#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

20 January 2013

ISU KALIMAH ALLAH: Kebenaran sudah terserlah. KLIK!

ISU penggunaan kalimah oleh dalam Bible mencapai kemuncaknya apabila pemimpin tertinggi Pas akhirnya akur dengan keputusan Majlis Syura Ulama yang menolak pendirian bersama kepimpinan pakatan pembangkang menyokong penggunaan kalimah suci itu pada 8 Januari lalu.

Majlis Syura Ulama dalam minggu ini membuat pendirian kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam sahaja.

Namun seperti biasa kepimpinan pembangkang tidak akan berdiam diri dan akan berterusan ‘menekan’ Pas untuk akur dengan keputusan itu.

Terbaru Pengerusi DAP, Karpal Singh berharap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu. Menurut beliau kajian semula ini penting agar pendirian Pas terhadap isu kalimah berkenaan tidak bercanggah dengan pendirian pakatan. Bagi Mufti Wilayah Persekutuan, DATUK WAN ZAHIDI WAN TEH semua ini berlaku hanya disebabkan kemahuan politik dan keinginan menggapai kuasa sehinggakan agama menjadi taruhan utama.

Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, HAFIZAHRIL HAMID beliau menjelaskan agama adalah perkara yang suci dan pertikaian politik tidak boleh diheret sekali. Ia tidak boleh dicampurkan dalam usaha untuk mendapat kuasa dan sebagainya.

Beliau yang bertanggungjawab mendedahkan penulisan seorang paderi dari Indonesia, Jahja Iskandar bahawa kalimah Allah adalah eksklusif untuk umat Islam, turut menyatakan sejak dari zaman awal Islam telah wujud satu pihak yang sering mendakwa mereka lebih arif tentang agama sehingga sanggup mjengkafirkan orang Islam lain malah hingga ke tahap membunuh.

Ujarnya lagi, golongan sebegini akan terus wujud sehingga ke akhir zaman.

Ikuti kenyataan beliau selanjutnya: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130120/re_01/Kebenaran-sudah-terserlah

1 comments :

  1. pendapat aku la...bukan majlis agama islam ke yg ade hak pasal kalimah nih....lantak la die nak setuju ke tak ngan dap......kalu majlis agama islam tak bahi tetap tak boleh jugakkan pakai kalimah nih dlm pertejemahan kan...

    ReplyDelete

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.