Hamidzun yang merupakan salah seorang pengamal undang-undang ditemui untuk mengupas ke liwat I dan II, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebagai bekas aktivis ABIM, Hamidzun melihat Anwar sebagai manusia ‘anih’, yakni boleh melakukan perkara baik dan terkutuk secara serentak tanpa rasa berdosa kepada diri sendiri.
Berikut disertakan rakaman video yang dimuat turunkan oleh reformis007 yang menunjukkan Anwar mampu ruku’ dan sujud dalam solatnya.
Dalam
rakaman itu jelas kelihatan Anwar boleh ruku’ dan sujud tanpa rasa
kesakitan, tidak seperti yang digambarkan oleh Dr Thomas Hoogland di
mahkamah. Dipercayai video ini dirakamkan oleh Kelab Anwar Ibrahim (AIC) ketika mengikuti program Anwar di Johor pada tahun 2007
Bermakna rakaman itu dibuat setelah 4 tahun Anwar dirawat di Klinik
Alpha, Munich dan setahun sebelum Ketua Umum PKR itu didakwa meliwat
bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.Pada ketika itu, rakaman ini disebarluaskan di internet sebagai satu bahan propaganda yang Menunjukkan Anwar seorang seorang tokoh yang Islamik sesuai dengan latar belakangnya sebagai bekas Presiden ABIM.
Turut bersolat berimamkan Anwar dipercayai dua orang pembantunya yang setia, iaitu Ibrahim Yaakub, Ketua Staff di pejabat Anwar Seksyen 16 dan Mokhtar, salah seorang pemandu dan pegawal peribadi Anwar.
Hoogland pada 6 Oktober lalu dalam keterangannya di mahkamah memberitahu Anwar masih sakit tulang belakang, tidak mampu membongkok 90 darjah seperti dalam ruku’ solat.
“Saya memberi amaran kepadanya tentang sakit jika bergerak sedemikian dan menasihatkannya (supaya) melakukannya dengan perlahan (solat)”, katanya.Klik di sini
Terbukti hujah Hoogland di mahkamah bertentangan dengan rakaman video yang diterbitkan oleh kelab Anwar Ibrahim sendiri.
Sumber: AIDC
0 comments:
Post a Comment