib dan Rosmah kini sedang mengerjakan ibadat haji di tanah suci. – Bernama



SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.