RM2.6 wang 1MDB?

23 Februari 2011

Pas Ganti UMNO… Fakta Atau Sekadar Jual Temberang?

Pas sedia ganti UMNO itulah kata-kata yang penulis secara tak sengaja terlihat pada waktu tengahari tadi sewaktu makan tengahari di sebuah kedai makan di Kota Bharu, Kelantan.


Hebat bunyinya Pas Ganti UMNO…. adakah ini menunjukkan Pas sudah bersedia untuk menggantikan UMNO.

Slogan yang digunakan di atas sehelai T-Shirt bewarna Hijau Menyilau ini sudah tentu menarik, tambahan pula ia akan memberikan semangat kepada pejuang-pejuang Pas. Namun, penulis sendiri tidak nampak adakah Pas benar-benar boleh menggantikan UMNO atau tidak.

Kenapa penulis berkata demikian di dalam Barisan Nasional, UMNO yang mendominasi Barisan Nasional manakala di dalam Pakatan Rakyat ianya langsung tidak didominasi oleh Pas jadi mana boleh mereka kata mereka boleh gantikan UMNO melainkan mereka adalah parti yang dominan di dalam Pakatan Rakyat.

Melainkan mereka (yakni Pas) mempunyai bilangan kerusi yang tertinggi di dalam Pakatan Rakyat, inilah baru boleh mereka nak mendakwa mereka boleh gantikan UMNO atauapun mereka sedia ganti UMNO.

Dalam konteks sekarang ini, umum mengetahui parti manakah yang mendominasi Pakatan Rakyat dan sudah tentunya bukanya Pas yang menjadi parti dominasi tersebut. Jadi dalam keadaan sekarang mana mungkin mereka boleh gantikan UMNO.

Memang senang membuat dakwaan dan juga perancangan namun perlaksanaanya tidak semudah apa yang kita rancangkan itulah hakikatnya yang terpaksa kita terima walaupun pahit kita nak telan.

Sumber dari : suaragenerasimuda.blogspot.com
Reaksi:

0 ulasan:

Catat Ulasan

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.