Sebagai bekas Ahli Parlimen selama dua penggal,saya dapat memahami
perasaan rakan-rakan yang kini masih berkhidmat.Tentunya frust
menonggeng bila dengar pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Seri Nazri Aziz bahawa cadangan nak naikkan elaun semua Ahli
Parlimen DITARIK BALIK.
Sayang sikit ' Chief '- itu gelaran padanya oleh semua rakan-rakan
Ahli Parlimen termasuk pembangkang - terikat tangan,tak boleh buat
apa-apa nak bantu mereka.
Ini gara-gara bos-bos pakatan pembangkang nak tunjuk terror tak kena
tempat menolak cadangan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak untuk naikan elaun mereka yang sekarang ini ciput.
Kita bukan tak tau ini bukan apa sangat cuma sandiwara mereka nak
tunjuk kononnya pembangkang sanggup ikat perut untuk berkhidmat.
Apa yang saya dapat tahu disebalik ini ramai Ahli Parlimen
pembangkang merungut diam-diam bila bos-bos mereka buat keputusan itu
tanpa bincang dulu dengan mereka.
Satu dunia tahu elaun Ahli Parlimen Malaysia RM6,500 sebulan cukup
rendah,malah kalah kalau nak dibanding dengan apa yang Ahli Parlimen
Singapura dapat yakni RM33,000 sebulan.Thailand pula RM12,000 manakala
Indonesia RM18,111.
Perdana Menteri berniat baik untuk naikan elaun dengan syarat semua sekali Ahli Parlimen termasuk pembangkang setuju.
Sebab itu beliau masukan cadangan yang dibuat oleh Nazri dalam bajet 2012 yang dibentangkan pada 7 Oktober.
Kita faham mengapa Najib terpaksa bagi syarat semua kena setuju.Kalau tidak nanti pembangkang tuduh bukan-bukan.
Kalau mahu semua kena mahu.Tak aci kalau MALU TAPI MAHU.
Nak buat macam mana kalau bos-bos pembangkang bersikap biasa mereka - bangkang asal nak bangkang.
Dalam
sidang akhbarnya untuk menerangkan keputusan kerajaan menarik balik
usul bagi menyemak elaun ahli-ahli Parlimen, Nazri berkata tujuan
menaikkan elaun tersebut tidak membolehkan seseorang menjadi kaya.
Sebaliknya,kenaikan tersebut adalah untuk menampung keperluan bagi perbagaiperbelanjaan ketika menjalankan tugas untuk rakyat.
Katanya, cadangan itu terpaksa ditarik balik daripada urusan
mesyuarat yang sedang berlangsung kerana empat pemimpin utama parti
pembangkang termasuk Datuk Seri Anwar menolak cadangan tersebut.
Alahai..terlajak perayu bolehlah berundur,terlajak kata... nak buat camno..?
Sepanjang ucapan pembentangan Belanjawan 2012 yang memakan masa
selama dua jam itu, acapkali dewan persidangan mendapat tepukan apabila
Perdana Menteri mengumumkan pelbagai faedah dan ganjaran yang
meliputipelbagai macam masyarakat. Bagaimanapun, tepukan meja paling
gemuruh adalah ketika Najib dengan senyuman meleret mengumumkan
kesediaan kerajaan untuk menimbang kenaikan elaun berkenaan.
Malah, ucapan Perdana Menteri tersekat-sekat beberapa kali lantaran
tepukan dan keterujaan ahli-ahli dewan. Kemuncak kepada kegembiraan
ahli-ahli dewan itu tiba-tiba bertukar menjadi derai apabila beliau
memberitahu pertimbangan akan hanya menjadi kenyataan sekiranya semua
ahli yang berhormat termasuk pembangkang dan bebas setuju dengan cadangan tersebut.
Anwar selaku Ketua Pembangkang tak tunggu lama.Dengan segera selepas
pembentangan itu menegaskan tidak setuju. Begitu juga dengan Setiausaha
Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Orang
nombor dua PKR, Azmin Ali dan panglima perang PAS, Salehudin Ayup turut membantah.
Ini memang lawak bin kartun.Betulkah semua ahli Parlimen pembangkang
membantah.Ini kerana dalam jawatankusa yang membuat kajian mengenai
kenaikan itu yang turut dianggotai Ahli Parlimen parti pembangkang
mengesyorkan agar elaun dinaikkan.
Tapi atas nama politik, nampaknya mereka terpaksa berkorban pasal nak jaga hati bos.
Siapa sebenarnya yang tidak mahu? Kata, Nazri, Anwar Ibrahim dan
Azmin Ali memanglah tidak hairan langsung mengenai kenaikan itu kerana
mereka kaya raya.
Kesemuanya ada 222 orang Ahli Parlimen di Dewan Rakyat sekarang.
Siapa di kalangan mereka yang mahu dan siapa pula yang tidak mahu!
Khabarnya kerajaan dah sediakan peruntukan sebanyak RM30 juta untuk
kenaikan tersebut yang merupakan 0.02 peratus daripada perbelanjaan keseluruhan belanjawan tahun hadapan.
Sayangnya, kerana ingin mengambil hati pengundi kononnya, mereka
sanggup 'control maco' dengan menolak kesediaan ikhlas kerajaan itu.
Berapa sebenarnya elaun ahli-ahli Parlimen kita.. Tak perlu tanya
seorang demi seorang. Merekapun malu dan segan nak beritahu berapa yang
mereka dapat. Biarlah saya sahaja yang berkongsi mengenainya.
Berdasarkan pencen yang saya diperolehi RM3,250 sebulan, bermakna,
elaun penuh seorang YB kini adalah RM6,500. Mungkin ada yang tak mahu
atau tak boleh percaya dengan kenyataan ini. Memang benar, itulah elaun
mereka.
Semasa mula-mula menjadi MP pada tahun 1995, elaun bulanan hanyalah
RM4,890. Tambahannya hanyalah RM300 untuk saraan pemandu. Mana ada
pemandu nak kerja dengan gaji RM300 sebulan pada tahun 1990-an? Pada
sekitar tahun 2000 elaun ini ditingkatkan sedikit, elaun pemandu juga
dinaikkan ke RM600 (kalau tak silap) di samping elaun telefon RM500.
Elaun penyelenggaraan pejabat juga diperkenalkan iaitu RM1,200 sebulan yang dikreditkan setahun sekali.
Seorang wartawan yang berkelulusan SPM dan baru berkhidmat kira-kira
15 tahun terkejut dengan jumlah itu kerana beliau sendiri dibayar
RM4,400 sebulan. Saya katakan kepadanya, ada rakan yang sama-sama saya
dahulu, juga berkelulusan SPM, kini membawa pulang RM7,500 sebulan.
Itu baru berkelulusan SPM dan wartawan biasa. Belum lagi yang memegang jawatan kanan!
Apakah yang YB boleh lakukan dengan RM6,500 sebulan...? Kakitangan
pejabat kurang-kurang ada tiga orang. Jika dihitung RM800 seorang,
bertiga dah terbang RM2,400.Telefon pejabat, bil api dan air pejabat dah
berapa pula. Peruntukan RM1,200 sebulan mungkin cukup untuk bayar sewa premis.
Hari Sabtu, Ahad dan cuti umum adalah 'hari gugur' bagi para wakil
rakyat. Pada hari-hari berkenaan, selain daripada ada pelbagai acara
yang memerlukan kehadiran mereka seperti merasmikan mesyuarat agung,
sukaneka, pertandingan sukan dan memancing serta acara pertemuan dengan rakyat, ada pula jemputan ke majlis-majlis perkahwinan.
Nak 'huloq' pun kena tengok siapa pula yang jemput. Kalau ketua
pemuda atau ketua puteri yang kahwin, sampulnya tak sama dengan anak
ketua cawangan atau ahli jawatankuasa bahagian. Macam ada hiraki pula.
Nak hulur sebarangan tak boleh sebab tuan rumah akan letak sampul
daripada YB di poket baju melayu yang sebelah atas.
Yang lain
bercampur sahaja kerana dimasukkan dalam poket bawah dan apabila dah
penuh disalinkan ke beg lain. Itu biasa...!
Apabila minum pagi dan petang, bagi YB-YB di kampung memilih di gerai
sahaja kerana di sanalah senang menemui pengundi atau rakan-rakan.
Mulu-mula semeja, kemudian datang lagi dan dalam zaman telekomunikasi
canggih kini, jumlah meja boleh bersambung menjadi empat atau lima.
Dulu-dulu, sayapun berani 'open table' minum pagi atau petang sahaja.Makan malam...oooops tak larat bang...
Di pejabat banyak juga yang tiris. Ada yang datang bawa anak-anak
kecil dengan cerita dah lima enam hari minum teh kosong sahaja dan
makan roti canai dua keping berkongsi lima orang. Sanggup dan laratkah
YB berpeluk tubuh sahaja tanpa membuka dompet?
Kena tujuh lapan kali sebulan, akhirnya dompet tak tak boleh dibuka lagi sebab tak tak ada isi.
Saya melalui pengalaman-pengalaman seperti ini. Nak mengadu pada
siapa? Saya agak bernasib baik punyai cikgu semasa di kelas malam
dahulu yang akhirnya sama-sama menjadi Ahli Parlimen. Nama cikgu itu,
Ahmad Zahid Hamidi, ahli Parlimen Bagan Datoh yang kini Menteri
Pertahanan. Ketika itu beliau adalah Ketua Pemuda UMNO.
Dengan tebal muka saya pinjam duit daripadanya. Pinjam RM2,000 bayar
balik RM1,000 je.. Kena dua tiga kali tak apalah. Dia kata, "Bad.. kau
kalau tak ada duit..tapi payah bayarlah " Saya senyum dan ucapkan terima
kasih. Selepas tu,nak pinjam lagi dah malu tetapi dia seorang guru
yang amat mengenali anak didiknya.
Pengalaman sebegini bukanlah asing, cuma jarang-jarang diceritakan
kepada umum kerana 'air muka'. Di Dewan Rakyat ketika itu, selain saya
ada beberapa lagi YB yang dikategorikan sebagai "YB marhain" Kami tidak
ada pohon rendang untuk berteduh. Kami tetap bertuah kerana Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) ketika itu, Datuk Dr. Jamaluddin Jarjis (sekarang Duta ke Amerika) pemurah orangnya.
Tidak ramai yang tahu hal sebegini kerana umum menyangka YB-YB adalah
Yang Berduit sedangkan sebenarnya YB bagi kami adalah Yang Broke atau
Yang Bocor.
Ada orang sangka peruntukan yang diberi oleh kerajaan boleh
digunakan. Oleh kerana kebanyakan YB berkereta Mercedes Benz, ada juga
yang bertanya kepada saya bila nak dapat kereta mewah itu. Pada
jangkaan mereka, kereta disediakan oleh kerajaan. Nak merasa guna
Mercedes Benz, saya beli juga sebuah tetapi model 300D bekas kereta
sewa di Melaka Beli 300D kerana cukai jalan percuma. Kalau ada 500D
mungkin saya beli juga sebab semakin tinggi ccnya, semakin murah sebab
cukai jalan (bagi orang awam) sangat mahal.
Semasa memandu Mazda Bongo dan Pajero, beberapa kali saya tidak
dibenarkan masuk ke kawasan letak kereta kerana yang jaga parkir tak
percaya YB datang menaiki kenderaan sedemikian. Apabila Datuk Seri
Rafidah Aziz yang ketika itu Menteri Perdagangan Antarbangsa dan Industri beri AP (Permit Import) saya beli juga Mercedes besar dari United Kingdom dengan kos keseluruhannya hanyalah RM45,000.
Jadi dengan elaun RM6,500 sebulan, berapakah baki yang YB bawa
pulang. Mungkin RM1,000 atau mungkin juga -RM1,500. Kalau jumlahnya
negatif... maka terpaksalah cari sumber-sumber lain.
Maka haraplah elaun dinaikkan. Khabarnya, nak dinaikkan sehingga
RM20,000 sebulan. Itu pun belum dapat lawan elaun Ahli Parlimen di
Singapura.
Malangnya kerana beberapa karenah bos-bos pembangkang,
yang lain termasuk anak-anak buah mereka terpaksa gigit jari. Betullah
kata Nazri...ala naik elaunpun bukan boleh jadi kaya, tetapi yang pasti
kalau terus tak naik, boleh jadi kayap..
- OLEH DATUK BADRUL HISHAM ABDUL AZIZ,BEKAS AHLI PARLIMEN HULU LANGAT
Sumber: AgendaDaily
Irregular and peculiar transactions of Fashion Valet
-
The tip-off by Thick as a Brick (TAAB) on November 4th on the takeover of
Vivy and Fadza's company, 30 Maple Sdn Bhd towards the end of 2018 by the
Khaza...
1 month ago
0 comments:
Post a Comment