GoKL : Bekal 20 Lagi Bas Percuma Untuk Warga KL - @spadchannel

Bas Bandar GoKL.. Satu-satunya perkhidmatan bas percuma di bandar Kuala Lumpur...

PEMBANGKANG SANGGUP RACUNI FIKIRAN GENERASI FELDA.

"Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat...

Tragedi Helikopter Dauphin Terhempas Membawa Kehilangan 2 Nama Besar

"Bagi saya pemergian Tan Sri JJ adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat" - Datuk Wee

PRKRompin: Tolak Pandangan Negatif Yang Dilempar Pembangkang - DS Hishammudin

"Apa yang penting adalah penerimaan rakyat terhadap calon yang diletakkan...

"Sistem 'REL' Atasi Masaalah Lalu-lintas Di Lembah Klang" - Sultan Selangor

Lawatan baginda bermula dengan menaiki tren LRT Rapid KL di Stesen Kelana Jaya dan turun di Stesen KL Sentral diiringi oleh...

#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

16 January 2015

NAHAS KM326.3 PLUS: Siasatan Terperinci Akan Dimulakan - SPAD



Perihatin dan sebagai badan penguat kuasa selain mentadbir hal ehwal pengangkutan awam darat di negara ini... Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat turut mengucapkan takziah dan simpati kepada mangsa serta pihak keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 326.3 Lebuhraya Plus arah selatan berhampiran susur keluar ke Tapah.


Sekurang-kurangnya tujuh penumpang sebuah bas persiaran rentung dan 22 cedera dalam kemalangan yang menyebabkan kebakaran sebuah bas persiaran dan rentung hingga mengorbankan tujuh mangsa dalam kemalangan itu.

Kejadian kira-kira jam 1.15 pagi itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Kurau, Parit Buntar menuju ke Genting Highlands dipercayai membawa 30 penumpang.


7 penumpang rentung nahas bas dekat Tapah
Dalam siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila bas berkenaan dipercayai melanggar satu tayar lori yang berada di tengah-tengah laluan sebelum terbabas ke kiri laluan sebelum merempuh sebuah kereta jenis Charade yang berhenti di bahu jalan dan terbakar.

Seperti yang dinyatakan pihak SPAD pada kenyataan medianya berkata, pihaknya akan memulakan siasatan terperinci mengenai kejadian ini dengan kerjasama agensi - agensi yang berkaitan iaitu MIROS, PDRM dan JPJ.


Disamping itu, audit keselamatan akan dijalankan ke atas operasi syarikat yang terlibat dalam kemalangan ini. 

Selanjutnya kenyataan media penuh oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat berikutan kemalangan ngeri dan mengorbankan tujuh mangsa yang berlaku berhampiran susur keluar ke Tapah, kelmarin...





14 January 2015

Dimana hala tuju PAS bersama DAP?


Walaupun Pas berpakat semula dengan DAP dan berserta PKR menghadapi tiga PRU selepas itu, DAP tetap membantah hukum hudud dan hasrat PAS menubuhkan Negara Islam.


Meskipun tidak puas hati dengan apa yang berlaku, PAS masih akur dan tidak mampu berbuat apa-apa untuk keluar daripada pakatan politik yang longgar itu, bagi bersendirian dan mengekalkan asas perjuangannya.

PAS masih meneruskan tahaluf siyasi bersama Pakatan Pembangkang, khususnya DAP. Agak ramai juga penyokong PAS tidak setuju, Namun, pemimpin Pas cuba juga menenangkan penyokong dengan berkata mereka akan mendidik pemimpin DAP mengenai Islam.  

Selama 15 tahun bersama DAP, Pas bukan sahaja gagal berbuat demikian, malah pendirian DAP terhadap hukum hudud semakin keras. 


Dalam satu kenyataan, Guan Eng dengan nada kerasnya mendesak pakatan agar memuktamadkan pendirian untuk tidak melaksanakan hukum hudud jika pembangkang berjaya memenangi pilihan raya umum akan datang, kononnya perkara itu adalah aspirasi daripada penyokong pembangkang 
sekiranya pakatan pembangkang berjaya mentadbir Putrajaya.

Kedudukan PAS dalam pakatan pembangkang kini dilihat semakin sukar kerana kesemua pihak belum ‘menemui lantai untuk sama-sama bersila menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Ini menjadikan parti itu menjadi mangsa buli PKR dan DAP, seperti yang diakui Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz pada 29 September.

Contohnya penggurangan kerusi Exco (dalam kerajaan negeri Selangor) kepada PAS daripada empat kepada tiga, darjah kemarahan PAS itu tetap ada tetapi ia tidak menyebabkan PAS keluar daripada pakatan.

Soalnya sampai bila polimik hal karut marut ini akan berakhir dalam permainan politik mereka? Kenapa DAP bantah hudud?

Selanjutnya baca kenyataan berikut, KLIK pada gambar dibawah:



"Jangan percaya Jambatan Sungai Bentong roboh" - Datuk Seri Liow Tiong Lai


Datuk Seri Liow Tiong Lai mengingatkan orang ramai agar tidak mempercayai khabar angin mengatakan Jambatan Sungai Bentong roboh ekoran banjir semalam dan menjelaskan bahawa jambatan tersebut telah menyebabkan hakisan di tebing sungai yang bercantum dengan jambatan itu...


Sejak bencana banjir ni makin galak pula keyboard worrior tabur fitnah..masing-masing nak cari publisiti kononnya merekalah yang berinformasi..apa nak jadilah dengan masyarakat sekarang ni..sebar berita fitnah macam tak tau pula dosa pahala...

Datuk Sei Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Parlimen Bentong semalam telah bertindak pantas meninjau jambatan tersebut...pemimpin seperti inilah yang rakyat mahukan..sentiasa peka dan bertindak pantas...bila rakyat dalam keadaan susah datang beri bantuan...bukan hanya tahu main sandiwara politik dan mencetuskan polemik mengugat institusi agama sahaja...


Berkenaan status jambatan tersebut, sehingga setakat ini pihak JKR telah memaklumkan telah menimbus kawasan terhakis dan akan menguji dahulu jambatan tersebut sebelum dibuka kepada penunggang motosikal dan pejalan kaki...Pengguna boleh menggunakan laluan alternatif Bentong - Raub dengan melalui Bentong-Lebuhraya Karak-Cinta Manis-Sertik-Mempaga atau jalan Lebu-Raub atau Sertik-Krau- Raub.

Info mengenai Hakisan Jambatan Bentong..

Tarikh : 11 Januari 2015
Masa : 4.40 am
1. Route : FT 008
Nama jalan : Jalan Bentong - Raub
Seksyen : 6.2
( Jambatan Sg. Bentong )
Panjang kawasan
terlibat : 20m
Ketinggian : 5m
Status : Ditutup kpd semua kenderaan. Terdapat lubang benam (sinkholes) pada bahagian approach road jambatan akibat runtuhan slope di bwh jambatan
Laluan alternatif = Bentong - Exit Mempaga - FT1498 - Spg Lebu - Raub (vice versa)







12 January 2015

Siapa Menduga Musibah Banjir Dasyat Melanda Negara - Dato' Mashitah Ibrahim.


Bencana banjir yang menyaksikan 90,250 mangsa melibatkan penduduk di Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak dan Perlis yang terpaksa berpindah adalah antara jumlah yang terbesar dalam sejarah bencana banjir di negara ini.

Tentunya tiada siapa yang menduga musibah banjir paling dahsyat ini akan melanda.

Hinggakan ada mangsa yang terpaksa berkampung di lereng-lereng bukit dan bangunan-bangunan tinggi akibat kebanyakan kawasan ditenggelami air keparas yang amat mambahayakan.

Lebih sayu melihatkan anak-anak kecil dan orang tua terpaksa tidur tanpa ada khemah dan terdedah kepada kesejukan malam.

Bencana yang melanda turut menenggelami beberapa sekolah pondok. Kemeriahan anak-anak menimba ilmu lenyap dek kerana bencana yang melanda di beberapa negeri yang terlibat.

Namun, kita bersyukur dimana saat-saat tragedi dan bencana seperti ini berlaku, rakyat di seluruh negara menunjukkan tahap solidariti yang tinggi dengan mengetepikan sebarang kepentingan diri mahupun ideologi dalam membantu mangsa.

Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia mengambil tanggungjawab membantu dan sempat membuat beberapa tinjauan awal dan menghulurkan bantuan kepada Pondok yang terlibat disekitar negeri-negeri yang dilanda banjir.

Berikut senarai lokasi-lokasi Pondok yang terlibat dilanda banjir KLIK SINI.


Marilah sama-sama kita membantu, sekurang-kurangnya menghulur doa agar segala urusan mereka dipermudahkan dan sentiasa di lindungi Allah khendaknya... Amin.

BANJIR PANTAI TIMUR : Tiada siapa mahu ianya terjadi... - Pengerusi PLKN


Dianggarkan antara 2,000 hingga 3,000 rumah musnah akibat ditengelami banjir. Bencana yang melanda beberapa buah negeri di Pantai Timur baru-baru ini, bukanlah banjir biasa, sebaliknya kejadian itu sesuatu yang luar biasa dan menyayat hati.

"Saya amat bersimpati dengan nasib mangsa..tiada siapa mahu ianya terjadi...kerajaan sedang berusaha sedaya upaya memberi bantuan untuk memulihkan keadaan insrastruktur dan kehidupan rakyat..." 

Datuk Noor Ehsanuddin bin Haji Mohd Harun Narrashid
Pengerusi Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN)

Dalam apa keadaan sekali pun, untuk mangsa yang terbabit membina rumah kekal sudah tentu mengambil masa lama. 




Pengerusi PLKN, Datuk Ehsanuddin membuat lawatan bersama Timbalan Menteri Pertahanan ke Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Kem PLKN Cancun, Pasir Mas.



Agihan bantuan barangan keperluan dan makanan untuk mangsa banjir 
di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Kem PLKN Cancun, Pasir Mas

Untuk membantu nasib dan kesulitan pihak mangsa, kerajaan mengambil inisiatif membuka beberapa penempatan sementara terlebih dahulu di beberapa lokasi pilihan yang boleh ditawarkan kepada mangsa.


Bagi tujuan itu, pada mesyuarat Kabinet yang diadakan kelmarin, Jemaah Menteri telah memutuskan dan bersetuju untuk segera mengosongkan tiga buah kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kelantan untuk dijadikan pusat penempatan sementara dan sebuah kem Askar Wataniah kepada sebahagian mangsa banjir di negeri itu.

Pemilihan kem-kem berkenaan sebagai ‘rumah sementara’ keluarga yang kehilangan tempat tinggal itu akan membolehkan mereka ber­ada dalam keadaan lebih selesa. Ia kerana pelbagai kemudahan asas sedia ada di kem-kem tersebut daripada tandas, dewan makan dan bilik kediaman, akan menyenangkan mereka meneruskan rutin hidup.

Datuk Ehsanuddin (Pengerusi PLKN) di pusat PLKN meluangkan masa bersama peserta
yang terlibat dengan banjir di Batu Jong, Kuala Krai.
Namun, ada juga beberapa kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berdepan nasib yang serupa. Di mana kira-kira 1,000 peserta PLKN terjejas dan terpaksa dipindahkan ke kawasan selamaakibat bencana banjir besar yang turut melanda kem-kem tersebut.


Kerja-kerja pembersihan pusat PLKN yang terjejas akibat di naiki banji

Antara kem terbabit adalah Kem Cenderawasih Cador di Marang, Kkem Saujana Jabi di Besut dam Kem Cheneh Cemerlang di Kemaman, Terengganu.

Manakala di Kelantan hanya satu kem PLKN yang terjejas iaitu Kem Batu Jong, Kuala Kerai dan Kem Tasoh di Perlis.

Bagi ibu bapa yang mahu mendapatkan maklumat mengenai situasi pelatih terbabit diminta menghubungi talian 03-4027 4747 atau emel kepada pelanggan@khidmatnegara.gov.my




SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.