#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

25 February 2011

Dan tidakkah Nik Aziz sedar ???

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiTcMLdrNUCrT8gecwzNTiTWh9Pg4spTzG8Zvx3uwbDMoWuHiOB7XsHBFWRhTgKa3bLfiPhLOlm_7PEvMI2BzQ-U-AmvgdEGci-aQoRQkSLbcAIa3SgUO6R-M0EZG-0whJRYJe3Wavfy4A/s1600/nik%252Baziz%252Bsalam%255B1%255D.jpg

Mungkin benar pendapat yang mengatakan terdapat unsur khawarij dalam PAS kerana parti itu dengan senang menuduh UMNO kafir semata-mata tidak sealiran dengannya walaupun matlamat perjuangan sama. Justeru Nik Aziz tidak boleh lari daripada tanggungjawab jika umat Islam berpecah, rosak akidah dan kuasa politik Melayu hancur. Dan beliau juga tidak boleh menganggap tohmahan itu sebagai ‘cakap-cakap politik sahaja' apabila tersepit nanti...

Jika para pemimpin PAS tidak membetulkan kesalahan ‘fatwa’ Nik Aziz ini, jika disalah tafsir oleh para pengikut PAS dan jika disalah lafaz kepada ahli UMNO oleh golongan fanatik PAS, adalah dibimbangi kekafiran itu akan kembali kepada mereka...

Dan tidakkah Nik Aziz sedar dengan kedudukannya yang dikatakan sebagai sebagai ulamak, Menteri Besar dan Mursyidul Am yang lebih tinggi daripada Presiden PAS, fatwa songsangnya boleh merosakkan akidah pengikutnya sendiri?
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEix6BdUs37sFAOO2F-tPcsARyr3sKfxtIuJOlOcmUGbVMdpLt6CzEmdeCbsX-DoQieQ7oPZzuec2q0fSCz0Pd1Ud2cAA7KkzUNIcLtTuyeNi6z1HBL0MF7GKYgcvXWpZ1OPa9hrPeAZRFk/s1600/18062_103574832997643_100000353810531_87391_98276_n%255B1%255D%255B1%255D.jpg 
Berikut adalah antara himpunan " fatwa " Nik Aziz selama ini :

" Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir " - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

" Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran. " - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.– Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

" Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam " - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.– Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999.

" Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima. " - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

" Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid. " - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

" Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram " - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

" Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam. " - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

" Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang " - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

" Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya. " - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

" Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri. " - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

" PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan) ”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhu30qL7mhZTGjupS31bEWCemLVXG-0-w-U7ETGXYBABEXWBlDrlLcuSCU38VN4MMEkCcdz1FtcWttJwo2piqsWjvHI-MOpYBwyTEQvSLoephVeFNxMHzusfurUQZOIkk5BNbLnz9rt5RM/s1600/14667_101554956532964_100000353810531_36429_6405497_n%255B1%255D%255B1%255D.jpgIni hanyalah sebahagian daripada " fatwa-fatwa " pelik Nik Aziz yang telah banyak memesongkan aqidah umat Islam dinegara kita. Terlalu banyak penghinaan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz terhadap orang Melayu malah terlalu banyak kenyataannya bertentangan dengan ajaran Islam. Perkara ini harus disedari supaya orang Melayu tidak terpedaya dengan kata-katanya.

Nik Aziz tidak pernah menyesal dengan kenyataan yang dibuatnya, malah tidak pernah untuk menarik balik kata-kata beliau! Kalau beginilah caranya ajaran yang dibawa oleh PAS, alamatnya hancurlah Melayu dan Islam jika PAS memerintah!!!..Wallahuallam.


Sumber dari:
Taminsari / belantan.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.