#Bajet2018: Ucapan Penuh YAB. Datuk Seri Najib Tun Razak

5 Oktober 2011

Nak menambahbaikan proses pilihan raya.. Klik, ni dia 9 jawatankuasa yang akan tonggang tebalik...

Muhyiddin Yasin bersalaman dengan Pandikar Amin Mulia ketika menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemilih Pilihan Raya di Bilik Yang Dipertua Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, semalam. Turut kelihatan Ahli-ahli Jawatankuasa Pemilih (dari kiri) Dr S. Subramaniam, Ong Ka Ting, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

Mesyuarat Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat yang diadakan hari ini mengesahkan pelantikan sembilan anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berhubung dengan penambahbaikan proses pilihan raya.
Dengan keputusan tersebut, tiada sebarang perubahan yang berlaku terhadap cadangan senarai anggota jawatankuasa seperti yang telah diumumkan oleh Barisan Nasional (BN) dan pembangkang sebelum ini.

Wakil BN terdiri daripada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili yang telah diberi tanggungjawab mengetuai jawatankuasa berkenaan diikuti oleh Datuk Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit), Datuk Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad (BN-Kangar), Tan Sri Dr. Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah) dan P. Kamalanathan (BN-Hulu Selangor).

Sementara itu wakil pembangkang pula terdiri daripada Azmin Ali (PKR-Gombak), Dr. Mohd. Hatta Ramli (Pas-Kuala Krai) dan Anthony Loke (DAP-Rasah) manakala wakil daripada bebas ialah Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju).

Mesyuarat itu telah dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan disertai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Sumber Manusia, Datuk S. Subramaniam dan Ahli Parlimen Kulai, Tan Sri Ong Ka Ting.

Bagi pembangkang pula ia diwakili oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang.

Sementara itu, menurut kenyataan Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat, kesemua nama anggota jawatan kuasa tersebut akan diumumkan pada sidang Dewan Rakyat esok.
Reaksi:

0 ulasan:

Catat Ulasan

SOUTHERN Blogger

MALAYA Blogger.