GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

26 April 2015

#PRKRompin - PAS Mula Hasud Generasi Ke-2 Felda


Tindakkan meraih sokongan serta undi dengan taktik 'politik kotor' sememangnya bukan suatu perkara pelik dalam amalan parti pembangkang tiap kali pilihanraya diadakan.

Sikap gemar menyebar fakta palsu serta memutarbelitkan sesuatu isu terus menjadi lagu wajib dan menjadi kebiasaan dalam kegioatan politik mereka.

Tanpa ada rasa malu dan bersalah memutar belit fakta hingga sanggup menabur fitnah dan tuduhan liar terhadap BN dan UMNO tiap kali berada dipentas ceramah mereka.

Persoalannya disini, adakah di benak pikiran mereka semua rakyat khususnya pengundi yang ada itu semuanya 'bodoh' atau sememangnya mereka sengaja ataupun suka memperbodoh-bodohkan?

Terkini, dalam kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin, baru-baru ini. Pihak pembangkang (PAS) sekali lagi bertindak menarik perhatian pengundi dengan membuat serangan terhadap BN mendakwa kerajaan pusat gagal menyediakan rumah generasi kedua melalui FELDA seperti yang telah dijanjikan.

Namun, serangan PAS itu segera dibidas Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Abdul Samad dengan mendakwa pembangkang sengaja menimbulkan kekeliruan mengenai isu rumah generasi kedua FELDA semata-mata bertujuan untuk mempengaruhi golongan muda supaya tidak mengundi Barisan Nasional (BN) dalam PRK Rompin yang akan berlangsung pada 5 Mei depan,

Tan Sri Isa bersama calon BN, Datuk Hasan Arifin bagi PRK Parlimen Rompin
pada majlis pecah tanah Dewan Semai Bakti Keratong 10 hari ini.
- Foto BERNAMA
Dalam sidang media kelmarin, pada program Pecah Tanah Dewan di Keratong 10, Tan Sri Isa membuat penjelasan berkata, sebanyak 9,000 unit rumah untuk generasi kedua sudah mendapat kelulusan kerajaan untuk dibina tetapi terpaksa dihentikan seketika kerana terdapat masalah berkaitan penjualan.

“Kita dah mula bina dan sebanyak 9,000 unit rumah dah diluluskan tapi kita berhentikan seketika. Kita mahu selesaikan cara penjualan rumah tersebut,” katanya.

Menurutnya lagi, kerajaan telah membuat keputusan untuk menggunakan konsep sewa beli terhadap rumah tersebut. Anak generasi kedua yang difikirkan sesuai akan duduk dan sewa dulu rumah tersebut. Selepas lima tahun sekiranya mereka mahu memilikinya, mereka boleh membelinya.

“Tetapi kalau dalam tempoh dua tahun mereka nak beli, kita akan jual ikut kemampuan mereka,” tambah Tan Sri Isa.

Tan Sri Isa samad berkata, FELDA terpaksa menggunakan konsep sewa beli kerana timbul kekangan dalam soal pembelian rumah apabila terdapat golongan muda yang berkemampuan tetapi tidak mempunyai penyata pendapatan.

“Kita guna konsep ini terlebih dahulu kerana kita difahamkan ramai yang berkemampuan untuk membeli tapi tak ada penyata gaji,” kata beliau.

Sebanyak 20,000 unit rumah yang disasarkan untuk dibina akan dimulakan tidak lama lagi. Kerja-kerja pembinaan akan dimulakan dalam dua tiga bulan lagi, jelasnya.

"Kita juga sedang memohon pinjaman bank dan saya rasa ia tak ada masalah,” kata Tan Sri Isa.

Tindakkkan menyebarkan dakwaan tanpa usul periksa dan tidak berasas yang dllakukan PAS seperti sebelum ini (KLIKSINI), jelas menunjuk sifat sebenar PAS yang mana ianya tidak pernah kenal erti serik melakukan perkara serupa dengan membuat fitnah juga tuduhan melulu terhadap FELDA. 

Biarpun beberapa kali diheret kemuka pengadilan dan dikenakan hukuman denda berjuta ringgit kerana bersalah, Sikap PAS masih lagi berada ditakuk yang sama,

#MP: Nah... Inikah sikap kepimpinan parti yang harus kita terima dan patut kita pilih untuk mentadbir Rompin? Susah, kalau dah menjadi sifat ni... 
Renung-renungkan lah..!

#PRKRompin : Maklum balas masyarakat Cina memberangsangkan - Wee Ka Siong


MCA sedar mereka terpaksa menghadapi musuh utama mereka iaitu Dap, namun ada beberapa isu yang boleh mereka mainkan untuk menarik sokongan kaum cina. Tambahan pula, di Permatang Pauh, Dap tidak memainkan peranan untuk membela rakyat, mungkin mereka beranggapan kawasan tersebut bukan kawasan mereka.

Di Rompin, walaupun pengundi Cina hanya 1,352 orang atau tiga peratus daripada 53,294 pengundi di dalam kawasan itu. MCA tetap berkerja keras menjalankan kempen bagi memastoikan kemenangan BN disana. 

Tanggungjawab itu tidak akan dilepaskan begitu saja kerana bagi MCA undi mereka juga menjadi diantara faktor penentu bagi kemenangan BN pada PRK kali ini.

Namun begitu, hasil daripada memberi maklum balas dari masyarakat Cina di Rompin amat memberangsangkan khususnya penerimaan mereka terhadap calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin.

Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berkata Hasan sememangnya dikenali oleh masyarakat Cina dan dianggap mudah didampingi serta mampu menjalankan tugas dengan baik.

“Calon ini masyarakat Cina sudah kenal dan merupakan satu aset dan kelebihan kepada BN,” katanya kepada pemberita selepas menyertai acara Jom Sihat peringkat daerah Rompin di sini, hari ini.

Presiden dan Timbalan Presiden MCA bertemu dan mendengar maklum
balas masyarakat Rompin terhadap BN dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil 5 Mei ini. 
Wee, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, bagaimanapun berkata MCA tidak akan leka dengan sokongan diterima daripada masyarakat Cina pada ketika ini, sebaliknya akan terus berusaha dengan lebih kuat bagi meraih sokongan terutama di kawasan bandar.

“Kita mahu memastikan peti daerah mengundi di kawasan bandar di mana dahulunya kita tewas, kita menang, ini sasaran kita,” katanya.

Dalam pada itu, Wee berkata MCA mengambil maklum isu dan keperluan yang dibangkitkan masyarakat Cina untuk tindakan kerajaan BN.

Katanya antara keperluan itu termasuk menambah baik infrastruktur di kawasan muara Tanjung Gemok bagi kemudahan nelayan serta menarik lebih ramai pelancong.

Selain itu, katanya, MCA memberi penerangan terperinci berhubung pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan bagi mengelak kekeliruan di kalangan masyarakat Cina di sekitar kawasan parlimen itu.

“Kita akan menggunakan pendekatan pragmatik dengan menjawab satu persatu perkara yang dibangkitkan, dan jika calon BN dipilih, saya rasa kita tidak ada masalah melaksanakan permintaan-permintaan penduduk,” katanya.


25 April 2015

#PRKRompin : Hasan Arifin bukannya nama asing - Penduduk Rompin.


DATUK HAJI HASAN ARIFIN (kliksini), anak kelahiran Kampung Ayau, Leban Chondong, bukan nama asing dalam kalangan penduduk Parlimen Rompin, kerana pernah menjadi wakil rakyat negeri (BN – Tioman, dan, BN – Ibam), selama empat (4) penggal bermula 1990.

Keperibadian Hasan berumur 62 tahun, yang mudah didekati dan sentiasa tersenyum menjadi kenangan penduduk sekitar Rompin, memandangkan beliau pernah menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Rompin dari 1982 hingga 1990 dan Ibam pada 1990 hingga 2004.

Bagi suri rumah Hamidah Hasan, 58, beliau tidak pernah menyangka seorang Adun boleh bersifat begitu santai dan tidak mengharapkan layanan istimewa semasa ‘membuat kunjungan mengejut’ di rumahnya di Desa Melor, dekat sini bagi menghadiri satu kenduri suatu ketika dulu.

“Beliau makan bersama tetamu lain. Semasa kenduri juga ramai tetamu mengambil peluang mengajukan masalah yang dihadapi. Beliau tetap melayan mereka walaupun semasa itu sedang makan,” katanya semasa ditemui media selepas majlis pengumuman calon BN dan penyerahan watikah untuk PRK Rompin di sini, kelmarin.



Pengumuman dilakukan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan lebih 1,000 orang ramai termasuk anggota Puteri, Wanita, Pemuda dan parti komponen BN.

Perkara itu diakui juga Rosehabibah Abu, 48, dari Desa Dahlia di sini, yang menyifatkan Hasan sebagai ‘wakil rakyat sejati’ kerana tetap meneruskan khidmat membantu masyarakat walaupun tidak menjawat sebarang jawatan.

Hasan tidak ‘lokek’ untuk mengeluarkan wang daripada poket sendiri apabila dihampiri oleh penduduk kampung, khususnya jika tujuan wang itu adalah untuk persekolahan anak atau bayaran perubatan, katanya.

Bagi Orang Asli Sewan Ahmad, 71, beliau berkata Hasan bukan orang asing dalam masyarakat Orang Asli dan sifat murah hati Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis terhadap masyarakat Orang Asli, pasti akan diteruskan oleh Hasan.

“Kami sedar tidak semua orang boleh ‘masuk’ dengan masyarakat kami. Sebab itu, apabila kami mendapat seorang pemimpin yang baik, kami akan setia. Sudah pasti pilihan kepimpinan parti adalah individu yang setanding dengan Jamaluddin,” katanya.

Bagi Asiah Bogi, 47, Orang Asli dari Kampung Kedaik Asal, dekat sini berkata beliau sudah lama mengenali Hasan dan menyenangi peribadi beliau, menyebabkan beliau yakin BN akan dapat mengekalkan kemenangan atas faktor ‘pemilihan calon yang tepat’.

Bagi Molhd Redzuan Mahayadi, 32, dari Felda Keratong 2 di sini, beliau telah lama mendengar nama Hasan disebut-sebut, walaupun ketika itu beliau masih bersekolah.

“Jika nama disebut, sudah pastilah orang itu mendapat tempat yang istimewa di hati dan telah berbudi, sehingga masyarakat tidak boleh melupakannya,” katanya.

Dato’ Hasan Arifin bersalaman dengan calon PAS, Encik Nazri Ahmad 
Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen kawasan Rompin pada 5 Mei nanti, pertembungan satu lawan satu dimana menemukan calon Barisan Nasional (BN), Dato’ Hasan Arifin dengan calon PAS, Encik Nazri Ahmad yang mula bergiat dalam dunia politik pada tahun 2005 apabila dilantik sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Rompin.

24 April 2015

#PRKRompin : Pembangkang gasak GST dalam kempen PRK.


Sehingga kini ada peruncit menjadikan GST sebagai alasan untuk menaikkan harga barang termasuk barang yang tidak sepatutnya dikenakan cukai itu.

Hal ini turut diperbesar-besarkan pihak pembangkang dalam kempen mereka di Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dan Rompin yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Bagi mengulas tindakan PAS yang menjadikan GST sebagai isu dalam kempen PRK Parlimen Rompin itu perkara tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ir Dr Wee Ka Siong berkata, punca harga barang naik mendadak bukan kerana Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) seperti yang didakwa pembangkang tetapi angkara sesetengah peruncit yang menaikkan harga barang atas alasan pelaksanaan cukai itu.

Datuk Wee yang juga Timbalan Presiden MCA, berkata rakyat Malaysia harus memahami dahulu GST supaya tidak tertipu dengan hasutan pembangkang yang menggunakan isu cukai itu untuk meraih undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin
.

Datuk Ir Dr Wee Ka Siong berkempen di Rompin, walaupun pengundi Cina hanya 3%
daripada jumlah pengundi Parlimen Rompin, namun undi mereka menjadi 
faktor penentu PRK kali ini. 

"Peruncit yang ambil kesempatan GST (GST) ini dan bukan cukai itu menjadi punca sebenar harga kenaikan barang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam bersama pengundi PRK Rompin di Bilik Gerakan MCA Rompin di sini, semalam.

PRK Rompin yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas, menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional, Datuk Hasan Arifin dan calon PAS, Nazri Ahmad.

Pengundi Cina hanya 1,352 orang atau tiga peratus daripada 53,294 pengundi di dalam Parlimen Rompin.



23 April 2015

#PRKRompin - Elakkan perpecahan, bersemangat serta sedia bertempur untuk menang - @HishammuddinH20


Pemimpin Umno khususnya jentera parti diingatkan agar pastikan parti terus teguh dan elakkan perpecahan, bersemangat serta sentiasa bersedia bagi menjanjikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Rompin, pada 5 Mei akan datang.
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan, kemenangan BN di PRK Rompin ini amat penting bagi membersihkan maruah parti yang terjejas akibat dikritik segelintir pihak sejak akhir-akhir ini.

“Ianya tidak kira Naib Presiden, Ahli Majlis Tertinggi dan Pengerusi Badan Perhubungan atau Menteri Besar mesti pikul tanggungjawab masing-masing agar memastikan parti tidak berpecah,” tegas Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien selaku Penyelaras Operasi Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin.

"Kita dilempar dengan pelbagai tohmahan. Ada pihak memperlekehkan parti dan cuba untuk menidakkan kejayaan kita," katanya.

“Kita boleh jadikan Rompin sebagai contoh selain pemangkin bagi calon BN di Permatang Pauh, semua jentera mesti bersemangat dan bersedia untuk bertempur dan ini boleh menjanjikan kemenangan kepada BN seterusnya kita akan bawa kemenangan ini ke Permatang Pauh,” kata beliau yang juga sebagai Naib Presiden UMNO.

Jelas DS Hishammuddin, walaupun Umno diuji dengan pelbagai tohmahan, setiap pemimpin dan ahli parti itu harus berusaha untuk terus membuktikan kepada dunia bahawa Umno akan mempertahankan kejayaan di Rompin.

"Saya anggap ini (PRK) sebagai satu ujian kerana saya rapat dengan JJ (Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis)... Jadi saya berharap calon kita, Datuk Hasan Ariffin akan menang dengan majoriti lebih besar," katanya.

Dalam pada itu, untuk membantu BN untuk meraih undi lebih 33,000 pengundi... DS Hishammuddin mengerahkan jentera Puteri UMNO menjadi tulang belakang. 

Seramai 1,997 pengundi muda yang akan mengundi buat pertama kali akan dikenalpasti oleh jentera Puteri UMNO Pahang sebagai pendekatan utama bagi memastikan kemenangan terus menjadi milik BN dalam PRK Parlimen Rompin itu nanti, kata DS Hishammudin Tun Hussein ketika berucap di hadapan kira-kira 500 ahli Puteri dalam pelancaran jentera pergerakan Puteri UMNO di Rompin, semalam.

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.