#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

8 February 2011

Lambat Laun Anwar Cuma Tinggal Seluar Dalam




Baru Rabu lalu saja Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata lambat laun Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditinggalkan seorang diri.
Beliau memberi komentar itu sebab ramai anggota pengasas dan pimpinan penting parti itu sudah 'chow liao' atau cabut lari.Ini ekoran tindakan Ahli Parlimen PKR Padang Serai, Kedah N Gobalakrishnan meninggalkan parti itu pada 29 Januari lalu.

Belum hilang lagi desing pukulan Muhyiddin itu, Sabtu satu dunia melihat Pengerusi PKR Sabah, Pajudin Nordin pula cabut.

Bagi mereka yang tidak mengikuti al-kisah PKR Sabah sangat,Pajuddin belum pun sebulan memegang jawatan itu.

Namun seperti biasa Anwar tetap ada alasannya.

Kalau bab Gobalakrishnan Anwar menyepi tak berani komen,dalam hal Pajuddin beliau cuba menutup malu dengan mendakwa sebenarnya parti itu sudahpun memutuskan pembekuan sementara pelantikan Pajuddin sebagai Pengerusi Perhubungan Sabah.

Beliau mendakwa Pajuddin cabut kerana Pajudin kerana tidak dapat menerima keputusan itu.
Sebaliknya Pajuddin yang membuat membuat pengumuman keluar parti dalam satu sidang akhbar bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, di kediaman rasmi ketua menteri di Sri Gaya, Kota Kinabalu petang Sabtu berkata keputusan itu dibuat kerana kecewa dengan Anwar dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah yang didakwa tidak serius menangani masalah dan isu-isu berkaitan Sabah.

Antara sebab Gobalakrishnan kata beliau memutuskan keluar parti kerana PKR abaikan nasib kaum India.

Sebelum itu beliau sudah bising mengenai kepincangan pemilihan PKR.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menilai tindakan Pajudin melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah dan keluar dari parti itu menjadi satu lagi bukti bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan parti itu.
Katanya kemelut terbaru yang berlaku dalam parti pembangkang itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sebelum ini sudah ramai anggota parti itu, termasuk mereka yang berjawatan timbalan pengerusi dan setiausaha agung sudah meninggalkan parti berkenaan.
"Kalau sudah ramai yang keluar termasuk mereka yang mengasas parti, tentu sekali ada yang tidak kena dengan parti ini," katanya dalam satu persidangan akhbar selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional Sarawak di Miri, Ahad.

Sementara itu sumber parti itu kata Anwar tidak pernah merasa gusar dengan tindakan kalangan pemimpin parti itu khususnya golongan lama keluar parti.

Ini,katanya kerana beliau dipercayai lebih merasa selesa dapat ‘control’ kalangan pemimpin baru yang tidak berani banyak cakap ataupun tahu sangat tentang perangainya.

Lagipun,menurut sumber itu Anwar masih hidup dalam awang-awangan dan merasa nothing to lose .

Ini lebih-lebih lagi disaat bergelut dengan perbicaraan kes liwatnya di mahkamah.

Sumber itu berkata dia melihat Anwar merasa kalangan ahli baru parti tetap percaya apa saja cakapnya.

Ibarat kata satu keluar 10 mari.

Lagipun katanya DAP terus bergantung harap pada Anwar untuk mencapai cita-cita politik mereka.PAS pula terpaksa terus telan saja kerana tujuan yang sama.

Katanya kalau nak kira memang sangat menghairankan lihat kebanyakan pemimpin lama dan pengasas PKR sudah cabut.

“Kalau seorang dua lainlah...ini Dr Chandara Muzafar,Rahman Osman,Zul Nordin,Zahrain dan ramai lagi.

Kesimpulan yang dapat dibuat seperti kata Najib mesti ada yang tidak kena dengan parti itu.
 
Sumber : CELAH GELEGAR

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.