#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

12 February 2011

Kalaulah pemimpin-pemimpin PAS mahu berfikir..


Kalaulah pemimpin-pemimpin PAS mahu berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar, tak mungkin ada pemimpin DAP yang sanggup mempermainkan agama Islam dengan memburuk-burukkan umat Islam lain dan mencemarkan kesucian rumah Allah. Kalaupun ada puak DAP yang melakukan begitu, PAS pasti akan bangun menentang segala perlakuan jahat kafir laknatullah tersebut. Bukannya menyokong mereka seperti sekarang ini.
Kalaulah pemimpin-pemimpin PAS mahu berfikir tentang apa yang diajarkan oleh para ilmuan Islam dahulu berkenaan sistem politik dan juga sistem pentadbiran Islam.., PAS tak akan mungkin menderhaka kepada Ketua agama Islam didalam negara dengan sengaja membiarkan para penyokongnya menimbulkan huru hara. Itu semua akan mengaibkan Islam dan bangsa melayu keseluruhannya.
Kalaulah pemimpin-pemimpin PAS tahu erti sebenar apa itu Khalifah, PAS tak akan sewenang-wenangnya menabalkan seorang kafir yang sememangnya anti kepada Islam sebagai seorang Khalifah setaraf dengan Umar r.a. Apakah pemimpin serta pengikut PAS tak rasa bersalah melihatkan khalifah kafir mereka memerangi dan menganiaya bangsa sendiri dan merasuah umat Islam di P.Pinang dengan wang sumber judi?
Kalaulah pemimpin-pemimpin PAS masih mengekalkan perjuangan partinya yang mereka dakwa sebagai berlandaskan Islam, takkanlah PAS rela membiarkan puak-puak kafir DAP mempertikaikan hal ehwal berkaitan Islam dan membisu seribu bahasa tatkala seluruh umat Islam di negara ini tersinggung dengan rakan politik PAS tersebut?
Kalaulah pemimpin-pemimpin PAS tegas dan tauhid dengan perjuangan menegakkan imej Islam di Tanah Melayu, tak akan ada pihak yang berani mempertikaikan hak penggunaan nama Allah sebagai hak mutlak umat Islam. Sebaliknya, PAS pula bersekongkol dengan para kafir untuk melacurkan nama yang maha Esa demi perjuangan yang berkiblatkan sokongan politik semata-mata.
Kalaulah pemimpin-pemimpin PAS masih menganggap diri mereka sebagai penyambung perjuangan Islam terdahulu, mana mungkin mereka sanggup melihat ruang mimbar dicemari tapak kaki kafir yang terang-terangan berpolitik didalam ruang solat utama rumah Allah. Apatah lagi maruah rumah ibadat itu dilacurkan hanya dengan nilai wang ringgit untuk menghalalkan perlakuan biadap mereka.
Dan kalaulah pemimpin-pemimpin PAS ada sekelumit rasa sayangkan agama, bangsa dan juga tanahair mereka, takkan mereka buang perjuangan untuk mewujudkan negara Islam yang sebenar yang selama ini mereka jadikan keutamaan. Tapi mengapa selepas PAS bersekongkol dengan kafir-kafir DAP serta melayu sekular PKR, semua janji-janji perjuangan negara Islam ini dibakul sampahkan?
PAS kini telah jauh menyimpang dan tak lagi seperti mana PAS yang pernah wujud dahulu. PAS kini tak berani angkat muka dihadapan DAP dan menyatakan pendirian mereka kerana takutkan kehilangan sokongan untuk meraih jawatan. Jika adapun pemimpin-pemimpin PAS yang bersuara, dia akan kembali diam setelag telor nya direnggut oleh kafir didalam DAP.
Tak salah bagi PAS untuk mengakui mereka itu sebagai sebuah parti yang bercirikan keislaman, tapi apakah kini masih ada roh Islam itu sendiri didalam parti tersebut. Apa yang jelas terlihat kini, PAS tak lagi layak untuk bercakap soal perjuangan Islam. Jika PAS benar-benar mahukan umat Islam menjadi tuan di Tanah melayu ini, pemimpin-pemimpin PAS tak mungkin sanggup menjadi kaldai kepada DAP!
Soalnya kini.., adakah pemimpin-pemimpin PAS mahu meluangkan masa mereka untuk berfikir….?

Sumber: MyKMU.Net

0 comments:

Post a Comment

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.