Usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pasukan peguamnya untuk heret Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ke dalam kes liwat Saiful Bukhari Azlan yang sedang berjalan sekarang gagal.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pagi Khamis membuat keputusan berkata kedua mereka tidak relevan dalam kes itu dan bukan saksi utama perbicaraan.
Beliau berkata Anwar gagal menunjukkan sebarang kaitan atau pentingnnya Perdana Menteri dan isteri dijadikan saksi pembelaan.
Katanya beliau membuat keputusan itu selepas meneliti afidavit, hujah dan rujukan oleh pihak-pihak yang terlibat dan mendapati Anwar gagal menunjukkan apa kaitannya dan pentingnya Najib dan Rosmah disapina sebagai saksi.
Dalam permohonan mereka yang difailkan pada 21 Sept lepas, Perdana Menteri dan isteri meminta mahkamah mengetepikan sepina itu dengan alasan mereka bukan saksi yang relevan dan penting untuk membantu Anwar dalam pembelaannya.
Anwar, 64, sedang dibicara berhubung tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Pada 8 Ogos lepas, Hakim Mohamad Zabidin membenarkan permohonan Anwar untuk menemubual 71 saksi termasuk Najib dan Rosmah yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan, sebagai saksi pembelaan.
Dalam permohonan mengenepikan sapina itu,peguam Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor berhujah antaranya :
Pertama : Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor bukan saksi penting dan bukan alibi Anwar
Kedua : Terdapat bukti transkrip dalam nota prosiding perbicaraan terdahulu bahawa peguam bela Anwar sendiri pernah memohon kepada mahkamah untuk mengetepikan sebarang keterangan atau bukti yang menunjukkan sebarang kejadian liwat yang dikatakan berlaku sebelum tarikh kejadian iaitu pada 26 Jun 2008.
Ketiga : Tindakan Ketua Pembangkang itu mensapina pasangan itu dipercayai tidak dibuat dengan suci hati dan merupakan penyalahgunaan proses mahkamah serta sebagai saksi pembelaan merupakan satu ekspedisi memancing maklumat.
Keempat : Menafikan mereka terlibat dalam konspirasi untuk mereka-reka atau mengada-adakan pertuduhan liwat itu bagi menyebabkan sebarang kemudaratan terhadap Anwar pada bila-bila masa.
Kelima : Muhamad Rahimi Osman sendiri,individu yang dikatakan terlibat dalam pertemuan itu tidak pernah dipanggil sebagai saksi oleh pihak pendakwaan mahupun oleh pihak pembela.
Heheheee.... Sendiri buat sendiri tanggung lah ye,
wahai Al-Juburit....
0 comments:
Post a Comment