GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

21 January 2015

Memupuk Budaya Berbelanja Secara Berhemah - Wee Ka Siong.


KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI YB DATUK IR. DR. WEE KA SIONG BERHUBUNG PERUTUSAN KHAS PERDANA MENTERI BERKENAAN PERKEMBANGAN EKONOMI SEMASA DAN KEDUDUKAN KEWANGAN NEGARA

20hb, Januari 2015, Putrajaya-

Saya menyambut baik pengumuman oleh Perdana Menteri berkenaan perkembangan semasa dan kewangan negara pagi tadi.

Di antara penyelarasan penting yang diambil oleh pihak kerajaan berikutan perkembangan semasa global dan dalam negeri baru-baru ini ialah penubuhan Special Relief Facility untuk menyediakan pembiayaan pinjaman SME pada kadar 2.25 peratus serta penangguhan tempoh bayaran balik sehingga 6 bulan kepada pengusaha SME yang dijejaskan oleh banjir baru baru ini.

Saya menyambut baik pengumuman tersebut dan ia merupakan langkah penting untuk membantu SME yang mengalami kerugian teruk dalam musibah banjir yang melanda beberapa negeri di negara ini, khususnya di Pantai Timur.

Pengumuman Perdana Menteri yang memberi jaminan bahawa projek-projek mega, seperti MRT jajaran kedua, LRT dan High Speed Rail KL-Singapura, Rapid di Pengerang akan tetap diteruskan turut menunjukkan bahawa keadaan ekonomi negara masih stabil dan utuh serta tidak dalam krisis.

Pengumuman ini turut membuktikan desas desus yang mengatakan bahawa industri pembinaan negara akan terbantut adalah dakwaan tidak berasas.

Sebaliknya, dengan adanya projek membaikpulih dan pembinaan semula infrastruktur asas yang musnah dalam banjir serta projek-projek mega tersebut akan dapat merangsang ratusan industri berkaitan (supporting industries), di mana kebanyakan adalah SME.

Pada masa kini, SME menyumbang sebanyak 34 peratus kepada KDNK Negara, dan sasaran kerajaan ialah sumbangan SME kepada KDNK dapat dipertingkatkan kepada 41 peratus menjelang tahun 2020.

Saya yakin strategi-strategi yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam perutusan beliau pagi tadi dapat merangsang pertumbuhan positif SME secara keseluruhannya.

Saya turut menyambut baik pengumuman Perdana Menteri untuk merasionalisasi dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan. Ini mempamerkan kesungguhan kerajaan dalam mengurangkan beban kewangan negara. Ini merupakan titik permulaan yang baik dan semoga dapat memupuk budaya berbelanja secara berhemah dalam sektor awam.

PLKN : Dikaji Semula Dan Ditambah Baik


PLKN merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan bagi remaja yang terpilih setelah menamatkan pendidikan sekolah menengah di Malaysia atau berumur 17 tahun ke atas.

Ia bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri serta mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, dan memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional selain membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan penangguhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tahun 2015 dengan penjimatan RM400 juta, bagi membolehkan program itu dikaji semula dan ditambah baik.




Pengerusi PLKN, Datuk Hj. Noor Ehsanuddin Hj. Mohd Harun Narrashid yang ditemui selepas majlis pengumuman tersebut di Putrajaya, berkata pengumuman itu melibatkan pelatih pengambilan kedua dan ketiga sahaja kerana pengambilan pertama sudahpun selesai.

“Ini langkah penjimatan oleh kerajaan... dan juga peluang yang baik untuk kita kukuhkan struktur yang ada.

“Kita akan ambil peluang ini untuk meningkatkan kemahiran jurulatih dan kem yang sedia ada. Mungkin urus-tadbir juga dapat ditingkatkan. Kita juga masih boleh melakukan aktiviti untuk alumni (lepasan) PLKN... dengan beberapa penambahbaikan dari segi modul dan kemahiran, PLKN akan menjadi lebih menarik tahun hadapan,” katanya lagi.

Ehsanuddin yang juga AHli Parlimen Kota Tinggi berkata, penangguhan PLKN itu boleh juga memberi rahmat kepada golongan lain, terutama mangsa banjir.

“Mungkin di Kelantan, sementara menungguh Kerajaan membina rumah kekal yang akan mengambil tempoh antara enam hingga sembilan bulan, kem PLKN dapat digunakan sebagai penempatan sementara. Kita boleh meningkatkan kemudahan untuk memberikan keselesaan kepada mangsa banjir,” katanya.

Sementara itu, bagi Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Mohmed Asri Yusof berkata pihaknya akan menunggu keputusan mengenai pelaksanaan program transformasi PLKN berserta pengenalan kursus baharu yang akan dibincangkan bulan depan dalam program makmal yang akan dianjurkan Kementerian Pertahanan.

"Setelah perbincangan itu selesai dan program dihasilkan, kami akan mengadakan latihan dan kursus kepada para operator dan jurulatih terhadap pelaksanaan program yang baharu itu nanti," katanya mengulas penangguhan PLKN tahun ini.

Dalam perutusan khas pada Selasa, Najib mengumumkan bahawa PLKN ditangguh tahun ini dengan penjimatan sebanyak RM400 juta bagi membolehkan program itu dikaji semula dan ditambah baik.

Pada Oktober tahun lepas semasa membentangkan Bajet 2015, Najib telah mengumumkan bahawa PLKN, yang telah mengeluarkan lebih 800,000 pelatih sejak diperkenalkan pada 16 Feb 2004, akan dikaji semula, selain memperkenalkan konsep baharu menjalinkan keperluan kemahiran dan kenegaraan.



20 January 2015

SPAD Rancang Perkenal Sistem ICPS Bagi Perjalanan Train Sekitar Lembah Kelang


Perancangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mahu memperkenalkan sistem pembayaran tanpa tunai bersepadu (ICPS) pada 1 Jan 2017 untuk perkhidmatan tren dan bas di Lembah Klang boleh di anggap praktikal.

Dimana kad transit baharu itu akan membolehkan penumpang termasuk pelancong melakukan perjalanan di mana-mana sahaja menaiki tren dan bas di Lembah Klang menggunakan kad tunggal itu.

Baru-baru ini, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata SPAD bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk menghasilkan penyelesaian terbaik bagi pelaksanaan sistem baharu itu.

Beliau juga berkata SPAD percaya pelaksanaan ICPS akan menjadi tarikan kepada pelancong kerana ia memudahkan mereka untuk melakukan perjalanan di sekitar Lembah Klang.

Walaupun pihak SPAD tidak menamakan jenama bagi sistem kad tunggal berkenaan, namun kita dapat mengagak bahawa sistem yang bakal mendapat tempat pastinya Touch & Go. Sistem ini telah digunakan secara meluas di komuter, LRT, Monorel selain daripada tol-tol di seluruh negara. 

Tambahan pula sistem berkenaan telahpun dimuatkan ke dalam cip pintar yang terdapat pada kad pengenalan bermutu tinggi. Semoga cadangan SPAD ini akan mendapat sokongan daripada orang ramai untuk keselesaan bersama.

MCA Ketengahkan Anak Muda Hadapi PRU14



MCA kini sedang dalam proses mencungkil bakat-bakat kepimpinan baharu untuk diketengahkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata langkah ini juga adalah sebahagian daripada transformasi parti.

"Seperti yang saya katakan dahulu bahawa transformasi parti kita adalah terbuka dan apabila perkara mengenai memilih calon, kita akan membuat kajian melalui proses parti dan juga proses komuniti, yang komuniti juga boleh memberi pandangan mereka mengenai calon kita.

"Walaupun terlalu awal untuk diperkatakan tetapi proses mengenal pasti calon berwibawa dan berkaliber berjalan berterusan. Ini sebagai sebahagian daripada persediaan parti bagi menghadapi cabaran PRU14," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Khidmat MCA Parlimen Seremban di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Presiden MCA yang juga Pengerusi MCA Negeri Sembilan Datuk Dr Wee Ka Siong.

Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata antara kriteria penting pemilihan calon ini ialah mereka yang berkualiti, komited dan berkeperibadian baik untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat.

Katanya dalam masa sama, MCA perlu memberi perkhidmatan berterusan di peringkat komuniti dan ini memerlukan kerja berpasukan yang kuat.

"Saya tahu calon itu penting dan kita sentiasa mencungkil bakat-bakat yang terpendam dalam kalangan anggota parti dan juga mana-mana individu atau wakil yang boleh kita tonjolkan.

"Tapi struktur parti juga penting dan perlu sentiasa berada di akar umbi untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat. Kalau struktur itu tidak kuat dan kukuh, maka susah untuk kita mendapat sokongan. Jadi, kita memerlukan komitmen di semua peringkat," katanya.

Katanya sejak mengambil alih kepimpinan parti, beliau meletakkan PRU14 sebagai agenda utama.

"Malah saya telah tubuhkan satu jawatankuasa induk di peringkat pusat, negeri dan bahagian. Untuk itu, semua kawasan MCA yang dikenal pasti telah diwujudkan bilik gerakan dan telah pun kita laksanakan apa yang patut kita buat untuk kita hadapi cabaran PRU14.

"Bagi MCA dan Barisan Nasional (BN), PRU14 adalah sangat penting. Oleh itu, kita perlu bersedia dari sekarang. Ini adalah misi penting untuk kita pastikan kekuatan parti. Kerana itu kita hendaklah sentiasa mendampingi rakyat serta membantu dan memenuhi kehendak mereka," katanya.- BERNAMA

18 January 2015

Kesihatan adalah anugerah Allah yang tidak ternilai - Datuk Ehsanuddin

Sejak kebelakangan ini, masalah kesihatan dan keselamatan di kalangan masyarakat Malaysia semakin meruncing dan meningkat. Hal ini bukan sahaja membimbangkan kerajaan, malah juga masyarakat.

Ternyata bahawa pendidikan moral, sivik, pendidikan kesihatan dan keselamatan masih diperlukan dalam menangani masalah sosial ini.

Diatas kesedaran itu, Yayasan Mesra dengan kerjasama JKKK Felda Pasak di bawah jajahan Parlimen Kota Tinggi telah mengambil iniseatif menganjurkan satu program bagi memupuk kesedaran kalangan masyarakat terhadap isu berkaitan.


Aktiviti yang bertemakan "Mesra Sihat Masyarakat Sejahtera" ini turut menyertakan beberapa agensi kerajaan seperti AADK, KEMAS, PDRM, Pejabat Kesihatan Kota Tinggi untuk bersama-bersama masyarakat memberi perkhidmatan secara langsung ditapak program.

Program yang pertama kalinya di anjurkan itu di rasmikan oleh YB. Ahli Parlimen Kota Tinggi , Datuk Hj. Noor Ehsanuddin Hj. Mohd Harun Narrashid.

Datuk Hj. Noor Ehsanuddin Hj. Mohd Harun Narrashid. berucap sebelum merasmikan majlis.
Sempena program yang di anjurkan, YB Datuk Ehsanuddin turut menyeru kepada yang hadir supaya menjaga kesihatan dan keselamatan diri serta keluarga.Hindarkan diri daripada penyakit yang berbahaya seperti kencing manis, jantung dan sebagainya

Menurutnya, kesihatan adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya, jika kita tidak menghargai kesihatan yang diperolehi, kita akan menjadi seperti manusia yang tidak bersyukur.

Diantara beberapa faktor yang boleh membawa penyakit adalah melalui pemakanan. Oleh yang demikian semua pihak terutama kaum wanita perlulah berhati-hati semasa menyediakan makanan kepada ahli keluarga. Pastikan bahan makanan yang digunakan dibersihkan terlebih dahulu sebelum dimasak, katanya yang juga sebagai Pengerusi Yayasan Mesra.

Sepanjang program berlangsung dan selari dengan konsep serta tema penganjuran, beberapa acara diadakan untuk para pengunjung dan penduduk setempat antaranya ialah senamrobik, pertandingan mewarna, ceramah kesihatan, pertandingan masakan sihat, demo masakan sihat termasuk taklimat keselamatan oleh Insp Devendiran a/l Paliniady dari Jabatan Siasatan Jenayah (PDRM) Kota Tinggi...

Turut hadir pada program tersebut, YB ADUN Johor Lama, Hjh. Asiah Md Arif; Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat Majlis Daerah Kota Tinggi, En. Taufiq Mohammad; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Mesra, En. Fazli Hj. Buyong; Penghulu Mukim Kota Tinggi, Tuan Hj. Zainuddin Zainal Abidin serta pemimpin-pemimpin penduduk Felda Pasak.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar program yang dianjurkan bertempat di Dewan Serbaguna Felda Pasak, Kota Tinggi, Johor yang ditaja oleh Felda Global Venture (FGV)













 
















SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.