Hari ini Anwar menang, besok harga minyak turun…?
Anwar Ibrahim tak habis-habis menaburkan janji-janji yang tak munasabah kepada rakyat Malaysia. Baru-baru ini semasa berceramah di Gopeng, Anwar berjanji untuk menurunkan harga petrol sebaik sahaja Pakatan menawan Putrajaya selepas PRU13.
Anwar juga dengan bangga berkata “semasa saya jadi Menteri Kewangan dulu, harga minyak dalam negara amat murah, dalam RM1.20 seliter sahaja”. Apakah Anwar ingat rakyat Malaysia tiada otak untuk membezakan nilai sekarang dan juga nilai 14 tahun yang lalu?
Bagaimana Anwar nak turunkan harga minyak sedangkan nilai minyak kini dipengaruhi oleh harga pasaran dunia? Apakah Anwar mahu korek telaga sendiri bagi menyediakan minyak murah kepada seluruh rakyat negara?
Anwar mungkin boleh menurunkan harga minyak petrol didalam negara untuk jangkamasa yang pendek bagi memuaskan hati pengikut-pengikutnya jika dia berjaya memerintah selepas PRU13 nanti.
Tapi Anwar tak akan mampu untuk mengekalkan harga minyak tersebut terutamanya jika kekayaan negara sudah habis. Semua rakyat tahu bahawa kini kerajaan mengekalkan subsidi terhadap minyak dan beberapa barangan keperluan asas lain melalui kekayaan negara yang dibahagi-bahagikan.
Jika sumber subsidi ini dihabiskan secara kurang cermat seperti yang Anwar war-warkan, generasi anak cucu Malaysia di masa depan langsung tidak akan dapat menikmati kehidupan selesa seperti apa yang kita kecapi sekarang.
Rakyat tak seharusnya membuat penilaian terhadap janji-janji Anwar ini secara ringkas dan mudah. Segala perancangan yang dibentangkan oleh Anwar hanyalah semata-mata retorik kosong demi untuk memenuhi keinginan peribadinya bagi menjadi Perdana Menteri.
Segala janji-janji yang dilafazkan oleh Anwar dan juga Pakatan bukanlah berstatus nyata. Ia cuma seperti bayangan pelangi yang cantik dipandang tetapi tak akan mampu disentuh secara zahir.
Janji Anwar tak jauh bezanya daripada segala fatwa yang keluar dari mulut Mursyidul Am PAS Nik Aziz. Siapa yang mampu mengesahkan ahli-ahli PAS akan masuk syurga serta mengundi PAS dapat pahala?
Sebab itulah Nik Aziz berani berjanji perkara-perkara serupa ini kerana dia tahu tiada siapa pun yang mampu membuktikan dia berbohong. Begitulah halnya dengan Anwar yang galak berjanji kepada para penyokong dan pengikut gerombolan Pakatan.
Siapa yang tak mampu berfikir dengan waras, sudah tentu akan mempercayai bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh Anwar. Tetapi, sesiapa yang meneliti serta memikirkan secara rasional, semua kata-kata Anwar tak lain hanya sekadar cakap-cakap kosong di kedai kopi sahaja.
Petikkan dari MyKMU.net
0 comments:
Post a Comment